Teknik Pengurusan Masa Baik Punya

"Hiduplah sebagai mana anda akan mati esok hari"

Hai adik-adik,hari ni Abg Pojie, nak ajar pengurusan masa yang betul.Ahaks..Aku yakin semua orang akan mengalami keadaan dimana korang rasakan masa tu cukup-cukup makan je...Busy memanjang...Terutama golongan pelajar.

Mesti korang pelik macam mana aku boleh lukis kartun,warnakan pulak pastu jadikan dalam bentuk video kan,blogwalking lagi...Aku ni nerd yang xde life ker?Tet…Buat pe hidup ngadap laptop je kan..Jadi,hari ni aku nak kongsi tips pengurusan masa yang dipanggil “Pengurusan Masa Sukati Aku”.



Semua orang boleh gunakan benda ni dalam hidup korang supaya hidup lebih aman makmur dah syahdu.Terima kasih kepada cikgu aku,En.Tunerman Toiman  kerana telah mengajar aku benda ni.


 Tengok je dah tau kan macam mana?Benda ni tak susah,TETAPI korang kena buat analisis dulu apa yang korang buat dalam seminggu atau lebih baik selama sebulan.Contohnya,korang kiralah dalam sebulan tu berapa jam korang online,berapa jam korang buat taik mata dan lain-lain.Lepas tu baru korang boleh bahagikan dalam kumpulan mana.Kat bawah ni aku bagi contoh untuk setiap kumpulan kat atas.

******************

1)PENTING DAN SEGERA
PhotobucketExam tinggal sebulan.Korang plak bley dating ngan awek,awek korang rindulah,hapelah…So utamakan exam dulu,kalau awek baik mesti paham nyer kan…Fikir-fikir…result gempak,kerja best,dapat banyak duit,awek ramai je nanti…

2) TAK PENTING & SEGERA
Korang tengah bawak motor nak balik rumah sekali minyak motor habis..Tengok langit pulak gelap nak hujan.Takkan korang nak buat citer sedih dalam hujan plak kan..So kenalah menggelabah biawak cari tempat teduh/stesen minyak.


3) PENTING & TAK SEGERA
Tiap-tiap hari korang kena makan,kena mencirit.Kalau tak buat,mesti biru muka,pastu tak bernyawa.Kenapa tak segera?Sebab aku boleh je tahan benda-benda ni.hehehe.Photobucket



4) TAK PENTING & TAK SEGERA
Korang duduk mengadap FB,cerita korea,lepas tu sengih sorang-sorang sampai pagi.

******************

Jadi,dengan tips daripada aku ni,korang bolehlah kawal masa korang sikit.tapi ingat,hidup bukan untuk tidur & makan je.Korang cubalah buat benda-benda yang berlainan setiap hari.Insyaallah,nanti korang senang je nak update blog tiap-tiap hari.Konpem beb...



Ini hanyalah tips,tapi kekadang aku pun tak buat sebab sekali skala nak jugak rasa hidup ni berliku sikit..Dan kalau bosan-bosan,aku cuba bersikap kreatif,aku tukarlah daripada yang tak penting jadi yang penting.Lagi mashyuk….Cubalah.Hahaha…Photobucket

P/S:Jangan lupa vote blog aku NO 85 & blog akak aku NO 352

5 Komen:

SyahmiFikri said...

wahhh.. betol2.. pernah gak org bg tips cmnie.. sgt berjaya..

Syafiq Rosli said...

hoho..nice tips

Anonymous said...

hoho. kelakar jek tips.. but nice. ^_^

#iwrite said...

vote NO.55 YA...

Que said...

nice tips..aku suke bajet time sndr je..kdg2 lupe hbs

Latest entri Piala Suzuki AFF 2010 | Tahniah Malaysia , Terima Kasih Vietnam