Rahsia Disebalik Restoran Berwarna Jingga Ini

Assalamualaikum. Insyaallah dalam beberapa hari lagi, ramadan akan mula melabuhkan tirainya dan saya percaya ramai yang ternanti-nantikan hari raya Aidilfitri. Bagi si anak kecil sudah pasti mula berangan-angan untuk memasang matlamat mengumpulkan duit raya sebanyak mungkin manakala yang dewasa sudah tidak sabar  bergaya di hari lebaran. Namun saya yakin tidak semua orang gembira untuk menyambut Aidilfitri.

Pernahkah anda terfikir bagaimana nasib mereka yang tidak berumah atau dipanggil gelandangan. Ketika orang ramai bersuka ria, mereka seperti biasa, mengutip tin-tin ditong sampah, di tepi-tepi jalan kemudian apabila malam mula menjelma, mereka mula mencari tempat untuk berteduh. Sejuk atau malu sudah tidak penting lagi, yang utama mereka selamat daripada dibasahi hujan.

Saya sendiri pernah mencuba merasa menjadi gelandangan, berfikir seperti mereka. Ketika itu saya diShah Alam. Saya cuba tidak menggunakan duit untuk beberapa hari, kemudian berjalan mencari tempat-tempat yang mampu memberikan saya makanan. Alhamdulillah, saya tidak menyangka saya jumpa hasil daripada maklumat kawan-kawan. 

Sebuah restoran ada menyediakan makanan percuma, dengan syarat pinggan tersebut dicuci selepas makan. Restoran tersebut dipanggil Kedai Makan Percuma, terletak dihadapan 7eleven seksyen 16 Shah Alam. Ianya dibuka setiap hari kecuali ahad dan cuti umum daripada pukul 10.30pagi sehingga 6 petang.
Info Menu Pusat Makan Percuma. 

ISNIN.
Nasi Lemak atau Nasi Berlauk (Ayam atau Ikan Kari Campur Sayuran).

SELASA.
Laksa, Mee Bandung atau Mee Goreng.

RABU.
Bihun Singapura atau Bubur Nasi Berlauk.

KHAMIS.
Nasi Berlauk (Ayam atau Ikan Masak Kicap Atau Sos Tiram).

JUMAAT.
Nasi Berlauk (Ayam Kurma Campur Sayuran).

SABTU.
Nasi dengan Sup Ayam atau Nasi Goreng Kampung.    
 
-sumber tranungkite
Apa yang boleh saya katakan tentang restoran ini ialah walaupun makanan yang disediakan tidaklah seperti makanan di hotel, tetapi ianya sudah mencukupi untuk meneruskan kehidupan. Melayu, cina dan india semua datang makan disitu. Namun begitu, masih ada yang bersikap tidak tahu bersyukur dengan meninggalkan pinggan mereka tidak bercuci dan pergi begitu saja.

Saya kemudian cuba untuk menyelidik siapa pemilik kedai tersebut. Ianya diasaskan oleh tokoh usahawan dan ahli perniagaan, Hj Mohamad Sauffi Hamzah bersama Puan Lieza Abdul Rahman. Syukurlah, masih ada insan yang berfikiran sebegini. Difahamkan juga mereka menyediakan kelas tuisyen secara percuma. Tempat ini juga pernah mendapat liputan akhbar dan televisyen.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan, bolehlah dibuat dialamat:
Jalan Sempadan 16/7, Seksyen 16, Shah Alam, Darul Ehsan.
Semoga mereka yang bersama-sama membantu tempat ini mendapat keredhaan dan syurgaNya.

P/s: Kesal apabila ada pihak cuba mempolitikkan restoran ni..

15 Cara Menyuburkan Rasa Cinta Anda


Filem Pendek 7 Minit 5 Bintang!



Cara Mengetahui Lelaki Teruna?

Atas permintaan, jadi saya postkan entri ini. Apapun, saya sendiri tak pasti adakah perkara ini betul 100%.


  • Lelaki teruna membosankan apabila bercinta, gayanya agak "nerd". gemar berlagak untuk menarik pasangannya.
  • Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya.
  • Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita.
  • Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya.
  • Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan.