Sebelum Kita Bersama, Phone Sex Menemaniku! HOT!!!


Korang tahu tak dapat panggilan berunsur seks a.k.a. phone sex itu menarik? Hahah! Ya, memang best kalau dapat. Tapi bagi lelaki sajalah, perempuan mana suka benda-benda macam ni ye tak? Untuk membuatkan korang tak salah faham, jadi aku ceritakan pengalaman aku dengan 'phone sex' (PS).
Lazimnya pada kebiasaan, lelaki yang dah 'gian' biasanya akan tercari-cari nombor-nombor awek yang boleh dibuat 'main'. Itu pasallah kalau ada perempuan yang berkesempatan masuk ke tandas lelaki, dia kira beruntung sebab dapat tengok urus niaga dalam tandas.

'Budak Sekolah Gay dan gebang kuat. Kentut nyaring! - 019xxxxxx'

'Awek kentut muka sweet dan innocent, call 012xxxxx'

'Janda getah pokok pisang, panas! 100 orang terawal saja dilayan! Call 999!'

Tapi berbeza pula bagi PS. Biasanya kalau PS hanya setakat di telefon kerana melibatkan fantasi dan jarang-jarang dapat berjumpa, semuanya bergantung kepada tahap kepancingan seorang lelaki.

********************

Aku masih ingat, 2007, ketika itu aku masih lagi bersekolah di SM Sains Seremban *ala, sekolah yang baru-baru ni kalahkan Adi Putra si genius matematik dalam MHI tuh!*, sekolah berasrama penuh yang hanya dihuni oleh kaum lelaki. Waktu tu aku tingkatan 5 dan seperti kebiasaannya, waktu maghrib pasti kena pergi surau punya, pukul 8.30 baru balik bilik. Sapa tak pergi kena tangkap lepas tu rasalah libasan rotan dibontot.

Aku pernah jugak kena beberapa kali. Pergh... Daripada elok-elok bontot comei-comei jadi bontot merah babun dah lepas tu.

"TasssSSSSSSSSS!!!" bunyi rotan tersebut merotan bontot aku..Warden melibas rotan seperti polis merotan pesalah dipenjara.

Balik ke bilik aku meniarap sekejap sebelum pergi 'preparation class' (prep). Tiba-tiba....

"Brrrr....Brrr...." Handset aku berbunyi dalam loker, ada orang call. Aku bukak loker dan cepat-cepat jawab..

"Hallllloooww....Sapenya ini pownnnn adui~~~~" Aku tanya..

"Ini Mellynye adui puwn~~~" Dia membalas..


Lepas tu kami berborak sekejap. yelah, mana boleh lepaskan cenggitu je, bukan selalu dapat borak dengan perempuan.. Lagipun waktu tu aku masih takde awek, bawak hp pun sebab nak call parent amik balik cepat-cepat je. Nak harapkan makcik dewan makan (DM) bermanja dengan aku, haissshh... Lagi dipekik-pekik adalah..

Lepas aku berborak dalam 5 minit, aku kata kat dia:

"Melly nye puwnn. Aku nak pergi kelas nye ni puwn~~~ Nanti aku calling balik ye adui?"

"Okey :)" Dia membalas dengan suara yang masih belum kepuasan..

Terasa bait-bait percintaan mula tumbuh didalam hati aku...Eceh....Habis prep, aku call dia lagi. Takpelah habis kredit aku, lagipun waktu tu aku bukannya gunakan untuk apa pun. 

Hari demi hari, musim demi musim, akhirnya aku tau apa niat dia nak call. Kadang-kadang aku topup kan dia. Aku apa lagi, katalah kat dia:

"Mell, kita jumpa nak? Alah, sekolah I dengan rumah U bukannya jauh pun"

"Tak boleh, nanti abang I marah. Kat rumah ada abang dengan I je."

"I datang rumah you k bila abang you takde" aku saja pancing nak tengok sejauh mana dia mampu pergi."

"Tak boleh.. Nanti abang I nampak"

Sah! Sah budak ni saja nak kikis duit aku je. Cakap lebat je minah ni. So, aku bagilah member aku layan dia..Yang dia ni pulak memang tak boleh pakai, memang betoi-betoi dia layan awek tu. Ada sekali tu dia panggil budak satu dorm, lepas tu bukak loudspeaker. Dia pun layanlah dengan cerita seks dia.. Kitaorang satu dorm semua dah amik bantal tutup celah kangkang. Sesiapa yang pergi ke tandas dianggap pendosa besar! Hahah!

Beberapa hari lepas tu, awek tu dah tak call handphone aku lagi. Aku test call dia, dia kata dia sebuk. Padahal aku tau dia cari mangsa lain.

Apa yang pasti, awek yang aku rasakan cute dengan suara merdu tu, mukanya hanya indah dari fantasi kami. Apabila suruh hantar gambar, macam kat bawah nilah gambar nye..Tapi banyak jugak gambar dia hantar. Gamabr aku satu pun haram aku tak hantar! Keh keh keh.....


Sekian~~~

5 Komen:

ieza ashaari said...

spechless.. der gak org gini yer..

AVE said...

ada je cik kak oiii~~~

Unknown said...

biasalah tabita dak laki skolah asrama penuh..sy pon dri skolah asrama penuh gak..^_^

adieq said...

errr mengerikan

Anonymous said...

cara bersembang dgn awek tu mula2 sebijik cm bf aku. hahaha