Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

6 Jangan Yang Perlu Dielakkan sebelum Tidur


Mungkin ada beberapa tabiat yang sudah terbiasa bagi kita lakukan sebelum tidur tetapi ia sebenarnya tidak elok diamalkan kerana bakal mendatangkan kemudaratan kepada diri kita. Jadi dibawah adalah 6 perkara yang perlu dielak sebelum anda tidur.


1. Jangan memakai jam tangan ketika tidur.
Mungkin ada di antara korang yang terlupa untuk membuka jam tangan yang korang pakai sebelum tidur. Sebenarnya jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia memberikan kesan yang negatif terhadap kesihatan anda.


Fakta-fakta menarik

 
 

Macam Mana Perempuan Pilih Pakaian Dalam?

Sebelum ini saya pernah buat satu entri mengenai beza pemikiran antara seorang perempuan dan lelaki dalam pemilihan warna. Kali ini jom kita lihat apa beza pemikiran antara lelaki dan perempuan apabila memilih spender & bra. pakaian dalam.

44 Perkara Menarik Mengenai CINTA


 1.       Suatu ketika dahulu, peluh adalah salah satu ramuan utama yang digunakan untuk membuat minyak wangi dan potions cinta.

2.       Montezuma, ketua Mexico menganggap coklat  ialah "love drug" dan beliau minum 50 cawan coklat setiap hari sebelum beliau melawat Harem yang mempunyai 600 wanita.

3.       Ahli-ahli sains berpendapat bahawa kebanyakan orang akan jatuh cinta kira-kira tujuh kali sebelum kahwin.

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Apabila Ditahan Polis

Tertanya-tanya apa perlu dibuat apabila polis tahan anda walaupun anda tidak lakukan kesalahan? Terutama apabila anda ditahan di kawasan yang sunyi? Macam mana nak tau sama ada itu dia adalah polis sebenar atau sekadar menyamar? Sila tonton video di bawah. Insyallah mampu menjawab segala persoalan anda mengenai hak anda dan kuasa seorang polis.

Cara Mudah Nak Kuruskan Badan! Terbukti Berkesan!

Masih tertanya-tanya kenapa berat badan anda masih lagi sama walaupun sudah menggunakan produk perlangsingan untuk menguruskan badan? Memburukkan lagi apabila berat badan anda semakin naik selepas raya??? Jangan bimbang, dengan menggunakan produk kesihatan daripada AVE, saya yakin anda mampu dilihat lebih menarik didalam gambar. Mudah dah tidak perlu ambil masa yang lama untuk melangsingkan badan anda. 

Sila lihat dahulu bukti pengguna produk kami. Ingin tahu apa produk kami? Sila lihat diakhir entri ini.

Kelebihan Berpuasa Sunat 6 Hari Di Bulan Syawal


Assalamualaikum. Insyaallah, tidak lama lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Mungkin ada yang gembira dan tidak sabar untuk menyambut hari raya aidilfitri namun saya pasti ada juga yang sedih untuk meninggalkan bulan ganjaran pahala ini. Apapun, dihari raya nanti, janganlah kita lupa diri seolah-olah dengan berakhirnya ramadan ini, maka bebaslah diri daripada rantai yang membelenggu diri. Mari kita menyambut hari raya ini secara bersederhana disamping menambah lagi pahala kita dengan puasa enam dengan ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah.Oleh itu, saya ingin kongsikan entri yang dipetik daripada ukhwah.com mengenai puasa 6.

Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.

Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.
Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.

Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.

Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.

Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Sumber rujukan:http://www.ukhwah.com/print.php?sid=2627

Rahsia Disebalik Restoran Berwarna Jingga Ini

Assalamualaikum. Insyaallah dalam beberapa hari lagi, ramadan akan mula melabuhkan tirainya dan saya percaya ramai yang ternanti-nantikan hari raya Aidilfitri. Bagi si anak kecil sudah pasti mula berangan-angan untuk memasang matlamat mengumpulkan duit raya sebanyak mungkin manakala yang dewasa sudah tidak sabar  bergaya di hari lebaran. Namun saya yakin tidak semua orang gembira untuk menyambut Aidilfitri.

Pernahkah anda terfikir bagaimana nasib mereka yang tidak berumah atau dipanggil gelandangan. Ketika orang ramai bersuka ria, mereka seperti biasa, mengutip tin-tin ditong sampah, di tepi-tepi jalan kemudian apabila malam mula menjelma, mereka mula mencari tempat untuk berteduh. Sejuk atau malu sudah tidak penting lagi, yang utama mereka selamat daripada dibasahi hujan.

Saya sendiri pernah mencuba merasa menjadi gelandangan, berfikir seperti mereka. Ketika itu saya diShah Alam. Saya cuba tidak menggunakan duit untuk beberapa hari, kemudian berjalan mencari tempat-tempat yang mampu memberikan saya makanan. Alhamdulillah, saya tidak menyangka saya jumpa hasil daripada maklumat kawan-kawan. 

