Showing posts with label info perempuan. Show all posts
Showing posts with label info perempuan. Show all posts

Info Sihat: Kelebihan mandi sebelum subuh


Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. Jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. Antara manfaatnya ialah :

Tips Berkesan Melupakan Bekas Kekasih / Perkara Sedih

Saya masih ingat lagi, suatu malam, saya dan Yin (bukan nama sebenar) duduk sebuah padang di tengah bandar Shah Alam. Saya sengaja mengajak dia keluar untuk berborak kerana keadaan dia pada masa itu tidaklah berapa baik. Dia baru saja putus cinta dengan bekas teman lelakinya. Pada kebiasaannya memang seseorang perempuan akan lebih terluka apabila putus cinta.

Cinta Tiga Segi: Adakah Anda Telah Membuat Pilihan Tepat?

Cuba anda bayangkan... Bagaimana ketika ini, saat ini, anda perlu membuat satu keputusan yang amat penting, yang akan menentukan halatuju hidup anda selepas keputusan itu dibuat. Anda tiada pilihan selain untuk memberikan jawapan saat itu juga. Ketika itu dihadapan anda berdirinya dua jasad yang amat anda kenal. Kedua-duanya ialah cinta hati anda. Ketika mereka serentak menghulurkan tangan tanda pilihlah salah seorang daripada mereka, maka tangan siapakah yang anda akan sambut? Secara rela hati atau tidak???

Makan Kepak dan Leher Ayam Bahaya Kepada Wanita?

Ada beberapa penulisan yang agak serupa. Mesej mereka ialah ‘jangan makan kepak dan leher ayam kerana di situ suntikan steroid diberikan’.Adakah ini bermakna memakan daging ayam di bahagian peha dan dada selamat? Adakah ini bermakna juga suntikan steroid akan menyebabkan ‘cyst dalaman’.Apakah yang dimaksudkan dengan ‘cyst dalaman’? Adakah ovarian cyst? Hanya penulis ini saja yang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘cyst dalaman’.

Kisah Bunga Ros Merah, Putih Dan Lelaki


Baru-baru ini saya telah mengunjungi sebuah kedai bunga yang terletak di pasar (lokasi Port Dickson) untuk membeli bunga sempena ulang tahun kami. Memandangkan saya dah terlewat dan kedai bunga itu pun satu-satunya kedai yang buka hari ahad, jadi saya beli sajalah di situ.

"Amoi, kasi bunga ros putih tiga, bungkus cantik-cantik punya." ujar saya.

Kelihatan 2 orang lelaki berusia dalam lingkungan 50an dalam kedai bunga sedang membelek sample gubahan bunga.Tak lama selepas itu saya terfikir sesuatu.

"Eh eh, amoi, kasi tambah satu bunga ros merah."pinta saya lagi.

"Okey bos." kata amoi tu.

Macam Mana Perempuan Pilih Pakaian Dalam?

Sebelum ini saya pernah buat satu entri mengenai beza pemikiran antara seorang perempuan dan lelaki dalam pemilihan warna. Kali ini jom kita lihat apa beza pemikiran antara lelaki dan perempuan apabila memilih spender & bra. pakaian dalam.

Kisah Maharaja Cina Dalam Mencari Gundiknya

Assalamualaikum, hai! Memandangkan ada yang tak faham dengan apa yang saya cuba sampaikan dalam entri malam jumaat mengenai bibir , jadi biar saya terangkan lebih lanjut. 

Semua orang tahu bahawa maharaja cina mempunyai ramai gundik sehingga beratus-ratus ramainya. Gundik ini dalam erti kata lain ialah perempuan simpanan dan sebelum menjadi seorang permaisuri, seorang perempuan itu haruslah menjadi gundik terlebih dahulu. Tetapi, untuk menjadi seorang gundik maharaja bukanlah mudah apatah lagi untuk menjadi seorang permaisuri.

Ini kerana perempuan yang menjadi gundik maharaja biasanya mestilah yang lawa dan 'power' dalam erti kata lain hebat diranjang dan kemasukan gundik-gundik ini diuruskan oleh maharani (mak maharaja) dan permaisuri. So, agak-agak kalau kurang ajar dengan maharani dan permaisuri boleh dapat jadi gundik???

Sekiranya segalanya lepas, maka jadilah gundik. Apabila seseorang wanita itu menjadi gundik, bukan bermakna dia sudah perlu berpuas hati, tetapi gundik-gundik ini akan cuba untuk mendapatkan anak hasil daripada hubungan seksnya bersama maharaja. Jika kena pada hari dan tarikhnya, maka dapatlah anak. Anak itu kemudian akan dicalonkan sebagai Putera Mahkota. Sekiranya anak itu menjadi Putera Mahkota, maka jadilah gundik tersebut permaisuri.

Memandangkan cerita mengenai gundik ini terlalu panjang dan menarik, saya sambung pada entri yang akan datang. Berbalik mengenai perihal maharaja dalam mencari gundiknya, ada yang mengatakan Maharaja China ini kuat batinnya. Ada yang kata maharaja china dapat mengadakan hubungan seks dengan seratus orang gundik, ada pula yang mengatakan 2 hingga 3 orang satu malam. Apa yang penting, tiap-tiap malam dapat main (kot). Hehe..

Jadi, ketika Maharaja China mencari gundik, antara yang dilihatnya ialah bibir wanita tersebut. Ini kerana menurut ilmu batin china, bibir di mulut perempuan dapat memperlihatkan bibir di kemaluan wanita sekaligus memberitahu perempuan tersebut mempunyai nafsu yang bagaimana. 

Jadi, apa yang saya cuba sampaikan pada entri lepas ialah mengenai nafsu seks yang dapat dilihat pada bibir perempuan dan bukannya mengenai warna lipstik itu menunjukkan keperibadian seseorang perempuan ye... 

Itu saja untuk kali ini, saya sambung pula entri-entri kemudian hari mengenai maharaja dan gundiknya..Assalamualaikum.

Cara Mengetahui Lelaki Teruna?

Atas permintaan, jadi saya postkan entri ini. Apapun, saya sendiri tak pasti adakah perkara ini betul 100%.


  • Lelaki teruna membosankan apabila bercinta, gayanya agak "nerd". gemar berlagak untuk menarik pasangannya.
  • Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya.
  • Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita.
  • Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya.
  • Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan.

It's Difficult Being A Man..

Sayang Oh Sayang

Sayang Oh Sayang,
Bersabar sajalah jika hari ini engkau dibenci kerana fizikalmu,
Dibenci dan dinilai oleh manusia sebagai seorang yang hina,
Seolah-olah mereka yang menentukan mulia dan hinanya kamu.
Sedangkan Allah sengaja membiarmu tampak begitu,
Kerana Allah lebih menyayangi kamu,
Maka diletakkan kamu ditempat yang lebih mulia daripada manusia yang telah menghina kamu,
Sedangkan mereka mereka terlupa mereka sendiri telah diciptakan oleh Allah,
Siapa mereka untuk menentukan mulia atau hinanya kamu?



Sayang Oh Sayang,
Bersabar sajalah sekiranya jodoh kamu belum ditemukan,
Meskipun setelah bertahun-tahun mencari dan masih belum berjumpa,
Mungkin Allah sengaja menguji tahap kesabaranmu,
Menguji betapa kuatnya imanmu,
Sedangkan telah tertulis bagimu siapa jodohmu,
Yang mampu menjagamu sebaik mungkin ketika susah dan senang,
Yang mampu memberikan kebahagiaan dan tidak pula kesusahan,
Maka,teruskan mencari dan jangan sesekali berputus asa.


Sayang Oh Sayang,
Bersabar sajalah sekiranya hidupmu hari ini tidak seperti yang difikirkan dahulu,
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,
Tidak seperti orang-orang lain yang hidup dirumah-rumah yang kaya dengan isi duniawinya,
Tetapi kurang dengan amalan akhiratnya,
Dengan manusia-manusia yang jahil itu mengukur darjat manusia itu dari harta yang engkau miliki,
Sedangkan Allah itu sendiri tidak membezakan sesama kamu,
Janganlah engkau mengeluh dengan apa yang engkau miliki,
Bersyukurlah dan rapatkanlah hatimu dengan Allah,
Hidupkanlah dan dampingi ayat-ayat suciNya dalam hidupmu,
Nescaya diakhirat kelak hidupmu akan diangkat lebih tinggi berbanding manusia jahil itu,
Dibinakan sebuah rumah disyurganya dan diberikan hidup lebih baik diakhirat.


