Kisah Benar Hidup Aku
Semua orang mengharapkan cinta yang sempurna, cinta yang akan dibawa ke jinjang pelamin dan bersama sehingga ke akhir hayat. Seperti dalam drama Korea, akhirnya bahagia bersama. Namun bukan semua orang bernasib baik dapat merasakan cinta sebegitu kerana cinta itu tak boleh dipaksa dan cinta itu perlukan kesefahaman.
Aku antara insan terpilih yang tidak bernasib baik itu. Aku mula berjinak-jinak dengan cinta sejak aku tingkatan 3. Mungkin aku kurang faham apa itu cinta pada usia sebegitu, tapi aku faham apa itu SETIA. Tapi aku bukanlah insan sempurna. Hubungan kami tak lama, aku diputuskan si dia dengan alasan tidak mampu hidup berjauhan walaupun aku telah cuba menjadi yang terbaik untuk dia. Sejak itu juga aku kenal erti putus cinta, hidup aku seolah-olah tamat disitu.
Mujurlah aku ada kawan-kawan yang mampu berikan aku kekuatan. 2 tahun selepas itu aku sudah pulih. Selepas itu, aku mula buang rasa cinta dalam diri aku. Aku cuba hidup tanpa perlu mengharap pada kaum hawa. Namun entah macam mana, perasaan itu datang bila aku kenal akan seorang insan Allah ini. Aku jatuh cinta lagi kerana aku manusia biasa yang lemah. Seperti dahulu, aku ditinggalkan lagi kerana aku merelakan dia pergi. Aku tak faham kenapa walaupun telah bermacam-macam aku berikan, aku masih diputuskan.
Sejak itu, aku mengalami tekanan perasaan dan stress yang amat teruk. Jiwa aku memberontak lebih agresif, pelajaran aku pun entah kemana... Ubat depression menjadi peneman aku. Hari-hari yang mendatang, aku cuba tekan memori bercinta aku, sehinggalah aku hilang ingatan jangka pendek.. Aku tak mampu ingat apa-apa lagi selepas itu mengenai cinta aku dan dia. Aku mula merasakan dunia kejam terhadap aku sehingga aku seksa diri aku sendiri dan berfikir untuk tamatkan hidup aku.Mujurlah seorang hamba Allah ini datang menghulurkan bantuan. Dia bukanlah seseorang yang special, tapi dia tahu macam mana nak bantu aku. Kerana dia juga cinta aku wujud balik dan aku bercinta dengan dia. Kenangan lepas aku mula menghantui aku, sakit kepala aku menjadi-jadi kerana aku mula ingat, tapi alhamdulillah kerana dia, aku mampu lalui semua ini.
Ini juga cinta pertama dia. Disebabkan itu aku tidak mahu berpegangan tangan bila keluar dan manjakan dia dengan kebendaan walaupun kadang-kadang aku bagi ros merah. Aku mahu dia cinta rasa cinta itu melalui hati, bukan melalui matanya. Aku selalu berpesan kepada dia, jangan berikan harapan yang tinggi, kerana segalanya terletak kepada Allah, jika ada jodoh, maka bersatulah. Apa yang penting, teruskan berdoa, semoga hari yang diimpikan itu datang.
Alhamdulillah, sekarang hubungan kami dah masuk 2 tahun lebih, dan kami bergaduh dan bertekak kurang 5 kali. Mungkin kerana kami masing-masing saling memahami dan aku mahu dia merasa cinta pertama dan terakhir buatnya.Sekarang aku masih sedang mengumpulkan wang untuk menjadikan dia halal buat aku. Apapun bagi korang yang sedang hangat bercinta, jangan ikutkan sangat nafsu tu. Simpanlah kemanisan bercinta tu selepas berkahwin.Jadikan si dia sahabat korang, kawan baik korang, dan juga kekasih korang. Kalau si dia tak mampu terima korang seadanya, dia bukanlah milik korang. Pasanglah impian bersama-sama si dia dan cubalah tunaikan bersama. *****************************************************
Bagi kaum lelaki,memang ada masanya korang akan rasa marah dengan pasangan korang, tapi jangan sesekali tinggikan suara pada si dia kerana hati perempuan lembut apatah lagi menggunakan kekerasan terhadap dia (aku memang pantang lelaki pukul perempuan). Jika ada niat nak cari yang lain, fikirkan dia tak cukup sempurna untuk korang? Bagi kaum hawa pula, janganlah terlalu mengharap.Jika si dia milik korang, pasti dia akan hormat korang. Ingat, cinta bukan seindah yang difikirkan. Cinta bukan sekadar seks, dan wang, cinta itu tanggungjawab bersama. Semoga korang bersama si dia sehingga akhir nyawa korang.Amin...

