Review Drama:Putera Katak


Petang semalam aku duduk depan tv sambil blogwalking.Tengah khusyuk,tiba-tiba perhatian aku diragut dengan drama terbaru TV3 ni.Wahh...Mantop deh....Tengok baju pelakon pun ada style.Antara pelakon-pelakonnya ialah Nora Danish, Zizan Nin, Fazren Rafi, Norseha, Bia Rameshan, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah, Hamidah Wahab, Mak Jah, dan ramai lagi.
Yang buat aku jatuh cinta ni dengan Nora Danish ler,nampak sweeeeettt jer.Aku rasa macam nak lari laju-laju langgar dinding tengok dia.Pastu,berani lak dia pegang minatang iguana(Ronaldo plak tu namanya).Memang sweet ah!!!Pelakon-pelakon lain pun best.Tapi lakonannya aku tak tahulah best ke tak.Muahahaha....Saksikan PUTERA KATAK 4.30 ptg(TV3)  dan 8.30 malam(TV9).Jom layan~~~
SINOPSIS
Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman. Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan. Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.
Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora. Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana masih perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya.
Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya. Setelah Puteri Ixora mengetahui tentang rancangan Puteri Zadora, dia telah datang ke bumi untuk membunuh Amar. Bagaimanakah Putera Amar dapat memberitahu Trisha tentang identiti sebenarnya? Adakah mereka ditakdirkan untuk bersama?

P/S:Putera Turtie tak de ke?Tettt..XP

9 Komen:

AVE said...

@Anisa Hang Tuahhaha.terbaik dari ladang!

Isteri Encek Bard said...

cerita putera katak cam hambar jer, sebab pelakun acam kaku, tapi nora danish tetap cumel...

AVE said...

@Hidup Ini Adalah KenyataanYeah...itu yang aku cuba bagitau..Muahaha..aku suka sebab dia ada jer XD

aton said...

cite best la gak..tapi, yg klaka nye..katak tu..nmpk sgt2 xori.. :D hehe~

AVE said...

@atOnaton,aku dilamun cinta XD

ynn said...

cari putera katak kat sini jap...kahkah...;d

Cempakamelati said...

Saya tengok juga semalam..hari ni ,sedang tengok sambil berblog di TV3. jalan cerita tak tau lagi best ke tak sebab episod baru bermula.

didi lala said...

err best ke?? ta minat la cite mlyu~~
hee

AVE said...

@dhilla nazlidah tak best dah.jalan citer dah mendayu-dyu pulak..haha.dah bape episod tak tengok