Sayang Oh Sayang,
Bersabar sajalah jika si dia yang kamu amat sayangi pergi meninggalkan kamu,
Memang adakalanya dirasakan amat kejam malaikat Israil itu mencabut nyawanya,
Ketika kita masih memerlukannya,
Ketika kita masih sayang padanya,
Ketika kita masih dahagakan kasih sayangnya,
Tetapi percayalah sayang, Allah lebih menyayanginya,
Kerana Allah tidak mahu si dia terus menerus sengsara didunia yang penuh dengan dosa,
Maka Allah ambil nyawanya untuk dibebaskannya daripada dosa,
Sekiranya engkau sayang padanya,
Sedekahkanlah doa dan yasin kepadanya,
Semoga dia termasuk dalam golongan orang yang beriman dan bertemu kalian di syurga nanti..
Insyaallah..


Sayang Oh Sayang,
Janganlah engkau sesekali mengadu kepada kawanmu,
Apatah lagi kepada mereka yang asing buatmu,
Tentang masalah diri, masalah hidupmu,
Kerana nescaya mereka akan menceritakan hal tersebut kepada orang lain,
Itulah lumrah manusia,
Mengadulah kepada Allah,
Sama ada ketika kamu susah,
Mahupun senang,
Sentiasalah mengadu padanya,
Dan bersyukurlah kerana kamu diberi peluang hidup didunia ini,


Sayang Oh Sayang,
Sekiranya masa depanmu dirasakan begitu gelap,
Dan dirasakan semua orang membenci dirimu,
Ingin saja ditamatkan nyawa yang dipinjamkan tuhan kepadamu,
Percayalah masih ramai lagi insan diluar sana yang masih menyayangi dirimu,
Kerana aku sendiri masih sayang padamu, nyawamu...
Hargailah ia....
Sayang...

SHIT! Lelaki Benci Apabila Terpaksa Beli Benda Ini!

Disuatu malam minggu, disebuah tasik  ditengah ibu kota. Sepasang kekasih yang sedang duduk dibangku berdekatan tasik ditemani limpahan cahaya bulan sedang asyik berbual..Masing-masing melepaskan rindu yang terbuku dihati setelah penat bekerja di siang hari. Jika tidak berjumpa, dirasakan seolah bernanah hati mereka.

"Sayang, betul sayang cintakan abang???"

"Betul bang, sayang tak tipu.. Sayang sanggup buat apa saja untuk abang.. U jump, i jump too!"

"Apa saja sayang?"

"Apa saja untuk abang tau."

"Jom kita 'main' nak yang? Barulah abang tau sayang sanggup sehidup semati atau tak."

"Main apa bang?"

"Alah....Sayang ni buat perangai bengap pulak...Main tulah..."

"Oooo..Main 'geli-geli' ek? Boleh-boleh. Tapi ada satu syarat."

"Haa...Paham pun. Apa dia?"

"Abang kena pakai kondom.. Nanti takut terberanok plak..."

Konpem mati si lelaki tu fikir dua kali sebelum main.. Sebab apa? Sebab tahukah anda bahawa salah satu perkara yang mencabar ego lelaki ialah membeli KOOOOOOONDOM selain membeli pad perempuan! Tapi setakat pad tu masih buat muka tebal, tapi kalau kondom mahupun 'pelincir', mau tak malu.. Tahukah anda:

Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.-Berita Harian 21/3/2010
Banyak bukan bilangan anak luar nikah dan aku percaya angka tu akan terus meningkat. Bak hipotesis member aku,
Semakin maju atau moden sesuatu negara, semakin rosak jiwa generasi akan datang. Sebab apa? Sebab Islam hanya sekadar pada kad pengenalan.. Baca al-quran haram tak tau apa!
Berbalik kepada isu utama, ramainya anak luar nikah ni salah satu sebabnya lelaki malu nak beli kondom dan yakin mereka mampu menahan pancutan asmara tuh. Mana taknya, biasanya kondom ni kalau anda boleh tengok, biasanya dijual kat kaunter kalau kat pasar raya lepas tu yang biasanya jadi cashier tu mesti awek. Kalau lelaki yang jadi cashier tu pun belum tentu lagi anda mampu membelinya. Contoh situasinya:



Aku masuk kedai dengan penuh terdesak. Tengok cashier...Ok! Lelaki, orang pun takde. Line clear! Jalan pusing-pusing cari kondom...

