Doa Bertemu Jodoh & Berkasih...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…


Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…


Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…


Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…



Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…


Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…


Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin




Tips Dan Cara-Cara Asas Kaunseling

Ada yang mengatakan aku doktor cinta. Ok, secara terus terang, aku tak minat untuk jadi doktor cinta, sebab aku lebih minat jadi doktor kanak-kanak, sebab aku lebih minat pada bayi dan kanak-kanak, lebih mudah diajar berbanding orang dewasa.. Tapi apakan daya, bapa aku lebih suka aku jadi 'engineer', jadi aku terima sajalah. Jadi doktor mesin pun okey jugak kan..

Untuk pengetahuan korang, aku sebenarnya bukanlah doktor cinta apatah lagi mengambil mata kos psikologi. Aku hanya berpegang pada prinsip asas kaunseling. Salah satunya ialah tidak memberi kata putus. Sebab itulah blogger tidak disarankan menulis sesuatu entri yang memberi kata putus, sebaliknya membiarkan pembaca sendiri menilai dan memilih yang terbaik untuk dia. Jadi dibawah adalah antara prinsip asas untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Amat berguna kalau nak cinta kekal lama.

1) Faham
Perkara yang pertama sekali ialah faham, anda hanyalah membantu dan bukan memaksa dia mengikut pilihan anda. Anda hanyalah sebagai orang tengah dan orang yang anda ingin kaunseling sebaiknya bukanlah seseorang yang dekat dihati anda seperti ahli keluarga anda. Ini kerana faktor emosi akan memainkan peranan dan kemungkinan besar anda tindakan anda berdasarkan emosi anda.

2)Empati
Baru pertama kali dengar empati? Empati ye, bukan simpati. Empati bermaksud anda meletakkan diri anda di tempat dia dan merasakan apa yang dia rasakan. Biasanya banyak masalah dalam perhubungan terjadi disebabkan ketiadaan perasaan empati ini dan terlalu pentingkan diri sendiri. Kalau amalkan benda ni dalam kehidupan seharian insyaallah hidup akan lebih disayangi ramai orang.

3)Beri 100% perhatian apabila dia bercakap
Senyap dan pastikan mata anda tepat memandang mata dia. Jangan sesekali mencelah apabila dia berbicara. Biarkan dia habis bercakap dan kemudian baru mencelah.Biar saja dia luahkan segala yang terbuku di hati dia. Jangan gelak mahupun tunjukkan sebarang reaksi yang boleh membuatkan muka anda ditumbuk dia, serius!

4)Jangan memaksa
Sekiranya dia tidak mahu menceritakan masalah dia, jangan paksa. Sebaliknya beri dia nasihat supaya dia jangan bersedih lagi. Berikan juga dia kata-kata semangat. Selain itu sekiranya dia bersedia berkongsi masalah, jangan membuatkan pilihan kepada dia, sebaliknya beri dia pilihan dengan kesan-kesan yang berbeza dalam tindakan dia.
5)Bersikap profesional
Masalah biasa dalam kaunseling ialah permainan emosi. Kaunselor akan mudah terperangkap dalam permainan emosi terutama apabila sesi kaunseling diadakan antara jantina berlainan. Jadi, berhenti daripada terbawa-bawa masalah itu selepas sesi kaunseling. Jika tidak, masalah itu akan mencari anda. 

6)Rahsia
Segala perkara yang diceritakan kepada anda adalah rahsia. Jangan sesekali mendedahkan rahsia kepada orang lain walaupun dia kawan baik anda. Bukan mudah untuk seseorang meluahkan masalah dia kepada anda, jadi ingat, dia bercerita kepada anda kerana dia percayakan anda, jadi jangan belot kepercayaan dia.

7)Situasi
Pastikan suasana persekitaran bersesuaian dan selesa untuk lakukan sesi kaunseling. Jangan buat ditempat-tempat yang bising. Dan jangan pula buat sesi kaunseling di atas katil (bagi bukan mahram)...

8)Bahasa
Penggunaan bahasa yang sesuai juga amat dititik beratkan. Tidak perlu ber'saya' 'awak'. Asalkan dia rasa selesa itu sudah mencukupi.

