Showing posts with label tips lelaki. Show all posts
Showing posts with label tips lelaki. Show all posts

Beza Antara Motor Kapcai Dan Superbike

Sejak kecil aku sentiasa berharap untuk memiliki sebuah jentera superbike. Aku pun tak tahulah sebab apa aku minat sangat. Setiap kali kalau aku nak balik kampung, mesti aku tertunggu-tunggu superbike (motorsikal berkuasa 1000cc) lalu nak potong kereta yang dipandu bapa aku. Walaupun waktu tu tak tahu motor apa, asal dengar bunyi jeritan ekzos superbike ni dah cukup untuk hilangkan kegilaan aku terhadap motor ni.

Jadi setelah beberapa tahun, setelah bersusah payah aku kumpulkan duit daripada duit raya sampailah ke duit gaji kerja 'part-time', akhirnya minggu lepas aku berjaya 'dinikahkan' dengan motor Ninja 250r macam kat bawah ni.

Cara Memperbaiki Imej Anda [Versi Lelaki]

Jika beberapa tahun yang lepas, produk penjagaan lelaki terlalu kurang dipasaran, tetapi hari ini anda dapat lihat sudah terdapat bermacam-macam jenis produk penjagaan diri untuk lelaki. Ini bermakna penjagaan diri bagi lelaki sudah wajar dipandang berat bukan hanya untuk menarik perhatian kaum wanita tetapi juga untuk meningkatkan keyakinan anda supaya anda lebih rasa bertenaga dan yakin.

PENJAGAAN KULIT
Ramai yang menganggap penjagaan kulit melecehkan dan tidak penting. Sebenarnya tidak susah nak menjaga kulit sendiri. Hanya gunakan produk sabun yang bersesuaian dan guna moisterizer yang mengandungi ciri perlindungan daripada cahaya matahari kerana sinaran matahari adalah punca utama anda nampak lebih berusia. Produk kulit yang mengandungi retinol juga mampu mengurangkan garis halus dan kedutan di wajah anda.