Alah...Mana pulak binatang ni...

Pusing-pusing jumpa jugak dekat kaunter...Ala, dekat kaunter pulak kondom tuh...Haduih....Takkan nak beli kondom je..Jatuh ar air muke! Takpe-takpe, amik air, beli roti, beli keropok.. Settle..

Sampai kat kaunter, usha-usha kondom, lepas tu cepat-cepat amik... 

Alah....Ada orang nak beli rokok plak...Takpe, cover..Sap..Sup...Sap..Sup... Bayar duit lepas tu balik menuju ke destinasi..

Sampai destinasi...Arghhhh...Cilake!!! Saiz kecik plakkk!!! Perisa durian pulak tu!!! ARRRGGHHH!!!



Faham tak apa yang aku cuba sampaikan? Jiwa lelaki akan kacau bilau semata-mata nak beli kondom. Itu kalau sorang-sorang. Kalau ramai-ramai dah macam nak pergi merompak dah gayanya.. Kalau ada jual topeng tu aku rasa sanggup beli topeng dulu lepas tu pakai. Tapi itulah kenyataan..

Akhir kata, jom layan salah satu video beli kondom daripada beribu video yang sama di youtube.


P/S: Kalau ye pun dah gian nak main sebelum kahwin, pikirlah dulu nasib pasangan ko!

Gaya Perempuan Yang Buat Lelaki Tergila-gila & Konpem Cair!

Dulu aku pernah buat entri mengenai perangai perempuan yang buat lelaki gila bayang dan jatuh hati. Bukan main ramai yang stalk entri tu. Sekarang pulak wajah-wajah perempuan yang boleh buat lelaki gila bayang, cair dan sewaktu dengannya. Credit goes to Billyinfo. Wa pun cair der...Olololo....Tomeinye~~~



FAKTA: Tanda-Tanda LELAKI Datang Bulan

Pernahkan anda terfikir, 'adakah lelaki juga datang bulan/ haid?' ataupun 'betul ke lelaki juga datang bulan?'. Ya, lelaki juga 'menyambut' kedatangan bulan seperti mana yang perempuan alami setiap bulan. Tetapi ianya bukanlah seperti kaum hawa yang mengeluarkan darah kotor daripada tubuh mereka mahupun senggugut *diganti dengan 'stomach cramps' bagi sesetengah lelaki*. Perkara ini dikenali juga sebagai 'Sindrom Prahaid' atau dalam bahaga inggeris dikenali sebagai Premenstrual Syndrome (PMS).



Menurut wikipedia:

"...ianya merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung mempunyai sebahagian simptom PMS, definisi rasmi had skop untuk mempunyai gejala "keterukan yang mencukupi untuk campur tangan dengan beberapa aspek kehidupan".  



Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid."

Jadi, hal ini mampu menjawab persoalan bahawa mengapa dan kenapa ada masanya lelaki mudah marah dan mudah terikut-ikut dengan emosi. Tetapi apa yang menyebabkan perkara ini berlaku??? Ini kerana lelaki juga mempunyai kitaran perubahan pada hormon mereka.


Dalam erti kata lainnya:

"Perempuan datang bulan mengeluarkan darah kotornya manakala lelaki datang bulan mengeluarkan air maninya"

Sekarang ada faham??? Jadi antara tanda-tanda dan simptom-simptom lelaki sedang mengalami PMS ialah:

  1. Stress
  2. Pening kepala
  3. Sakit perut
  4. Emosi terganggu
  5. Kemurungan
  6. Kurang minat terhadap seks
  7. Jerawat
Namun, gaya hidup yang baik mampu membuatkan lelaki mengatasi beberapa simptom di atas. Jadi bagi gadis-gadis sekalian, sekiranya teman lelaki anda menunjukkan perubahan emosi yang mendadak atau membuat sesuatu keputusan yang anda rasakan tidak rasa, itu mungkin menunjukkan bahawa dia sedang mengalami PMS. Pastikan anda fahami si dia supaya perhubungan anda akan lebih baik.