Rasanya setakat ini itu sajalah. Kalau ada sebarang penambahan/ pembetulan boleh diletakkan dibahagian komen. Sebelum ni ramai juga pembaca yang chat dengan aku untuk menceritakan masalah diorang. Kalau perlukan aku untuk luahkan masalah, jangan malu-malu:  fauzibest5@hotmail.com 

AKU BUKAN SEORANG KAUNSELOR, AKU SEORANG SAHABAT...

Cara dan Langkah Berkesan Untuk Berpisah / Break Up!

Memang awesome giler cara dia mintak break dengan girl dia. Selamat beramal! :p


Dia Syok Sendiri (SS)??? Apa perlu dibuat???

Teringat zaman sekolah rendah aku. Waktu itu darjah enam. Aku memang minat gila seorang awek ni, muka dia soooo sweet! Tapi dia syok kat budak lain. Jadi, taknak rasa kecewa, aku tulis jelah surat cinta kat dia, biasalah cinta babun.. Lepas tu dia balas, dia kata jantan tu sebenarnya SS. Puas aku fikir apa bendalah SS tu. Siap search internet lagi. Semua tak tahu. Last-last aku hantar balik surat kat dia tanya, 'apa itu SS?'. Rupa-rupanya syok sendiri. Wadehek sungguh!


Aku pernah banyak kali alami situasi macam ni, maksud aku situasi dimana aku diganggu oleh orang SS. Ya, aku faham perasaan itu. Perasaan tiadanya persefahaman atau 'chemistry' antara kita dan dia. Bukan kerana kita terlalu sombong untuk menerima cinta itu, tetapi kerana mungkin situasi waktu itu tidak mengizinkan dan mungkin juga kerana dia bukan jenis yang kita cari. Atau mungkin juga kerana bentuk fizikal mahupun sifat dan perangai dia yang terlalu kebudak-budakkan.


Perangai kebudak-budakkan? Macam mana ea? Contohnya, kalau lelaki kita boleh tengok, kalau kat depan perempuan, dia akan mulalah tunjuk kuat atau cakap besar dan bagi yang perempuan, dia akan terlalu geeeedikkkkkssss.. Oh my god....Save our soul..... Memang kalau ikutkan hati, nak saja terus terang tanpa fikirkan perasaan dia, tapi kita orang melayu. Ops, kalau tak suka perkataan melayu, kita ini orang timur, yang masih ada nilai sopan santun. Rasanya tak perlulah terikut-ikut dengan perangai orang barat. Bukan saja tidak menunjukkan kesopanan, malahan mungkin juga anda akan dicop sebagai sombong dan sebagainya. Jadi, kita perlu cuba taktik halussss untuk buat dia menjauhkan diri.


  1. Beli atau pinjam cincin kemudian katakan pada dia anda telah bertunang. Kalau dia tak percaya, panggil pelakon tambahan anda.
  2. Tukar status fb anda daripada 'open relationship' kepada ' in relationship ever after' dengan pelakon tambahan.
  3. Buat-buat sibuk dan elak daripada bertegur sapa apatah lagi berjumpa dengan dia.
  4. Jangan balas sms dia apatah lagi angkat call dia. Kalau taknak biarkan dia call je, suruh bapak anda angkat kemudian katalah itu nombor baru dia beli.
  5. Call dia kemudian berpura-pura sedih mengadu anda mandul/ ada penyakit kelamin 7 keturunan..
  6. Berpura-pura gila atau cakap benda yang tak masuk akal pada dia. Anda tengok berapa jauh dia percayakan anda. Ceritalah semerepek yang boleh sehingga ke bulan.
  7. Tunjukkan muka kerek anda kat dia.
  8. Fahami jenis-jenis pasangan yang dia benci. Kemudian jadilah orang yang dibenci itu.
  9. Perkenalkan dia kepada kawan anda yang lebih kacak/ cantik.
  10. Tak jalan jugak? Biar masa yang lakukannya. Bak kata mak aku, biarkan aja, jangan dilayan dia tu. lama-lama bila dah bosan, pergilah dia...