Bergaduh Demi Seorang Gadis, Confirm Terpikat???


Sudah jadi lumrah seorang lelaki, kalau nampak awek cun mesti akan pandang je lama-lama. Kemudian mulalah kata itu cinta pandang pertama dia sambil siap berangan-angan dapat 'couple' dengan awek tu. Kalau dalam kelas atau kuliah, jangan harap nak fokus dalam kelas, fokus kat awek tu adalah. Biasanya awek-awek yang jadi sasaran ni mestilah yang kulit licin, muka putih lepas tu muka sweet-sweet 'tweetie'.Tapi biasalah, benda cantik bukan kita saja yang suka, budak-budak lain pun mesti 'target' awek tu jugak. Jadi, biasalah berlaku perebutan dan bergaduh semata-mata nak dapatkan awek tu. Jadi, wajarkah bergaduh semata-mata nak dapatkan awek tu???


Kalau tanya pendapat aku TAK WAJAR. Sebab apa? Sebab aku pernah bergaduh semata-mata untuk dapatkan seorang awek waktu zaman sekolah dulu. Apabila kena tarik masuk HEP, nasib baik muka aku muka baik, aku cakap:

"Saya mana suka gaduh-gaduh ni cikgu. Saya budak baik, kalau saya marah je saya terus amik wuduk...Setankan tak suka orang amik wuduk...Dia nak gaduh, saya pertahankan diri saya jer.."

Lepas tu aku lepas, budak tu kena gantung. Hehe... Tapi yang aku bengang, awek tu bukannya terpikat kat aku.. Dia saja je nak test muka dia... Jadi, apa yang aku nak tekankan kat sini, kalau setakat nak gaduh demi mendapatkan seorang perempuan, baik lupakan je. Biasanya budak-budak sekolah ramailah macam ni, darah mudakan.. Banyak cara lagi anda boleh pikat hati seorang perempuan. Antaranya:


  • Rambut setting baik, baju kemas dan fit. Biar nampak segak tapi bukan nampak 'nerd' ataupun 'geek'. 
  • Muka biar nampak jahat, biar member kata perangai macam setan kalau dengan lelaki, tapi biar perempuan tu tahu, hati anda masih lagi cute dan baik.
  • Be gentleman. Belajar pandai amik hati orang. Berkawan biar beribu, bermusuh biar satu.
  • Muka dah hensem, smart, tapi kalau bodoh tak guna jugak. Maka, jadilah seseorang yang terpelajar. Seorang perempuan harapkan lelaki yang mampu memberi hidup yang senang, bukan hidup susah!

Tapi, aku pun faham. Kadang-kala bukan kehendak anda nak bergaduh. Silap hari bulan, gaduh dengan member baik sendiri. Itu lagi pedih, lagi sakit daripada teloq ditendang, rasa belakang kena sodok dengan garfu je.. Semuanya gara-gara seorang perempuan.


Anda pun kena faham, kadang-kadang ada sesetengah perempuan ni suka permainkan lelaki je. Dia saja nak main-main cinta dengan lelaki, mungkin dengan alasan nak rasa lagi berkuasa daripada lelaki. Dia pasti seronok kalau tengok lelaki ikut saja kehendak dia. Mintak itu dapat, mintak ini dapat. Kalau kena marah, mulalah buat muka sedih, lepas tu merajuk. Ah...Tipu daya perempuan, aku dah masak dah... Sebab tu aku dah malas sangat nak layan kegedikan diorang.


Well, aku pun lelaki, jadi takkanlah aku nak terus menerus salahkan lelaki. Ya, aku tau, lelaki bodoh dalam memahami kehendak dan perasaan perempuan, tetapi perempuan mudah sangat mengambil peluang apabila nampak lelaki tu tunduk sikit kat dia. 

Apapun, sekiranya anda berada dalam situasi yang memerlukan anda bergaduh demi mendapatkan seorang gadis, cuba anda fikirkan, anda bukanlah binatang yang perlu beradu kekuatan untuk mendapatkan pasangan. Kita manusia yang diberi akal dan fikiran. Gunakan akal tersebut untuk menangi hati si dia dengan tunjukkan dia bahawa anda mampu menjaga dia lebih baik daripada orang baik dan anda mampu untuk memberikan hidup yang terbaik untuk dia.


Akhir kata, guna akal untuk berfikir, bukan guna buku lima.

10 Komen:

Anonymous said...

takyah la gaduh-gaduh pasal perempuan...rilek sudah.jodoh masing-masing kan dah ada. gaduh sampai lebam pun takde gunanya kalau dah ditakdirkan tak berjodoh.hee~

hana said...

macam bodoh aje kalau laki laki gaduh sebab permpuan..sama aja kalau pompuan gadoh sebab laki..macam sengal...=D

AVE said...

@salina- betul2 :)

AVE said...

@hana- aku tau aku pernah rasa bodoh tu.hehe

cik dila said...

betul3! tak pyh lah gaduh2,bukan dapat award pun kan. heee. kalau dah jodoh tak kemana.. ;)

AVE said...

tapi saja nak test power sebenarnye.hehe

Mawar Berduri said...

teringat kisah dulu.

nak tahu.. bila lelaki bergaduh kerana pompuan.

pompuan akan kecut seribu. :)

hacker said...

pernah jgk ada kawan yg bergaduh psl pompuan,las2 dua2 melepas..haha!

AVE said...

@mawar berduri- yup, ada tahu pasal tu. siap ada yang menangis lagi..

AVE said...

J- agak dah :)