Hadiah Istimewa & Kreatif Untuk Orang Tersayang

Hari jadi dia dah semakin dekat? Tak tahu nak bagi apa? Nak belikan hadiah tapi tak mahu yang mahal? Nak bagi hadiah yang kreatif dan menarik? Mungkin itulah yang sedang bermain difikiran anda apabila memikirkan hadiah untuk harijadi dia mahupun sempena ulangtahun anda bersama. Jadi, saya akan ajar anda untuk buat hadiah yang murah, mudah dan kreatif iaitu puzzle yang pasti mampu membuatkan si dia terharu dan suka!

Kisah Bunga Ros Merah, Putih Dan Lelaki


Baru-baru ini saya telah mengunjungi sebuah kedai bunga yang terletak di pasar (lokasi Port Dickson) untuk membeli bunga sempena ulang tahun kami. Memandangkan saya dah terlewat dan kedai bunga itu pun satu-satunya kedai yang buka hari ahad, jadi saya beli sajalah di situ.

"Amoi, kasi bunga ros putih tiga, bungkus cantik-cantik punya." ujar saya.

Kelihatan 2 orang lelaki berusia dalam lingkungan 50an dalam kedai bunga sedang membelek sample gubahan bunga.Tak lama selepas itu saya terfikir sesuatu.

"Eh eh, amoi, kasi tambah satu bunga ros merah."pinta saya lagi.

"Okey bos." kata amoi tu.

Macam Mana Perempuan Pilih Pakaian Dalam?

Sebelum ini saya pernah buat satu entri mengenai beza pemikiran antara seorang perempuan dan lelaki dalam pemilihan warna. Kali ini jom kita lihat apa beza pemikiran antara lelaki dan perempuan apabila memilih spender & bra. pakaian dalam.

44 Perkara Menarik Mengenai CINTA


 1.       Suatu ketika dahulu, peluh adalah salah satu ramuan utama yang digunakan untuk membuat minyak wangi dan potions cinta.

2.       Montezuma, ketua Mexico menganggap coklat  ialah "love drug" dan beliau minum 50 cawan coklat setiap hari sebelum beliau melawat Harem yang mempunyai 600 wanita.

3.       Ahli-ahli sains berpendapat bahawa kebanyakan orang akan jatuh cinta kira-kira tujuh kali sebelum kahwin.

Macam Mana Mengetahui Dan Merawat Gastrik?

3 minggu yang lalu, sejurus selepas saya balik dari perkhemahan di Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang, saya mengalami diarrhoe a.k.a. cirit birit yang teruk. Pada mulanya saya menyangka ianya hanyalah sesuatu yang biasa dan akan pulih. Pada awalnya doktor hanya mengatakan ia hanya cirit birit yang biasa. Tetapi apabila ianya berlarutan sehingga seminggu dan 2 doktor telah saya jumpa, keadaan jadi semakin teruk.

Gym di Stadium Shah Alam, XCLUSIVE FITNESZ!!!

Anda sedang mencari (gimnasium) gym di Shah Alam tapi tidak tahu dimana? Tertanya-tanya dimana gym yang berdekatan dan sekitar Shah Alam? Jawapannya ialah XCLUSIVE FITNESZ. Gym ini terletak didalam Stadium Shah Alam dan berkonsepkan open-air. 

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Apabila Ditahan Polis

Tertanya-tanya apa perlu dibuat apabila polis tahan anda walaupun anda tidak lakukan kesalahan? Terutama apabila anda ditahan di kawasan yang sunyi? Macam mana nak tau sama ada itu dia adalah polis sebenar atau sekadar menyamar? Sila tonton video di bawah. Insyallah mampu menjawab segala persoalan anda mengenai hak anda dan kuasa seorang polis.

Cara Mengetahui Siapa Bakal Suami/ Isteri Kita


Acapkali apabila bercerita mengenai jodoh, mengenai siapakah bakal suami/ isteri yang bakal bertakhta di hati, pasti akan membuatkan sesiapa sahaja termenung jauh memikirkan hal ini. Tidak kira kaum adam mahupun hawa, pasti pernah terlintas difikiran tertanya-tanya siapakah si dia yang telah ditentukan jodoh kita oleh Allah s.w.t.. Jadi, baru-baru ini, saya telah ditanya mengenai soal jodoh ini di facebook.

