Berperang Dengan Setan- Hari Terakhir

Waktu aku kat kampung, memang dalam fikiran aku tak boleh lari daripada fikir Cik A dah ok ke belum.. Kadang-kadang ada juga aku rasa tiba-tiba badan aku semut-semut sebelah badan saja. Tapi lepas aku azan (secara senyap), rasa semut-semut tu terus hilang. Mungkin aku kena tempiasnya sikit kot. Entahlah, aku malas nak fikirkan sangat. Tapi apa yang penting, kejadian tu dah mengubah persepsi aku antara dunia manusia dan dunia makhluk halus. Ya, kita perlu takut kepada Allah dan bukan takut kepada setan, hantu dan apa-apa lagi yang seumpama dengannya. Lagipun kita sebaik-baik makhluk yang diciptakan olehnya. 

Lepas isyak, sampai jugak aku ke rumah. Lepas rehat, aku pergi rumah nenek sebelah rumah je, lepas tu tengik semua tak ada. Yang ada hanyalah nenek dan mak long. Cik A dan yang lain pergi ke Telok Kemang untuk berubat. Masih tinggal sisa-sisanya dalam badan Cik A kata mak long. Jadi aku duduk borak-borak dengan mak long ambil tahu sikit perkara yang berlaku waktu ketiadaan aku di rumah. Lepas tu aku balik rumah, tidor..

Kemudian harinya, aku tengok keadaan dah pulih macam biasa. Aku panggil anak Cik A, tanya perkara yang berlaku semalam. Dia kata, diorang pergi ke teluk kemang berjumpa dengan seseorang yang direkomenkan oleh Kak S sebab ilmu dia lebih hebat. jadi sampai di sana, mereka dipecahkan mengikut kumpulan untuk mencari barang-barang ini.

-Air mandikan jenazah dari masjid
-Tanah dari kubur lelaki yang meninggal pada tahun 19xx(aku dah lupa trikhnya)
-Limau nipis
-lain-lain barang aku dah lupe ;p

Setelah dikumpulkan semua barang tersebut,cik A di mandikan. Lepas tu, Cik A diubat dan dia pun ok (tak berani cakap sebab tak nampak nanti takut dikatakan buat cerita plak). Apapun, pengajaran yang aku dapat dalam perkara ni ialah..MAKAN JANGAN SEBARANG MAKAN. Mekasih....

Berperang Dengan Setan- Hari Ketiga, Hari Kemuncak

Pagi jumaat...Mendung je hari tu. Peristiwa malam semalam masih bermain difikiran aku. Aku tertanya-tanya...Apa maksud benda tu yang Kak S kuat? Dia pun ada ada bela ke? Kalau bela, jin ke setan? Islam ke kafir? Tapi hari ni aku ada misi yang perlu aku, suami Cik A dan Iwan kena selesaikan. Kak S semalam pesan suruh pergi ke pejabat Cik A ambil barang yang dipuja oleh si pembuat tu. Jadi pukul 8.30 pagi, lepas kami bersarapan kat rumah nenek, kami pergi menaiki wira putih suami cik A, yang aku gelar sebagai maman (bahawa jawa bagi pakcik).

Yang tinggal kat rumah nenek jaga Cik A hanyalah kaum perempuan yang terdiri hanya mak sedera aku, mak long dan mak aku kecuali bapak Cik A saja yang tinggal di situ. Kerana dalam fikiran kami semua 'benda' tu dah tak rasuk lagi. Pukul sembilan aku tiba kat pejabat Cik A. Abang Y yang turut terkena tempias perbuatan tersebut sudah menunggu kami. Dia juga sudah dimuntahkan oleh Kak S semalam. Kalau ikutkan hati Kak S, mau saja si pelaku tu merana, tapi disebabkan ada bayi didalam perutnya, jadi terpaksalah pilih cara yang lebih sukar.Abang Y yang akan ambil barang tu. kami tunggu saja diluar. kami memang fikir masalah akan habis kat sini, pasti dia akan bagi barang tu kepada kami sebab setan dia dah janji semalam. Tapi malang, memang benar apa, kata-kata setan tak boleh dipercayai. Dia berpura-pura tak tahu. Jadi kami lepak kat warung sambil rancang macam mana nak rampas. 