Sebuah restoran ada menyediakan makanan percuma, dengan syarat pinggan tersebut dicuci selepas makan. Restoran tersebut dipanggil Kedai Makan Percuma, terletak dihadapan 7eleven seksyen 16 Shah Alam. Ianya dibuka setiap hari kecuali ahad dan cuti umum daripada pukul 10.30pagi sehingga 6 petang.
Info Menu Pusat Makan Percuma. 

ISNIN.
Nasi Lemak atau Nasi Berlauk (Ayam atau Ikan Kari Campur Sayuran).

SELASA.
Laksa, Mee Bandung atau Mee Goreng.

RABU.
Bihun Singapura atau Bubur Nasi Berlauk.

KHAMIS.
Nasi Berlauk (Ayam atau Ikan Masak Kicap Atau Sos Tiram).

JUMAAT.
Nasi Berlauk (Ayam Kurma Campur Sayuran).

SABTU.
Nasi dengan Sup Ayam atau Nasi Goreng Kampung.    
 
-sumber tranungkite
Apa yang boleh saya katakan tentang restoran ini ialah walaupun makanan yang disediakan tidaklah seperti makanan di hotel, tetapi ianya sudah mencukupi untuk meneruskan kehidupan. Melayu, cina dan india semua datang makan disitu. Namun begitu, masih ada yang bersikap tidak tahu bersyukur dengan meninggalkan pinggan mereka tidak bercuci dan pergi begitu saja.

Saya kemudian cuba untuk menyelidik siapa pemilik kedai tersebut. Ianya diasaskan oleh tokoh usahawan dan ahli perniagaan, Hj Mohamad Sauffi Hamzah bersama Puan Lieza Abdul Rahman. Syukurlah, masih ada insan yang berfikiran sebegini. Difahamkan juga mereka menyediakan kelas tuisyen secara percuma. Tempat ini juga pernah mendapat liputan akhbar dan televisyen.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan, bolehlah dibuat dialamat:
Jalan Sempadan 16/7, Seksyen 16, Shah Alam, Darul Ehsan.
Semoga mereka yang bersama-sama membantu tempat ini mendapat keredhaan dan syurgaNya.

P/s: Kesal apabila ada pihak cuba mempolitikkan restoran ni..

Jenis-Jenis Nafsu | 7 Lapisan Nafsu


Sebelum ini saya ada berkongsi mengenai jenis-jenis syaitan. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai nafsu. Tahukah anda nafsu manusia terdapat 7 lapisan kesemuanya iaitu daripada buruk ke baik. Berikut adalah jenis-jenis nafsu tersebut.


1. AMARAH 

Amarah adalah martabat nafsu yang paling rendah dan kotor di sisi Allah. Segala yang lahir darinya adalah tindakan kejahatan yang penuh dengan perlakuan mazmumah (kejahatan/keburukan). Pada tahap ini hati nurani tidak akan mampu untuk memancarkan sinarnya kerana hijab-hijab dosa yang melekat tebal, lapisan lampu makrifat benar-benar terkunci. Dan tidak ada usaha untuk mencari jalan menyucikannya. Kerana itulah hatinya terus kotor dan diselaputi oleh pelbagai penyakit.

  

Jenis-Jenis Syaitan

Tahukah anda syaitan al setan ni bukan sekoq tapi ada 9 jenis syaitan kesemuanya tidak termasuk diri sendiri yang memang berperangai syaitan. Walau bagaimanapun, aku percaya setan hari ni dah tak payah bersusah payah nak hasut manusia sebab nafsu dalam diri manusia dah lebih dimanjakan sangat. Jadi jangan terkejutlah kalau korang rasakan bulan ramadhan dengan bulan-bulan yang lain sama sahaja..

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

Fakta: Hebatnya Lelaki Ini


Negara beliau pernah menganjurkan kejohanan Rugby World Cup pada tahun 1995 dan terbaru turut menganjurkan FIFA World Cip 2010. Pernahkah anda melihat atau mendengar nama Nelson Mandela disurat khabar mahupun televisyen? Mungkin juga anda pernah kenal nama ini melalui filem-filem hollywood. Jika pernah, tahukah anda siapa Nelson Mandela? Tahukah anda apa yang menyebabkan lelaki ini harus dijadikan idola?
Nelson Rolihlahla Mandela  yang dilahirkan pada 18 July 1918 merupakan mantan presiden Afrika Selatan dan daripada 1994 sehingga 1999 dan merupakan presiden pertama Afrika Selatan pada yang dipilih menerusi cara pilihan raya demokrasi.


Baru-baru ni member aku ada bagi satu cerita kat aku.

"Bai, lu cuba tengok cerita ni. Layan dowh.."Mr X bagi pendrive hitam dia kat aku.

