Saya Suka Download Cerita Korea, Anda Suka?

Fuh.....Akhirnya sampai jugak aku ke kampung halaman aku,Port Dickson setelah bertolak dari Shah Alam pukul 9 pagi tadi dengan keadaan cuaca yang mendung dan gerimis. Tak nak aku duduk Shah Alam lama-lama, bandar dah berhantu bila budak-budak U balik.Member-member aku yang lain dah balik bercuti hari khamis yang lepas, aku pulak baru nak balik hari ni. Ini semua gara-gara gathering Sahabat Blogger.

Okey, kita lupakan pasal gathering sebab aku tak nak korang muak dengan cerita gathering. Jadi, cuti ni korang buat apa?Aku ingat lepas habis je aku taip entri ni aku nak layan terus cerita korea dan jepun.Haa...Kalau nak tau, aku layan jugak cerita-cerita korea, cuma tak sefanatik koranglah. Cerita-cerita ni pun kawan aku yang downloadkan. Aku tumpang cucuk pendrive je. Hehe...

Rahsia Disebalik Kejayaan Orang Yang Tak Sembahyang

Sedikit tazkirah,aku ngaku kekadang aku jahat,tapi mesti ada masa baikkan...Ok,ni ambil daripada FB,tak tahu sapa yang tulis,tapi semoga dia murah rezeki dunia akhirat ah!Kalau tau tuan punya blog,sila bagitau k.Nanti aku bagi backlink.
**********

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Tips Dan Cara Mudah Update Blog Setiap Hari

PERHATIAN: 
ENTRI NI MEMBONGKARKAN RAHSIA BLOG AVE!

Ramai yang beranggapan terlalu susah untuk update blog tiap-tiap hari terutamanya blogger baru yang umur blognya tak sampai pun sebulan. Kalau update pun kadang-kadang entri yang terhasil tu mesti kurang berkualiti. Tapi jangan risau, hari ni aku akan ajar cara mudah untuk pastikan korang dapat update blog tiap-tiap hari.
  1. Idea datang bila-bila masa. Bila dapat idea tu, tulislah kat kertas atau terus draftkan cerita tu kat blogger. Yang penting banyakkan berjalan.

Tak Seindah Rupa...