7 Tips & Cara Menjatuhkan Ego Lelaki


Nak memenangi hati ego lelaki? Sesungguhnya lelaki dan ego memang tidak boleh dipisahkan. Telah menjadi lumrah alam, ciri maskulin ini pasti akan ada dalam diri setiap lelaki termasuk aku. Bukan sengaja dibuat-buat, tetapi memang telah ditanamkan dalam diri lelaki. Baru-baru ini aku dapat satu soalan daripada formspring aku, "boleh bagi cara nak jatuhkan ego lelaki?". Sudah tentu perempuan yang menghantarnya bukan?

Sebagai seorang lelaki, jawapan aku mudah saja. Hargailah lelaki dan sentuhilah dasar hatinya. Sudah pasti bukan mudah, terutama untuk menyentuh hati seorang lelaki yang pernah merendahkan egonya demi seorang perempuan yang disayangnya namun akhirnya berpaling daripadanya... Jika anda sebagai seorang fikir mampu mempermainkan maruah seorang lelaki dengan menjatuhkan ego lelaki, cubalah. Jangan pernah bermain dengan ego lelaki, terbakar diri nanti! Jadi, macam mana nak menyentuh dasar hati lelaki? Ikut langkah di bawah. *Kalau nak terus jatuhkan ego dia baca terus step 7*

1.BERSABAR
Untuk menjinakkan ego seorang lelaki perlukan kesabaran yang tinggi kerana lelaki juga sukar diduga. Anda perlu bersiap sedia untuk disakiti, dimalukan, apatah lagi diperbodoh apabila segala usaha anda tidak berhasil dan hanya sia-sia.


2. FAHAMI DIA
Fahami dia dalam erti kata lain ialah anda belajar menjadi stalker. Fahami dia adalah kunci kejayaan anda. Sedangkan dalam berperang, tentera juga perlu memahami strategi musuhnya untuk menang, jadi gunakan taktik yang sama! *Haish…Kuat berimiginasi aku nih…*  


3.HORMATI DIA 
Pertama sekali ialah belajar menghormati dia. Jika anda berharap si dia menghormati anda, anda perlu hormati dia dulu. Namun berbeza bagi setiap lelaki itu untuk belajar menerima apa yang anda cuba lakukan. Ada sesetengah lelaki akan beranggapan sudah menjadi lumrah alam perempuan tunduk dan patuh padanya. Malahan ada juga yang memahami dengan membalas kembali apa yang diberi. Apapun, menghormati itu adalah kunci kepada langkah yang seterusnya.
Arghhh...Apsal mulut ko busuk!!!

4.JANGAN BERTEKAK DENGAN DIA
Berhenti daripada mewujudkan suasana tegang antara anda. Jikalau anda rasakan dia tidak boleh menerima pendapat anda semata-mata untuk dia merasakan maruahnya tidak tercalar, biarkan saja. Biar dia saja yang rasa betul. Akhirnya nanti, dia akan dimalukan oleh perangai egonya sendiri sehingga tercalar egonya. Siapa tahu, mungkin dia akan sedar dan belajar merendahkan egonya. Apa yang penting, jangan sentiasa berharap untuk menang dalam setiap perbalahan dengan lelaki. Kerana ada hanya akan meninggikan egonya.


5. HARGAI DIA
Tahukah anda, kita di Malaysia ini terlalu disogokkan dengan cerita-cerita cinta yang terlalu kompleks sehinggakan terikut-ikut dengan cerita tersebut. Anda tak perlu bersusah payah terkejar-kejarkan si dia. Apa yang anda perlu ialah hargai dia. Jadikan tiap-tiap hari adalah hari untuk menghargai dia bukan hanya satu hari saja seperti yang dilakukan mereka yang menyambut Valentine’s. Ucapkan terima kasih sudah memadai. Penghargaan ibarat racun yang meracun diri secara halus tetapi amat berkesan!


