Cinta Tiga Segi: Adakah Anda Telah Membuat Pilihan Tepat?

Cuba anda bayangkan... Bagaimana ketika ini, saat ini, anda perlu membuat satu keputusan yang amat penting, yang akan menentukan halatuju hidup anda selepas keputusan itu dibuat. Anda tiada pilihan selain untuk memberikan jawapan saat itu juga. Ketika itu dihadapan anda berdirinya dua jasad yang amat anda kenal. Kedua-duanya ialah cinta hati anda. Ketika mereka serentak menghulurkan tangan tanda pilihlah salah seorang daripada mereka, maka tangan siapakah yang anda akan sambut? Secara rela hati atau tidak???

Suatu malam di kelab malam sekitar Kuala Lumpur 3

Terlihat seorang lelaki dan seorang perempuan tanpa segan silu sedang asyik bercumbu ditengah-tengah khalayak ramai. Apa yang pelik, orang di sekeliling tampak biasa dan seolah-olah tidak nampak apa yang dilakukan pasangan tersebut. Mungkin kerana pengunjung di pusat hiburan tersebut sudah biasa dengan perkara sebegitu atau mungkin juga kerana mereka adalah warga asing. 

Suatu malam di kelab malam sekitar Kuala Lumpur 2

Selesai membuat persembahan, tiba-tiba lampu gelap.....

Lagu Pitbull, 'I know you want me' yang diputarkan DJ menggamatkan suasana didalam kelab. Lampu disko memeriahkan lagi suasana. Cuma kadangkala saya tidak tahan dengan 'permainan' lampu tersebut yang berkelip, membuatkan saya pening. Sistem audio di kelab tersebut mampu membuatkan sesiapa sahaja tergerak untuk 'melayan' muzik tersebut. Nampak beberapa orang gadis mula bergerak ke 'dance floor'.  Menari mengikut rentak muzik. 

Suatu malam di kelab malam sekitar Kuala Lumpur 1

Sekitar bulan Mac 2012, saya telah berpindah ke rumah sewa yang baru. Berpindah bukan kerana telah menimbulkan masalah dirumah sewa lama, tetapi mencari rumah yang lebih dekat dengan universiti. Bagi saya segalanya sempurna di apartment baru ni. Sekuriti 24 jam, kolam renang, kafe dan gym. Budak-budak rumah baru ni pun nampak mesra dan sekepala. Biasalah, baru-baru lagi, mana nak tunjuk belang sebenar ye tak.