Tazkirah: Berlemah Lembutlah Ketika Nasihat Menasihati


Assalamualaikum.
Dalam hidup ini, kita perlu sentiasa berubah sama ada mengubah atau diubah. Perubahan yang saya maksudkan disini ialah berubah menjadi lebih baik pada setiap hari yang mendatang dan bukannya berubah menjadi lebih buruk sifatnya dan lebih jauh di sisi Allah. Oleh itu, kita perlu tahu bagaimana untuk mengubah diri kita supaya kita lebih disayangi dan dihormati oleh orang disekeliling kita. Jangan kita menjadikan alasan tidak mahu, tidak mahu dan tidak minat sebagai alasan untuk berubah kerana kelak, diri sendiri yang akan rugi.

Kisah Dongeng Anak Turtie Dan Baju Sempitnya...


Didalam sebuah hutan hujan tropika, terdapat sebuah rumah yang didiami oleh dua ekor kura-kura iaitu ibu kura-kura dan anaknya (turtie). Suatu hari, apabila turtie bangun daripada tidur, seperti biasa, dia akan ke tandas untuk membersihkan diri dahulu. Keluar saja dia daripada tandas, dia melihat sepasang pakaian untuknya telah diletakkan oleh ibunya di atas katil. Lalu, turtie pun memakai pakaian tersebut. Tetapi malangnya, sesuatu telah berlaku...

Anda Mungkin Telah Dijangkiti Virus Cerai

Assalamualaikum.
Semalam (6/9/11) saya tergerak hati untuk membeli surat khabar sambil sarapan di kedai mamak. Lepas order roti canai telur satu, saya duduk sambil mencari berita menarik di surat khabar Berita Harian. Seperti biasa, tajuk hadapan masih lagi mengenai Mat Sabu dan kisah komunisnya selain berita wartawan Bernama yang meninggal, arwah Noramfaizul. Semoga roh beliau dicucuri rahmatNya dan dimasukkan bersama golongan yang beriman. Masuk halaman kedua, ada sesuatu yang menarik perhatian saya...

Cara Mudah Nak Kuruskan Badan! Terbukti Berkesan!

Masih tertanya-tanya kenapa berat badan anda masih lagi sama walaupun sudah menggunakan produk perlangsingan untuk menguruskan badan? Memburukkan lagi apabila berat badan anda semakin naik selepas raya??? Jangan bimbang, dengan menggunakan produk kesihatan daripada AVE, saya yakin anda mampu dilihat lebih menarik didalam gambar. Mudah dah tidak perlu ambil masa yang lama untuk melangsingkan badan anda. 

Sila lihat dahulu bukti pengguna produk kami. Ingin tahu apa produk kami? Sila lihat diakhir entri ini.

Cara Mudah Mencari Software Dan Crack Di Google

Hai! Sebelum ni saya ada senaraikan software yang patut ada dikomputer anda. Apapun itu hanyalah pendapat saya dan saya yakin ada software yang lebih baik kerana setiap masa, pasti ada saja software baru yang akan dikeluarkan untuk mengatasi kelemahan software sebelumnya. Untuk penambahan, saya juga mencadangkan software dibawah.

Kira Body Mass Index (BMI) Anda DiSini!


Hai!Hari ahad adalah hari mengenai kesihatan. Jadi hari ini AVE akan bercerita mengenai BMI. BMI adalah singkatan kepada body mass index atau dalam bahasa melayunya indeks berat badan. BMI dapat dikira dengan berat anda dibahagikan tinggi darab tinggi (kg/m²).

Penting sangat ke BMI ni?
Ya, amat penting bagi seseorang individu untuk mengetahui BMI mereka kerana tahap kesihatan seseorang itu bergantung kepada tubuh badan dia.  BMI membolehkan anda mengetahui sama ada adakah berat badan anda yang sedia ada ini bersesuaian dengan ketinggian anda. Jadi, bagi mereka yang inginkan tubuh badan yang sihat dan menarik, mengetahui BMI anda adalah langkah pertama untuk tubuh impian anda. Terutama bagi mereka yang ingin membina badan seperti Malek Noor dan mempunyai tubuh menarik seperti artis hollywood. Jadi, apa tunggu lagi? Kira BMI anda dibawah!

Quiz AVE: Anda mengubah atau diubah???

Cabaran Aidilfitri : Beraya Rumah Kekasih


Assalamualaikum. Alhamdulillah akhirnya kita berpeluang menyambut hari raya Aidilfitri sekali lagi dalam hidup, bermaksud Allah masih lagi memberi peluang kepada kita untuk memohon maaf pada mereka yang pernah kita sakiti sama ada secara perbuatan dan perkataan. Sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja. Apa yang penting, selesai kita minta maaf, terpulanglah kepada si dia sama ada dia ingin memaafkan ataupun tidak. Tanggungjawab kita sudah selesai. Ini kerana meminta maaf itu lebih baik daripada berdiam diri dan setiap manusia itu pasti ada melakukan kesalahan.