P/S:Anggaplah anda si buta, biarkan cinta itu lahir dari hati...
Posted in: 


46 Komen:
saya suka entri ni...:D
saya dapat fahami perasaan kamu melalui bait-bait tulisan ini.
saya sendiri melalui perkara sama seperti cerita di atas. cuma ia berlaku pertama kali dalam hidup saya. benar-benar menginsafkan.
cinta tanpa redha tuhan
sweet...harap kekal untuk anda berdua :)
nice entry
thanx atas nasihat =)
semoga bahgia yer
amin . . . . .
@DiriKuty diriku :c
@Gentaharap kita dapat belajar daripada kesilapan..
@SyahadaSubriTy syahada :c
@aienz nawawity :c
nice entry...TT^TT
:r
in sya'Allah..cinta itu fitrah,jgn jadikn ia fitnah..kan3? hehe~ ameen..moga bhagia..
@å½±ć®åµmeh nangis kat bahu den...hehehe
pehh..mmg menyirap giler broo..aku bru jer putus krismes ritu..cam tootttt jer..mmg tak ley lupe beb,.tp..hurmmm,sedey2..
@ana_liyanaty ana.insyaallah
@hawizjangan pendam kesedihan tu bro.yang lepas tu biar je.nanti kau jadi macam aku susah bro...samapai sekarang amik masa nak pulih
tibe tibe jatuh hati kat ko. nape eh hahaha
[^ _ ^]
jgn terlalu brharap, kalo ada jodoh tak kemana.
salu pesan kt si dia macamni.
tapi skang dia senyap tiba2 tanpa khabar.
sedih nyaaa~ T__________T :r
ehem...ehem..
jangan sesekali tinggikan suara pada si dia kerana hati perempuan lembut apatah lagi menggunakan kekerasan
suke yg nih!
@caHaYaKuntuMuikh...hehehe...meremang bulu roma den...
@Izzatixpe,biar sedih sekarang jangan sedih berpanjangan esok hari
@ayu jazarihehe..ty ayu.sweet ah u! :b
Dik, tak semua perkara yg kita mahu akan jadi kenyataan. Kekadang ada hikmah bila sesuatu hal itu terjadi
Cinta.. biarlah cinta itu ikhlas dtg dri setiap insan....
aku sekarang ni mengalami cinta tiga segi..perebutan cinta antara wifey aku dan anak aku..ahahaha..
@mekarbetul tu kak.redha je setiap ketentuan nya
@[aNaK dEsA zOnE @ pAjELi]betul2
@pipoqhahaha..itu lagi susah...tapi betullah ada dilemma macam tuh
erm..cinta pertama f1..gatai sgt time tu..tp mcm tak feeling abis pun..tak tahu pun cintan cintun ni..f1 baru..sekolah rendah sekolah perempuan..
cinta kedua org tak tahu pun...senyap2 ada BF tp tinggal dia tanpa tali gantung..haha<--i still remember his name..hoho..
cinta ketiga f3..hari2 gaduh..tak sebulu ngan ex-BF..baling buku, baling barang..haha
cinta keempat..Alhamdulillah dah 6 thn dh..wlpun long distance relationship..byk bertolak ansur..(^_^)
semoga berbahagia blogger..
edward cullen <3
@atiehehe...alhamdulillah.ingat,jangan sayangkan perhubungan itu, tapi sayangkan kekasih awak
Hmmm!!! Bestnya entry ni. Saya suka, saya suka.
@Cempakamelatity kak cempaka.hehe :c
sedihnyeee..bile laa akan dapat rase macam nie :[
btw nie 1st time singgah kat blog nie, comel kartun kat komik dalam blog nie :)
@zatiinsyaallah,bila zati berada tempat dan masa yang betul
terharu..best n3 ni..suke2! :s
hehek. ^^v
saya dah paham sekarang cite yang sebenar..harap kali ni xde masalah lagi n cepat sembuh ye..saya dan kawan2 masih perlukan awak
hurm leh aku citer kat ko...aku dan si A dah kwn 4 thn sjak dr form 6 smpai lah dia msuk ukm....start sem 3 dia kt ukm dia kenal dgn sorg bdk ni nama dia N...dan trbgkar lah sgl2nyer tntang mereka,ym..skype..gmbr1 peluk,sex!! pon dah...hancur luluh hati aku..xsgka dgn pbuatan dia..aku mula start stress,berkurung,mnyendiri,turun 10kilo bdn aku...dlm mse sbln stgh berat bdn aku trun 10kilo...trbgkr bln 3/2009..still now dia merayu mntak maaf kat aku,dia xnk lpskan aku,tp dia masih lg dgn girl tuh.aku dah maafkan dia dah pon..aku sygkan dia sgt2..tp utk trime kmbali aku mntk maaf...lam mase yg same hti aku perit utk pisah dgn dia...gile kan...benarlah cinta tu buta...huhu..ko de nsht x utk aku????aku perlukannyer...=(
mrs anis laila, memang awak akan rasa macam ni. Ni namanya proses pemulihan. Sebab awak dah bersama dengan dia 4 tahun, tapi bila tiba-tiba dia hilang, memang pedihnya x terkata...Jika peluk awak boleh maafkan lagi..Tapi kalau SEX...Minta maaflah Mrs Anis....Lupakanlah dia saja...Saya tahu awak baik. Orang yang baik pasti dapat pasangan yang baik..Awak bukan untuk dia.. Macam mana pula bila dah kawin? Awak berani kata dia takkan buat seks dengan orang lain?Kalau awak nak jugak pergi kat dia, buatlah solat istiharah, dan uji dia. Suruh dia terus pinang awak sekarang. Tak payah couple2. OK?