 6.SAYANGI DIA
Cuba renungkan kembali kenapa anda ingin jatuhkan ego si dia.. Adakah kerana cinta? Atau adakah kerana anda telah tercinta si dia? Tanpa anda sedar, sebenarnya anda telah sayang pada dia. Ada sebabnya kenapa ego si dia diciptakan mempunyai ego, kerana si dia telah mewarnakan hidup anda. Jadi, anda mempunyai dua pilihan, jika anda ingin menjatuhkan ego dia semata-mata anda benci dia, baik anda menjauhkan diri anda daripada dia, kerana kelak apabila si dia sudah tiada, pasti anda akan teringat pada dia. Atau anda teruskan menyayangi si dia dengan menunjukkan kasih dan sayang anda pada si dia. Biarkan si dia tidak mengerti, lama kelamaan pasti si dia juga akan mula sayangkan anda. This is law of attraction! Apabila satu hati mencintai yang lain, satu lain tidak mencintai sebagaimana dia dicintai.


7. JANGAN MEMALUKAN DIA
Kalau anda benar-benar menjatuhkan ego dia, malukanlah dia dihadapan orang ramai. Ya, kemungkinan besar dia akan berlalu pergi daripada tempat itu malahan mungkin juga akan menangis. Mungkin itu yang anda ingin lihat sebagai seorang perempuan. Ops…Bukan perempuan, perempuan murahan. Kerana apabila anda menjatuhkan ego si dia apatah lagi menjatuhkan maruah dia di khalayak ramai, anda juga telah memalukan diri anda sendiri. Tetapi ingat, hidup anda tidak akan aman lagi kerana dibayangi oleh si dia yang pada bila-bila masa akan membalas kembali apa yang anda lakukan. Mungkin si dia akan kembali untuk meragut nyawa anda, atau mungkin orang yang anda sayangi. Siapa tahu, ego lelaki mampu bertindak lebih daripada  segalanya!*Ops...teremo ;p*

LELAKI MAMPU BUAT KERJA GILA!
P/S: Lelaki mampu jadi bidadara dunia anda mahupun iblis.

8 Perkara Yang Membuatkan Lelaki Menangis

Dalam hidup ni, terlalu banyak benda yang misteri dan menjadi rahsia sehinggakan mampu membuat orang tertanya-tanya. Contohnya, lelaki dan menangis. Jarang sekali untuk melihat seorang lelaki menangis, tetapi apabila perempuan melihat lelaki menangis, pasti akan membuatkan mereka tertanya-tanya, terpinga-pinga dan tergaru-garu kepala memikirkan apa yang membuatkan lelaki menangis..Kerana seorang lelaki amat sinonim dengan egonya. Tak kiralah sekeras atau selembut mana hatinya, apabila mengalirnya airmata seorang lelaki, maka bererti runtuhlah dinding egonya. Tapi tahukah anda, lelaki lebih menderita kerana memendam rasa semata-mata tidak mahu menangis sedangkan airmata itu sendiri adalah penawar kepada penyakit kedukaan.

Lelaki, Cinta Dan Seks.

Antara cinta dan seks bagi seseorang lelaki, yang mana datang dahulu? Bagaimana pula dengan perempuan? Seks atau cinta yang lebih diutamakan? Layan dulu video dibawah sebelum baca ulasan dibawah.


Cara Luah 'I LOVE U' Kepada Lelaki Secara Tersirat

Oleh kerana masih belum habis final exam, jadi blog AVE tak dapat nak post setiap hari. Apapun, memang bukan mudah untuk seseorang perempuan untuk mengungkapkan rasa cinta cinta kepada lelaki. Yelah, buang tebiat ke hape tetiba pergi cakap kat lelaki 'I LOVE U'. Apapun, jika anda rasakan anda memang benar-benar cintakan lelaki yang anda target itu, so just go for it!  