Kelebihan Berpuasa Sunat 6 Hari Di Bulan Syawal


Assalamualaikum. Insyaallah, tidak lama lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Mungkin ada yang gembira dan tidak sabar untuk menyambut hari raya aidilfitri namun saya pasti ada juga yang sedih untuk meninggalkan bulan ganjaran pahala ini. Apapun, dihari raya nanti, janganlah kita lupa diri seolah-olah dengan berakhirnya ramadan ini, maka bebaslah diri daripada rantai yang membelenggu diri. Mari kita menyambut hari raya ini secara bersederhana disamping menambah lagi pahala kita dengan puasa enam dengan ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah.Oleh itu, saya ingin kongsikan entri yang dipetik daripada ukhwah.com mengenai puasa 6.

Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.

Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.
Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.

Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.

Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.

Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Sumber rujukan:http://www.ukhwah.com/print.php?sid=2627

Kisah Maharaja Cina Dalam Mencari Gundiknya

Assalamualaikum, hai! Memandangkan ada yang tak faham dengan apa yang saya cuba sampaikan dalam entri malam jumaat mengenai bibir , jadi biar saya terangkan lebih lanjut. 

Semua orang tahu bahawa maharaja cina mempunyai ramai gundik sehingga beratus-ratus ramainya. Gundik ini dalam erti kata lain ialah perempuan simpanan dan sebelum menjadi seorang permaisuri, seorang perempuan itu haruslah menjadi gundik terlebih dahulu. Tetapi, untuk menjadi seorang gundik maharaja bukanlah mudah apatah lagi untuk menjadi seorang permaisuri.

Ini kerana perempuan yang menjadi gundik maharaja biasanya mestilah yang lawa dan 'power' dalam erti kata lain hebat diranjang dan kemasukan gundik-gundik ini diuruskan oleh maharani (mak maharaja) dan permaisuri. So, agak-agak kalau kurang ajar dengan maharani dan permaisuri boleh dapat jadi gundik???

Sekiranya segalanya lepas, maka jadilah gundik. Apabila seseorang wanita itu menjadi gundik, bukan bermakna dia sudah perlu berpuas hati, tetapi gundik-gundik ini akan cuba untuk mendapatkan anak hasil daripada hubungan seksnya bersama maharaja. Jika kena pada hari dan tarikhnya, maka dapatlah anak. Anak itu kemudian akan dicalonkan sebagai Putera Mahkota. Sekiranya anak itu menjadi Putera Mahkota, maka jadilah gundik tersebut permaisuri.

Memandangkan cerita mengenai gundik ini terlalu panjang dan menarik, saya sambung pada entri yang akan datang. Berbalik mengenai perihal maharaja dalam mencari gundiknya, ada yang mengatakan Maharaja China ini kuat batinnya. Ada yang kata maharaja china dapat mengadakan hubungan seks dengan seratus orang gundik, ada pula yang mengatakan 2 hingga 3 orang satu malam. Apa yang penting, tiap-tiap malam dapat main (kot). Hehe..

Jadi, ketika Maharaja China mencari gundik, antara yang dilihatnya ialah bibir wanita tersebut. Ini kerana menurut ilmu batin china, bibir di mulut perempuan dapat memperlihatkan bibir di kemaluan wanita sekaligus memberitahu perempuan tersebut mempunyai nafsu yang bagaimana. 

Jadi, apa yang saya cuba sampaikan pada entri lepas ialah mengenai nafsu seks yang dapat dilihat pada bibir perempuan dan bukannya mengenai warna lipstik itu menunjukkan keperibadian seseorang perempuan ye... 

Itu saja untuk kali ini, saya sambung pula entri-entri kemudian hari mengenai maharaja dan gundiknya..Assalamualaikum.

Entri Malam Jumaat: Nafsu Perempuan Dapat Dilihat Pada..

Tak ramai yang tahu sebenarnya bahawa banyak benda yang tersembunyi boleh dilihat pada zahirnya. Begitu juga dengan perkara-perkara yang melibatkan seks. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, rahsia seks masing-masing boleh diketahui daripada tubuh badan. Contohnya, bibir perempuan dapat melihatkan....err..takpelah...So, untuk entri kali ni saya kasi bongkar rahsia perempuan dulu. :)

Kalau tak faham, boleh rujuk entri ni.