perit gile..aku sedih..dahsyat tol...ni xabes2 merayu..mak aku suh maafkan dia,alangkan nabi ni kan kite manusia,aku xdndam,aku ikhlas maafkan dia..tp utk kmbali aku xsgup...dia asek nangis jer lah,hurmm..dia xpk aku nagis lg dahsyat..!! perhh lelaki2..maap..tawar hti lah aku cani...yg nk kenal pon aku xleh la bro...teruk kan aku..!!
eh2, awak x salah. awak berhak buat macam tu. Apapun, maafkan dah cukup, tapi kembali bukan. Kalau rasa x nak layan laki xpe, yang penting, awak bina balik kekuatan awak. ok?
bestnyaa baca entri nii!! best3! nak follow huhu
nice entry n sharing..hope awk trus kkal bhgia ngn die...:)
nk tye pndgn ley x?nape rse cnta 2 hdir dkala kte xprlukanny n adkh kjam ble kte m'jauh sbb ad'ny prasaan yg aneh ni n kte tkut prsaan ni akn mmusnahkan kte..
Salam AVE.. nk tnye sket leh, ap mksud awk 'jgn sygkn prhbungan, tp sygkn kekasih'? ad beza ke 2 bnde tu eh?
Salam. Ye, ada. Ada sesetengah orang ni lebih sayangkan tempoh masa sesuatu perhubungan berbanding sayangkan kekasih dia sendiri. Contohnya:
A sanggup untuk bersama dgn B semata-mata sayangkan hubungan cinta mereka yang sudah bertahan selama 6 tahun daripada terputus kerana percaya B akan berkahwin dengan A. Sedangkan kalau diikutkan, masing-masing sudah hilang rasa cinta itu.
as salam...cinta tu mmg bahagia...xpi mcm mane kita nk wat bila kita bkn xsuka org tu xpi tkut dia kecewa..so mcm mne nk ckp tnpa melukan hatinya?
kadang2 rasa mcm terseksa je jiwa ni...hmm..:(
salam. dalam sesuatu perhubungan tidak kiralah apa jua perhubungan sama ada hubungan sesama berkawan memerlukan komunikasi. Jadi, seboleh-bolehnya, awak perlulah beritahu pada dia.
Insyaallah, jika dia benar-benar ikhlas terhadap anda, dia akan faham dan terima keputusan anda. Malah, mungkin dia akan harungi bersama-sama anda.Inilah masanya untuk anda uji keserasian anda dan dia. All the best!
salam.. sy cuma ingin berkongsi beberapa pengalaman sy.. sy pernah jalinkan cinta dgn lelaki yang lebih muda dr sy.. pada mulanya mmg alhamdulillah sikit sebanyak sy dapat ubah sikap dan perilakunya ke arah kebaikan.. tp sampai satu masa di mana sy betul2 sygkan dia.. dan dia meminta putus kerana familynya telah jodohkan dia dgn kwn maknya.. sy denga rela lepaskan dia da sentiasa minta dia jangan lupa untuk ke arah kebaikan walaupun di mana... hati sy mmg sakit dan perit.. tetapi sy masih pegang teguh kepada ketentuan yang Esa.. sy dirikan istikarah dan sy sentiasa baca yassin minta tenagkan fikiran dan jiwa sy.. walaupun sy belum mendapat apa petunjuk. tetapi dia masih lagi hubungi sy dan mengingat kan untuk sarapan seperti sllu... apapun yang berlaku selepas ini sy redha kerana sy telah hanya bertawakal pada Yang Lebih Mengetahui apa yg terbaik untuk sy dan dia.
Post a Comment