  • Ajak si dia menonton filem yang romantik. Kalau dia tolak, katakan anda belanja. Lepas habis tonton, saja mengeluh sorang-sorang, ' bestnya kalau ada lelaki yang layan aku macam tu...' walaupun pada hakikatnya harap dia dengar dan faham..
  •  Tulis di status facebook anda tentang si dia yang anda cintai. Tidak perlu untuk menulis nama dia, asalkan dia tahu bahawa itu adalah dirinya sudah cukup.
  •  Sekiranya dia sakit atau tidak sihat jenguklah dia atau sekurang-kurangnya masaklah sup atau masakan untuk si dia. Pasti si dia dapat merasakan sesuatu antara kamu.
  •  Download cerita ‘The Bachelor’ kemudian berikan si dia pada hari-hari yang bermakna seperti hari jadi anda.
  •  Biarkan si dia melihat  anda menangis.
  •  Senyum, tak perlu kata apa-apa~~~
  • Jika selalu hanya dia saja yang memuji diri sendiri, apa kata anda pula puji penampilan dia. Selepas tu dalam bergurau, katalah ‘untunglah orang yang dapat lelaki hensem macam kau.’
  • Berikan dia masakan yang anda buat sendiri seperti puding atau biskut yang berbentuk hati.
  • Disaat di sering merasa rendah diri, anda gunakan ruang yang ada itu untuk meyakinkan dia bahawa dia adalah lelaki yang terbaik di mata anda. (Peluang menjadi couple = 80%)
  • Sentiasa berada untuk dia disaat dia berada didalam kesulitan. Tak perlu nak kata apa-apa. Sekadar berdiam dan ada disamping dia sudah mencukupi.
  • Taktik yang biasanya berkesan ialah anda memulakan call/sms dia setiap hari untuk satu tempoh masa kemudian hilang. Jika si dia call/sms anda, itu bermakna dia sudah mula rindukan anda, dan tunggulah masa untuk perkataan I Lap U itu tersembul keluar dari mulut dia..
  • Berikan sesuatu barang yang bermakna buat anda dan kemudian berikan  kepada dia untuk dijaga.Jangan lupa untuk kata, ‘hanya orang bermakna mampu menjaga benda yang bermakna.’
  • Jika ada dinner atau 'prom night', ajak dia menjadi teman anda pada hari itu.
  •  Ajak si dia berkelah di tempat yang tenang, aman dan damai. Selepas tu anda buatlah sandwich yang special untuk si dia.
  •  Suruh kawan-kawan anda sebarkan kepada kawan-kawannya yang terdekat yang anda menyukai dia. Untuk lebih advance, suruh kawan anda berpura-pura tanpa sengaja memberitahu si dia bahawa anda sudah terlalu lama menyintai dia. Woot!
  • Ambil gambar anda berdua, kemudian buat satu puzzle dengan huruf ‘I LOVE YOU’. Berikan satu hari satu kepingan puzzle, kemudian tinggalkan puzzle yang mempunyai bentuk/perkataan love itu kosong. Berikan pada si dia apabila anda sudah benar-benar yakin terhadap perasaan anda.
  • Jika bermacam-macam cara anda telah cuba untuk tunjukkan si dia bahawa anda cintakan dia, namun oleh kerana dia berpura-pura bengap atau memang bengap melampau-lampu, anda buatlah satu drama. Anda sebarkan cerita anda akan berpindah ke suatu tempat yang jauh, kemudian anda suruh kawan anda sampaikan surat kepada dia, ‘I LOVE YOU’. Jika si dia kemudian katakana dia juga cintakan anda, maka anda katalah anda tidak jadi pindah semata-mata untuk dia. Tapi kalau si dia hanya kata, ‘selamat tinggal kawan karibku’, katakan saja anda tidak jadi pindah kerana anda sayangkan kawan-kawan anda.  (Aku pernah terkena XP)

Sifat Perempuan Yang Lelaki Rasakan Menarik


LEMBUT HATI -  Lelaki lebih cenderung untuk jatuh cinta dengan seorang wanita yang lembut, berbanding dengan perempuan yang bersikap dingin aka kerek. Kebanyakan lelaki suka perempuan yang mempunyai sifat keibuan dan mengambil berat terhadap diri mereka.

BERSEDERHANA - Kebanyakan lelaki juga sering jatuh cinta dengan perempuan yang bersikap sederhana. Kesederhanaan dalam tingkah laku, berpakaian dan bercakap adalah apa yang lelaki cari untuk perhubungan jangka panjang. Meskipun lelaki sering mencari perempuan yang 'hot', namun rasa 'hot' tu tidak akan kekal lama . Ibarat kereta ferrari, semakin 'hot' seorang perempuan tu, semakin tinggi kos 'maintainance' nya.