"Cerita apa ni? Kau jangan bukan-bukan."

"Kau tengok jelah. Pasal world cup ragbi 1995"

Rahsia Disebalik Tubuh Badan [Mesti Cuba]

Kalau sebelum ni anda hanya tahu maksud disebalik tarikh lahir korang, apa kata korang cuba lihat maksud disebalik tubuh badan anda pula. Harap sedikit sebanyak mampu memberi halatuju kepada anda untuk menjadi orang yang berjaya. 



1. Cuba hembus nafas dari mulut ke hidung kemudian pada masa yang sama bernafas menggunakan nafas dari mulut tadi.. Kalau anda boleh sedut balik nafas tu, anda boleh hidup melebihi 100 tahun.

Rahsia Disebalik Wang Kertas Malaysia Terbongkar!

Sebelum ni korang mesti guna je wang kertas malaysia tapi tak tahu rahsia wang malaysia ini kan? Hari ini AVE akan bocorkan! Eksklusif hanya daripada AVE!

Mula-mula korang ambil wang kertas Malaysia.Tak kisah, RM1,RM2, RM5, semua boleh.Sila ambil duit sekarang.Kalau tak, rahsia ni takkan menjadi.

Ok,dah amik, lepas tu korang lipatkan 3 seperti garis kat bawah ni.2 mengenai anak mata, 1 lagi tepat kena kat tengah mulut dia....

Dah nak nampak dah...Nampak dah....Ok, sekarang tengok macam kat bawah....

Rahsia Disebalik Kejayaan Orang Yang Tak Sembahyang

Sedikit tazkirah,aku ngaku kekadang aku jahat,tapi mesti ada masa baikkan...Ok,ni ambil daripada FB,tak tahu sapa yang tulis,tapi semoga dia murah rezeki dunia akhirat ah!Kalau tau tuan punya blog,sila bagitau k.Nanti aku bagi backlink.
**********

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Manusia Zaman Dulu-kala

Korang pernah terfikir macam mana saiz badan manusia zaman dulu tak?Ini aku nak tunjukkan sikit gambar tengkoroknye...Kalau cari pakaian kat zaman sekarang ni memang takde ler saiznye...Aku dapat tahu benda ni pun daripada bapa aku yang kerja kat ESSO.Tapi gambar ni aku amik daripada internet.


Kenapa Korang tak Boleh Melancap Dan Amalkan Blowjob


Artikel mesti baca ni dipetik daripada laman web isteri puas.com. Jadi, kalau korang masih melancap, berhentilah. Camna nak berhenti? Berhenti download cerita movie dan video 3gp seks  artis jepun, melayu, korea. Konpem berhenti. 
Onani : Lelaki
Onani atau ditakrifkan sebagai melancap, suatu keadaan yang mesti dilalui oleh semua lelaki menjelang dewasa untuk melepaskan syahwat. Selain itu, melancap juga boleh mengakibatkan kehilangan tenaga, zat dan nutrien dari tubuh.
Ada pelbagai alasan mengapa melancap tidak sihat, salah satunya ialah Foot Reflexology. Adakah anda kenal dengan sistem urat saraf tapak kaki tersebut?. Jika anda sudah kenal, bermakna anda tahu bahawa bahagian tapak kaki mengandungi dan meridian urat saraf yang dapat menghubungkan dengan pelbagai bahagian badan. Adakah anda tahu anda akan dapat memberi tenaga kepada organ berkaitan dengan hanya mengurut tapak kaki. Untuk pengetahuan anda, bukan tapak kaki sahaja yang ada takat reflexology yang berkaitan dengan organ tetapi zakar juga ada.

Salam Perkenalan

Halo!!!Halo!!!Halo!!!

Selamat datang ke era baru blog!Memperkenalkan AkaL EmoSi!!!

"Tp knapa ye buat pasal AKAL & EMOSI?"

Sebab akal dengan emosi ni selalu dia bergaduh...Orang kata dia tarak ngam woo...Contohnye,kalau perempuan pergi shopping kompleks,kenapa kalau dia nak pilih kasut tu sampai 3-4 jam baru dia dapat beli.Itupun 1 je.Sebab emosi dah menguasai diri!Cuba tengok lelaki,nampak je terus beli. Inilah yang dikatakan menggunakan akal, tak bazirkan masa. Muahaha......Bukan nak buat perbandingan jantina,lelaki pun sama je...Cuma yang nampak ketaranye perempuanlah.hehe...

Saya harap bila buat blog ni,saya dapatlah kongsi dengan korang macam mana kawal akal emosi daripada terus melakukan jenayah diluar sana.Muahahaha...

Okeyh,berbalik kepada cerita asal.Jadi,saya harap semoga saya mampu setia dengan blog ni...Ini sekadar pengenalan,nanti saya tulis panjang2 lagi yek....