P/s: Kalau yang perempuan rasa-rasa lelaki pandang je bibir tu, cepat-cepatlah tutup bibir tu. :p

Software Yang Perlu Ada Di Komputer/ Laptop Anda!

Tahukah anda bahawa penjagaan komputer yang baik mampu memanjangkan 'nyawa' komputer anda? Jika anda pandai menjaga komputer anda seperti menjaga kekasih anda,  gunakanlah 10 tahun, mesti ok je semua. Kalau kena hantar kedai pun mungkin disebabkan perlu upgrade komponen yang dah ketinggalan zaman. So, untuk tutorial komputer yang pertama ini saya kenalkan dulu software yang perlu ada dalam komputer anda.

********************
WAJIB ADA
Antivirus- Paling penting pastikan komputer anda dilengkapi dengan antivirus. Kalau boleh dapatkan yang lengkap dengan antispyware dan antimalware. Setakat ini antara yang disebut-sebut sebagai terbaik dan tak membebankan loading komputer ialah Kaspersky dan Bitdefender. Baik pilih Kaspersky sebab ada gambar Lee Chong Wei...Hehe...


Microsoft Office- Kebanyakan komputer hari ini biasanya dah ada microsoft office kerana ia mempunyai microst word yang mudah digunakan. Jika komputer anda tidak mempunyai microsoft office, lebih baik anda install.



Chrome/mozilla- Dua browser yang sentiasa bersaing, dan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Jika anda inginkan kelajuan, maka pilihlah chrome kerana ianya ringan (setakat ini) dan banyak addon yang akan memudahkan anda. Tetapi jika anda inginkan browser yang lebih selamat, pilihlah Mozilla.


 
CCleaner- Semakin lama anda menggunakan komputer anda, semakin beratlah ia dengan segala sampah dan   registry yang hilang. Jadi gunakan CCleaner untuk membuang segala data yang rosak dan tidak digunakan lagi.http://www.piriform.com/ccleaner

Launch Data Recovery- Saya amat amat sarankan komputer anda mempunyai software ini. Tahukah anda apabila anda membersihkan sampah daripada recycle bin anda, file-file tersebut sebenarnya masih ada lagi di komputer anda. Jadi sekiranya anda tak sengaja terbuang file yang penting, anda boleh gunakan software ini untuk mencari balik file yang dibuang tadi.http://download.cnet.com/ParetoLogic-Data-Recovery/3000-2056_4-10793039.html

********************

HARUS ADA
Auslogics Disk Defragment- Jika anda rasakan masa yang diperlukan untuk defrag komputer anda terlalu lama menggunakan software yang sedia ada, cuba guna software ini.http://www.filehippo.com/download_defraggler/


Photoshop CS- Jika anda seorang blogger atau seseorang yang minat bergambar, software ini dikategorikan sebagai wajib ada. Memberikan anda kuasa untuk mengedit gambar mahupun mencipta efek dan gambar menarik.

Audacity- Jika anda minat untuk bereksperimentasi dengan muzik dan inginkan satu software yang percuma dan mudah digunakan, audacitylah jawapannya.http://www.filehippo.com/download_audacity/

Macromedia Flash- Software yang membolehkan anda menghasilkan animasi bergerak dalam bentuk flash mahupun membuat iklan, macromedia flash boleh membantu anda.

Cyberlink PowerDirector- Anda minat untuk menghasilkan satu filem dengan efek-efek yang menarik? Cyberlink power director membolehkan anda mengedit video dan menambah efek pada video anda. Ia juga membolehkan anda mengedit video yang diambil pada layar hijau untuk membuat efek seperti dalam filem-filem hollywood.

Orbit downloader- Melajukan download file anda daripada direct link sahaja seperti mediafire.http://www.filehippo.com/download_orbit_downloader/



TuneUp Utilities- Jika anda inginkan software yang benar-benar melajukan komputer anda untuk kegunaan harian atau untuk bermain game selain membersihkan segala data yang rosak, software ini mungkin membantu anda. 


Speedbit Video Accelerator- Akhir sekali ialah speedbit video accelerator. Ia mampu melajukan streaming anda dan bergantung juga kepada internet connection anda. Adakalanya anda boleh menonton video terutama dia youtube tanpa buffering.http://www.videoaccelerator.com/


Sila klik entri seterusnya untuk cara mudah mencari software, keygen dan crack di internet.

1 | 2
*********************

Apapun sekiranya anda mempunyai software yang lebih bagus dan ada kesilapan pada entri ini, anda boleh komen dibawah, ok? :)