Beza Antara Motor Kapcai Dan Superbike

Sejak kecil aku sentiasa berharap untuk memiliki sebuah jentera superbike. Aku pun tak tahulah sebab apa aku minat sangat. Setiap kali kalau aku nak balik kampung, mesti aku tertunggu-tunggu superbike (motorsikal berkuasa 1000cc) lalu nak potong kereta yang dipandu bapa aku. Walaupun waktu tu tak tahu motor apa, asal dengar bunyi jeritan ekzos superbike ni dah cukup untuk hilangkan kegilaan aku terhadap motor ni.

Jadi setelah beberapa tahun, setelah bersusah payah aku kumpulkan duit daripada duit raya sampailah ke duit gaji kerja 'part-time', akhirnya minggu lepas aku berjaya 'dinikahkan' dengan motor Ninja 250r macam kat bawah ni.

Hadiah Istimewa & Kreatif Untuk Orang Tersayang

Hari jadi dia dah semakin dekat? Tak tahu nak bagi apa? Nak belikan hadiah tapi tak mahu yang mahal? Nak bagi hadiah yang kreatif dan menarik? Mungkin itulah yang sedang bermain difikiran anda apabila memikirkan hadiah untuk harijadi dia mahupun sempena ulangtahun anda bersama. Jadi, saya akan ajar anda untuk buat hadiah yang murah, mudah dan kreatif iaitu puzzle yang pasti mampu membuatkan si dia terharu dan suka!

Kisah Bunga Ros Merah, Putih Dan Lelaki


Baru-baru ini saya telah mengunjungi sebuah kedai bunga yang terletak di pasar (lokasi Port Dickson) untuk membeli bunga sempena ulang tahun kami. Memandangkan saya dah terlewat dan kedai bunga itu pun satu-satunya kedai yang buka hari ahad, jadi saya beli sajalah di situ.

"Amoi, kasi bunga ros putih tiga, bungkus cantik-cantik punya." ujar saya.

Kelihatan 2 orang lelaki berusia dalam lingkungan 50an dalam kedai bunga sedang membelek sample gubahan bunga.Tak lama selepas itu saya terfikir sesuatu.

"Eh eh, amoi, kasi tambah satu bunga ros merah."pinta saya lagi.

"Okey bos." kata amoi tu.

Macam Mana Perempuan Pilih Pakaian Dalam?

Sebelum ini saya pernah buat satu entri mengenai beza pemikiran antara seorang perempuan dan lelaki dalam pemilihan warna. Kali ini jom kita lihat apa beza pemikiran antara lelaki dan perempuan apabila memilih spender & bra. pakaian dalam.