Kami rancang nak ambil barang tu waktu makan. Sebab biasanya si pelaku akan tinggalkan handbagnya di pejabat. Jadi sementara tunggu waktu, kami berborak macam-macam. Lebih kurang pukul 10.30 pagi, aku dapat call daripada mak aku. Dia kata Cik A dan bapak Cik A dah kena rasuk sehinggakan bersilat. Jadi kami terpaksa balik dengan segera sebab tiada orang lelaki di rumah. Jadi Abang Y terpaksa ambil barang tu sorang-sorang. Dalam perjalanan, iwan sempat bagi aku ayat pendinding. Begini bunyinye:

"Bismillahillazi layadurru ma'asmih syai'uu fill'ardi walafissamaiwahuwassami ul alim "

Sampai kat rumah, suasana memang dah bising, Cik A menjerit Allahuakbar. Budak-budak kecik yang lain semua dah pergi rumah aku. Aku masuk kedalam rumah nenek, tengok Cik A sedang bersilat dengan bapak dia. Aku dah pelik, tak tahu siapa yang kena rasuk. Rupanya bapak Cik A yang kena rasuk. Sebab dia cuba bantu Cik A. Seketika kemudian, benda tu berjaya dikeluarkan. Kemudian mak iwan berikan satu kertas kat aku. Rupanya itu list saka-saka yang berada dalam badan Cik A yang diucapkan ketika separa sedar.Dalam turutan:

-Hantu Raya(Dibuang malam pertama)
-Saka Buaya Bujang senang (dibuang malam kedua)
-Saka Ular
-Saka Harimau
-Saka Ungka
-Saka Biawak
-Saka Monyet
-Saka Buaya
-Saka Ular Betapa
-Saka Naga
-Semangat 'benda tu' (maaf aku tak boleh cakap benda apa)

Untuk pengetahuan korang, benda-benda ni hanya mengamuk (Cik A dirasuk) apabila azan dilaungkan. Aku pun tak faham kenapa. Dia boleh tahan lagi dengan ayat qursi, yasin, ayat seribu dinar, tapi kalau azan memang dia tak boleh tahan, pasti akan keluar punya. Jadi apabila aku sampai kat rumah nenek, saka buaya telah dibuang. Jadi aku bantu makcik aku buang saka ular betapa, saka naga dan semangat 'benda tu'. Saka-saka otai ni...Apsal aku pulak yang kena galas tanggungjawab ni...Memula tu menolak jugak, tapi apa boleh buat, kalau bukan aku, sapa lagi nak tolong. 

Pergh, aku baru buang satu saka dah penat. Penat dia lain macamlah, penat dalam. Penat batin...Habis je buang saka naga, otak aku dah biol pening dah. Tapi kami kena stop dulu, sebab nak pergi sembahyang jumaat dulu. Lepas sembahyang jumaat, bapak Cik A balik. Jadi kami teruskan tanpa dia, buang benda yang terakhir, Semangat 'benda'! Aku buat benda sama, sesah badan makcik aku tu guna kayu terap sambil jerit Allahuakbar. Habis benda tu,  semua berehat. Takut Cik A dirasuk lagi, semua berjaga-jaga, duduk berhampiran Cik A. Mata ni kadang-kadang pandang jugak Cik A, takut-takut kalau diam-diam dia keluarkan mata setan dia. Duduk punya duduk, mata nak terlelap. Aku dah tak boleh tahan...Badan aku dah gila-gila penat.

Aku balik rumah tidur. Petang tu aku balik Johor, Batu Pahat. Sedara aku kahwin..Dalam hati aku terfikir je, 'Cik A dah ok ke?'.  Nak tau dah ok ke tak? Tunggu...Panjang sangat dah ni...

Berperang Dengan Setan- Hari Kedua

Pukul 6.30 pagi khamis. Bangun, bersihkan diri, sembahyang..Lepas subuh, macam biasa aku tak tidur. Aku bukak laptop aku, sambung buat projek website aku yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Cik A pun dah pergi kerja macam biasa. Masuk tengahhari, aku dapat berita bahawa Cik A dirasuk lagi kat pejabat. Aku tak tahu nak buat apa, jadi aku tunggu jelah sampai Cik A balik kerja.

Pukul 6 petang, aku keluar rumah, pergi belakang rumah nenek. Tengok sedara aku yang lain tengah membakar sisa-sisa pokok pisang semalam yang masih belum terbakar. Kayu papan dilonggokkan, lepas tu dibakar. Sedara aku yang masih kecik ni boleh pulak cari tokek kat celah-celah papan yang disusun. Aku pun apa lagi, menyibuk jugaklah. Tokek mahal der.... 

Pukul 6.30 petang, 2 orang lelaki, officemate Cik A datang menaiki waja.. Diorang pun terkena jugak, tapi tak seteruk Cik A sebab memang Cik A yang di'target'. Cik A keluar ke muka pintu menjenguk, waktu tu benda tu masih belum datang. 'Mungkin maghrib nanti datanglah tu...'gerak hati aku berkata. Tiba-tiba kawan Iwan datang kat hadapan rumah nenek. Mungkin bagi sesuatu untuk pulih Cik A. Serta merta dengar suami Cik A kata, 'dah datang dah..dah datang dah...'. Rupanya benda tu boleh kesan daripada jauh sekiranya sesuatu yang berniat baik datang. Lepas pandang dengan mata membunuhnya sambil ditahan suaminya, terus pengsan.

Semua mula masuk kedalam rumah sambil membacakan ayat-ayat yang sepatutnya. Dan seorang lagi kawan Cik A datang. Dia bukanlah beragama Islam, tetapi Kristian. Menjelang maghrib, semua solat berjemaah di rumah nenek dan selepas itu membaca surah yasin termasuk Cik A. Ketika membaca surah yasin, pada awalnya Cik A nampak biasa. Tetapi, 'Cik A' menunjukkan dirinya yang sebenar pada 10 ayat terakhir. Rupanya aku difahamkan memang setan/ jin ni tak akan mampu menghabiskan bacaan yasin. Ketika itu keluar Cik A juga sudah sampai dari Tampin.

Ikhtiar punya ikhtiar, kami akhirnya bersetuju membawa Cik A ke rumah Kak S. Aku pergi naik kereta wira putih Iwan pergi ke rumah Kak S. Sampai saja ke halaman rumah Kak S,  Cik A dah dirasuk. Sempat lagi berpura-pura manja dengan suaminya, 'Abang, kita nak pergi mana ni bang~~~'. Suaminya senyap saja. Sampai di muka pintu Kak S, Cik A enggan masuk tanda takut. Kak S tak cakap banyak menepuk kuat belakang Cik A lepas tu dengan suara kuat, menyuruh Cik A duduk. Memang gengster Kak S ni, pantang setan tu tunjuk kuat je habis disesah badannya. 

Antara perbualan yang aku ingat ialah:

"Kau kenal aku tak?!!" Kak S
"Kenal" setan
"Sapa aku?!!" Kak S
"Kak S.."Setan
"Kak S sapa?!!!"Kak S
"Kak S orang kuat.."Setan

Lepas tu Kak S paksa 'Cik A' muntahkan balik segala makanan yang telah menjadi zat dalam badannya. Suami cik A turut teman. Aku tanya suami dia, katanya ada jugak darah. Lepas tu mak iwan datang bawak kayu terap. Hampasnya dibuat tali dan dililit di pinggang. Cik A disuruh membaca 'Laillahhaillallah'. Sambil baca, matanya memandang tajam Kak S. Ternyata itu bukan matanya. Kemudian Kak S paksa benda tu keluar daripada tubuh Cik A dan jangan kembali. Seperti hari sebelumnya, benda itu keluar dalam keadaan meniarap dan mulutnya ternganga sambil menggeletar kerana roh berpisah dengan jasad.Selepas keluar, Kak S bagitahu bahawa itu adalah saka buaya bujang senang. Pukul 111.30 malam, kami pulang.

Keesokkan harinya, adalah hari kemuncak...Bersambung..

Berperang Dengan Setan- Hari Pertama

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku senyap akhir-akhir ni kan? Baru-baru ni sesuatu telah berlaku kepada orang yang rapat dengan aku, jadi akan aku ceritakan semua yang berlaku. Bagi sesiapa yang rasa takut tak boleh tidur malam, adalah lebih baik tak baca entri ini. Aku hanya menceritakan apa yang berlaku, terpulang untuk anda percaya atau tidak.
Ini rumah aku. Nampak rumah sebelah tu? Itu rumah nenek aku.Tempat kejadian berlaku...

