Kisah Dongeng Anak Turtie Dan Baju Sempitnya...


Didalam sebuah hutan hujan tropika, terdapat sebuah rumah yang didiami oleh dua ekor kura-kura iaitu ibu kura-kura dan anaknya (turtie). Suatu hari, apabila turtie bangun daripada tidur, seperti biasa, dia akan ke tandas untuk membersihkan diri dahulu. Keluar saja dia daripada tandas, dia melihat sepasang pakaian untuknya telah diletakkan oleh ibunya di atas katil. Lalu, turtie pun memakai pakaian tersebut. Tetapi malangnya, sesuatu telah berlaku...


Baju yang dipakainya sudah sempit!

"Mungkin baju ini mengecil agaknya..." Fikir turtie...

"Takpelah, sedap jugak pakai baju 'fit' ni."

Lalu turtie pun pergi ke dapur dan duduk di kerusi kegemarannya. Kemudian sesuatu yang aneh berlaku lagi...

"Eh? Kenapa kaki turtie cecah lantai ni??? Mungkin kerusi ini mengecil agaknya..."

Turtie mula pelik..Tetapi apabila ibunya membawa sarapan kegemarannya, terus dia terlupa akan perkara tersebut. Selesai makan, dia bertanya kepada ibunya.

"Ibu, kenapa ibu masak sikit je untuk turtie hari ni?" soal turtie.

"Eh, ibu masak macam hari-hari yang sebelum nilah sayang." balas ibunya

"Tapi selalunya kalau turtie habis makan, mesti rasa kenyang. Ni turtie rasa lapar lagi...Sarapan ibu buat ni pun nampak lebih sedikit berbanding sebelumnya. Sebab apa ibu? Sebab penjual tu mula jual sikit ye bu?"

"Taklah, penjual tu jual seperti biasalah sayang. Takpe, ibu buatkan lagi ye untuk turtie."

"Terima kasih ibu. Ibu, ibu nak tahu tak. Pagi ni ada sesuatu yang pelik. Baju yang turtie pakai semakin sempit, dan apabila turtie duduk dikerusi ini pun kaki turtie cecah lantai. Turtie makan sarapan pun turtie rasa sikit je. Kenapa semuanya semakin mengecil ibu?"

Ibu turtie hanya tersenyum...
********************

Moral: Ketika kita sentiasa fikir bahawa orang lain berubah, kita terlupa bahawa kitalah yang berubah sebenarnya. Apabila kita mengubah diri kita, nescaya orang disekeliling kita juga akan berubah.

Nak tau anda mengubah atau diubah??? Ambil quiz ini.

18 Komen:

Anonymous said...

turtie semakin comel!!! :)

AVE said...

hehe..tapi guna drawing board x secantik guna pen/pensil biasa...

maszull said...

salam...cute nyer die...

perubahan yg tanpa disedari oleh diri sediri...:)

Antara said...

whee!! lawa dan kemas. siap storyline lagi. keep it up! ^^

AVE said...

@maszull-salam/ terima aksih :)

AVE said...

@antara-thank you :)

Anonymous said...

betul2, kadang2 kita asyik nampak orang lain jer yang slalu berubah padahal tak sedar diri sendiri pun turut berubah jugak :)

Thristhan said...

Hahaha, interestingly funny :)

AVE said...

@chocolate strawberry-betul2...:)

@thristhan- thanks :)

@marahitujambu--okkey :)

sYafIk-wAy said...

dah gumuk !

ZULHILMI TEMPOYAK said...

stail...


hahahaha....tula kdg xprasn kan..

mcm aku ni...
rs mcm kurus je lg..;p

AVE said...

bukan gumuklah...dah domok dah.. :D

AVE said...

zul- haa... tapi kalau bab kurus gemok nih, xpe...hahah :D

~ alma gertrude said...

turtie dah besar :)

AVE said...

ye :)

aniki said...

terbaek kawan..dalam maksud

AVE said...

thanks :)

Mimik said...

ohh ingatkan turtie mmg org tua, yg ada mslh memori menyebabkan dia ingat dia masih budak2 xD trlebih fikr pulak