10 Tahun Menjadi Kekasih Gelap

BERCINTA dengan suami orang memang banyak manisnya, maklum orang ada pengalaman, pandai ambil hati dan memang pakar memujuk rayu. Ini cerita dari pengalaman Ainesofia dalam e-melnya dan ketika kami berbual panjang di telefon baru-baru ini.

‘‘Biar apa pun orang kata tentang keburukannya, saya tidak percaya, selagi tidak terkena batang hidung sendiri, baru saya tahu betapa jahatnya hati lelaki bergelar suami orang ini. Dia bukan saja menganiaya saya, malah hati dan puluhan ribu ringgit duit isterinya sendiri. Tapi semua itu dia tidak peduli asalkan hajati tercapai.
‘‘Lebih sepuluh tahun saya jadi kekasih gelapnya. Biarpun kami tinggal berjauhan saya di utara dia di Terengganu, tetapi saya sering dibawa menemaninya di hotel apabila dia bermesyuarat. Tak kiralah betul-betul mesyuarat atau pembohongannya. Tetapi yang pasti saya jadi “isterinya” selama dua atau tiga hari. Samada di utara, KL, Perak atau di mana saja.

‘‘Saya berusia hampir 40 tahun ketika mengenalinya, kebetulan tengah kesunyian selepas kematian suami, jadi komputerlah tempat saya mencurahkan isi hati melalui laman chatting. Di situ saya kenal Emjay yang ketika itu berusia lebih 40 tahun yang bertugas di sebuah pusat pengajian tinggi di Dungun.

‘‘Bermula dengan menasihatkan saya kerana saya ada dua orang anak. Akhirnya saya jatuh cinta dengan kebaikan dan kelembutannya pandai memujuk rayu apabila bertemu. Orangnya pemalu dan pendiam, tak banyak cakap kecuali menasihat. Namun Emjay pandai ambil hati saya. Sesiapa yang pernah kenal dan berjumpa dengannya tidak akan percaya dia buruk perangai kerana wajah syurga dan sentiasa senyum.

‘‘Saya rasa isterinya pun mungkin tidak tahu perangainya sebenar, kalau tidak takkan dia sanggup membiayai perbelanjaan Emjay belajar ambil diploma hinggalah dapat ijazah. Isterinya juga jadi penjamin dia buat pinjaman Bank Rakyat.
‘‘Tentu pembaca bertanya mengapa saya sanggup menunggu begitu lama? Sebenarnya sudah banyak kali saya nak tinggalkan dia kerana tak sanggup menunggu lama janji nak berkahwin tetapi tak jadi. Tetapi dia memujuk dan merayu, lepas dapat diploma dan naik pangkat nanti dia akan ambil saya jadi isteri.

‘‘Namun lepas diploma dia minta tangguh lagi katanya nak ambil ijazah pula. Begitulah dia bodohkan saya supaya tunggu dia. Hingga saya tolak lamaran lelaki lain.

‘‘Saya dah penat menunggu dan melayan nafsunya. Anak-anak yang dulu cuma bersekolah menengah kini dah habis universiti dan bekerja. Saya jadi malu pada diri sendiri dan anak-anak untuk jadi teman tidurnya. Biarpun anak-anak tak tahu saya pergi jumpa dia. Tapi saya malu dan takut kepada Allah tambahan usia dah dekat 50 tahun.

‘‘Perubahan itu saya mula sedar kerana dia tak mahu chatting dan telefon saya lagi. Dunia saya sunyi dan saya tertanya-tanya apa dah jadi. Tidak menjawab panggilan saya, bukan perkara biasa, dia tak pernah hampakan saya. Setelah beberapa hari mencuba akhirnya dia jawab. Dia minta maaf tak dapat kahwin dengan saya.

‘‘Keraguan saya akhirnya terjawab. Dia mahu putuskan hubungan. Alasannya dia bencikan saya kerana suka mendesak dia ajak kahwin. Dia bosan, dia tidak bersedia berpoligami, dan dia tidak mahu saya hubungai dia lagi.
‘‘Bayangkan hubungan kami lebih sepuluh tahun jadi kekasih gelapnya terputus begitu sahaja semata-mata kerana saya menolak tidak mahu melayan nafsu buasnya. Muka saja macam orang baik-baik tapi hati dan perangai macam setan.

‘‘Secara peribadi saya memang sedih. Saya dibuang macam sampah semata-mata kerana dia dah jumpa orang baru. Rupanya semasa kami berkawan pun dia ada beberapa teman wanita lain. Sebab itulah dia mengelak setiap kali saya ajak kahwin. Dulu kata ambil diploma, lepas tu ijazah sekarang sibuk nak ambil PhD. Dan setiap kali dia kata sambung belajar dia suruh saya tunggu lepas lulus baru kahwin.

‘‘Dalam Internet dia guna banyak nama samaran seperti Emjay, deeface, irzafr... itu nama-nama yang dapat saya kesan dari bacaan saya tentang tulisannya. Maklum kami dah kawan lebih sepuluh tahun, saya tahu gaya bahasanya, dan cara penipuannya. Dengan nama samaran itulah dia menggoda beberapa orang wanita.

‘‘Mulanya saya tak sedar dia menyamar dalam Internet hinggalah saya ditinggalkan. Bila saya cari dia baru saya nampak nama-nama tersebut setelah saya baca dan ikuti lenggok bahasanya. Dan saya tahu dia sedang mengayat dua orang wanita sekali gus.

‘‘Saya sendiri setelah ditinggalkan baru sedar dibohongi. Dulu apa juga katanya saya percaya, kerana dia pandai memujuk dan merayu. Tapi dia mengelak setiap kali saya ajak kahwin. Dia pernah ajak saya nikah di Thailand, bila saya setuju setelah saya bertanya cara yang betul dan apa patut saya buat setelah nikah di sempadan dengan pejabat agama, dia pula gelabah. Dia minta tangguh lagi sampai dapat naik pangkat lagi besar.

‘‘Emjay memang panjang akal kalau tidak masakan dia boleh tipu isterinya, tanpa rasa malu pada anak-anak yang telah dewasa, sudah bekerja, dan akan berkahwin. Dia sanggup tipu isterinya beribu-ribu ringgit semata-mata untuk memuaskan nafsu dengan wanita lain. Sedangkan isterinya berhempas pulas memerah tenaga mencari wang untuk dia dan tanggung anak-anak.

‘‘Kepada isteri Emjay yang sibuk bisnes, saya mohon maaf selama lebih sepuluh tahun bersama suami anda. Kepada isteri yang sibuk bekerja, pantau kegilaann suami anda. Biasanya suami sibuk dengan laptop bila isteri sibuk bekerja, tiada di rumah atau sedang nyenyak tidur. Ini pengalaman saya.’’ Demikian cerita Ainesofia tentang percintaannya dengan suami orang.



SIAPA YANG PATUT DISALAHKAN? PEREMPUAN ATAU LELAKI?

Cantik Atau Pandai? Yang Mana Wanita Pilihan Lelaki?

Bukak je tv, sambil nyonyot botol susu, tengok cerita cintan yang mesti heroinnya cun. Lepas tu pasang nawaitu bila dah besar nak dapat awek lawa, isteri lawa. Itulah benda yang wa fikir waktu zaman kecik manja wa. Waktu kecik wa fikir hidup ni senang je, bila dah besar nak ada banyak duit, lepas tu kahwin dengan perempuan yang cantik-cantik. Tapi sekali bila dah besar, nampaknya wa terpaksa berfikir banyak kali untuk mencari calon isteri yang terbaik dari segi akal dan emosi. Wa yakin bukan wa sorang je laki dalam dunia ni yang fikir cenggini.

Mana taknya, kesan daripada hasutan orang disekeliling, makin hari makin mengikis kepercayaan tolol wa yang mengatakan bahawa hanya perempuan cantik mampu membahagiakan diri wa. Tapi macam mana pulak dengan perempuan yang tak cantik tapi pandai? Arghh...yang mana satu akan membahagiakan lelaki? Yang cantik tapi tak pandai ataupun yang tak cantik tapi pandai?

2 Perkataan Yang Jadikan Anda Istimewa

Pagi-pagi tak mandi pagi,
Apa khabar hari ini?

View ImageHaa...Balaslah pantun tu kalau power. Orang tua-tua pernah berpesan, kalau jadi baik, mesti ramai orang suka. Kan? kan? Ke orang tua wa je yang kata gitu.. Apapun, tahukah kau apa 2 perkataan tu? Kalau mat salleh akan kata ianya sebagai 'magic words'. 2 perkataan tu ialah 'minta maaf' dan ' terima kasih'. Wa percaya kalau kau nak orang respek kau dan nak orang sayang kau, kau kena amalkan benda ni. Senang je kan?

Rahsia Disebalik Tubuh Badan [Mesti Cuba]

Kalau sebelum ni anda hanya tahu maksud disebalik tarikh lahir korang, apa kata korang cuba lihat maksud disebalik tubuh badan anda pula. Harap sedikit sebanyak mampu memberi halatuju kepada anda untuk menjadi orang yang berjaya. 



1. Cuba hembus nafas dari mulut ke hidung kemudian pada masa yang sama bernafas menggunakan nafas dari mulut tadi.. Kalau anda boleh sedut balik nafas tu, anda boleh hidup melebihi 100 tahun.