Sekitar bulan Mac 2012, saya telah berpindah ke rumah sewa yang baru. Berpindah bukan kerana telah menimbulkan masalah dirumah sewa lama, tetapi mencari rumah yang lebih dekat dengan universiti. Bagi saya segalanya sempurna di apartment baru ni. Sekuriti 24 jam, kolam renang, kafe dan gym. Budak-budak rumah baru ni pun nampak mesra dan sekepala. Biasalah, baru-baru lagi, mana nak tunjuk belang sebenar ye tak.