HARI 1
Rabu, 8/6/2011. Jam tangan aku menunjukkan pukul 7 ketika aku dan ayah aku sampai di rumah. Motor Suzuki Smash 110cc warna merah aku, aku letak bawah rumah nenek aku. Biasalah rumah kampung, mesti ada tempat parking motor. Ops, terlupa nak bagitahu. Aku tinggal dengan saudara- mara aku. Kiri kanan semuanya saudara aku. Jadi sebelah rumah aku ni rumah nenek aku. Sewaktu aku dengan bapa aku bukak saja kasut diluar rumah, saat itu azan masjid tidak jauh daripada rumah aku berkumandang. Waktu itu juga tiba-tiba terdengar suara jeritan.

'ARRRRRGHHHHHHHHHH'

Aku ingat nenek aku yang menjerit. Tapi takkanlah nenek nak menjerit maghrib-maghrib pulakkan. Mungkin anak buah aku kot. Maklumlah cuti sekolah. Tapi apabila aku tengok suasana dalam rumah nenek daripada luar, aku nampak makcik aku terbaring menjerit. Aku mula-mula ingat kena rasuk. Biasalah, kadang-kadang terkacau tempat dia. Sebab aku komander kembara, banyak bermain dengan alam, jadi tahu serba sedikit tentang makhluk alam ghaib ni... 

Aku masuk rumah dulu mandi, sembahyang maghrib, lepas tu pergi rumah nenek. Tengok cik A (nama terpaksa dirahsiakan) memang dah kena rasuk. Aku masuk je dia pandang tajam. Dia punya pandangan tu, memang bergetar jantung. Tak berkelip dan tak lari pandangannya. Adik aku yang pandang mata dia pun dah mula menangis. Lepas tu cik A dah mula sedar balik, tapi tak lama. Sekejap kena, sekejap tak. Mula-mula tu cuak jugak, tapi apabila fikir-fikir balik, dia lagi hina daripada manusia, jadi aku pun beranikan diri. Aku duduk sebelah dia, baca ayat qursi, surah al-baqarah dengan yasin. Tengah baca-baca, sekali cik A pusing cepat-cepat lepas tu pandang aku dengan mata dia sambil tangan dia cuba menolak-nolak aku...Dalam hati aku dah bersumpah dah..

"Cilake punya setan..Terkejut aku..."

Lepas habis baca, aku tolong Pak Teh aku dengan makcik aku dan saudara aku yang lain pegang Cik A sementara suami Cik A 'grip' leher dia. Ada masanya terhentak-hentak bahu dan peha, macam india menari. Sekali bila ditanya memang india..  Cuba ditanya siapa buat, tak menjawab. Tapi yang pasti memang ada orang buat. Dalam hati aku memang terkejut. Aku percaya alam ghaib ni, tapi aku tak pernah terfikir ada lagi dalam dunia moden ni orang guna ilmu hitam.

'Cik A' memang tunggu Iwan. Dia nak cabar Iwan sebab dia tahu Iwan ada masuk dalam pejabat Cik A cari barang guna-guna. Pukul 8.30 malam Iwan datang. 'Cik A' makin agresif, mendengus seperti binatang. Rupanya memang Iwan kuat. Dia boleh lawan 'benda' tu. Aku pun pelik mana dia belajar. Tanya punya tanya, rupanya hantu raya yang masuk dalam badan dia. Semua benda ditanya dan akhirnya tahu siapa yang buat dan kenapa. Adakalanya benda tu boleh pulak main-main kening dengan aku...Cilake....

Pukul 10 malam. Benda tu dibagi pilihan nak masuk dalam telur ataupun keluar. Paksa punya paksa akhirnya dia keluar. Cara dia keluar tu macam buaya. Baring menelentang sambil mulut ternganga menghadap pintu yang dibuka. Dengan mulut yang dibuka seluas mungkin, 'Cik A' menjerit sekuat-kuatnya dengan kaki nya menghentak-hentak lantai. Seolah-olah orang nazak yang sedang dalam kesakitan apabila roh cuba dipisahkan daripada jasad..  Akhirnya 'dia' keluar. Lepas tu Cik A dapat rasa dia melekat kat pokok pisang belakang rumah nenek. malam tu jugak pokok pisang tu dibakar. Buah pisangnya digoreng buat makan dengan sambal kicap *Ok, ini tipu*. Selepas tu tunggu Ustaz Yusof datang untuk pulihkan Cik A.

Aku ingat benda ni berakhir kat sini.. Rupanya ini baru saja permulaannya....Bersambung...