Suatu malam di kelab malam sekitar Kuala Lumpur 2

Selesai membuat persembahan, tiba-tiba lampu gelap.....


Lagu Pitbull, 'I know you want me' yang diputarkan DJ menggamatkan suasana didalam kelab. Lampu disko memeriahkan lagi suasana. Cuma kadangkala saya tidak tahan dengan 'permainan' lampu tersebut yang berkelip, membuatkan saya pening. Sistem audio di kelab tersebut mampu membuatkan sesiapa sahaja tergerak untuk 'melayan' muzik tersebut. Nampak beberapa orang gadis mula bergerak ke 'dance floor'.  Menari mengikut rentak muzik. 

Ben pun mula mengangguk-gangguk kepala sambil badannya turut sama menari, tetapi tidak didance floor, hanya menari disebelah saya. Saya? Hahaha... Rasa kekok semacam nak goyang badan apatah lagi nak menari. Jadi saya angguk-angguk kepala sajalah.Hehe... Mata saya masih lagi asyik memandang mereka yang menari didance floor. Sesekali memandang sekeliling melihat gelagat orang lain. 

" Ini baru warming up!"

Ben menjerit pada saya tetapi sayup kedengaran di telinga saya. Bunyi muzik tersebut menenggelamkan apa yang cuba dikatakan Ben. Saya lihat jam ditangan. Baru pukul 1 pagi. Ben kata paling awal pukul 3 pagi baru balik. Tak apalah selagi saya boleh tahan, saya lepak sajalah disitu, kalau tak, mungkin saya akan keluar untuk ambil angin diluar.

Kadangkala saya terfikir, macam mana mereka menari dengan penuh asyik. Mungkin sebab sudah terbiasa, Sesekali Ben ada jugak menarik saya untuk turut sama menari. Saya pun cubalah...Memang agak kekok dan masih malu-malu. Tapi tidak lama, 30 saat menari terus duduk dikerusi. Hahaha... Jadi yang melayan Ben hanyalah Rin. Kemudian, saya perasan sesuatu.

Aku: Ben! Tak ramai pun budak!
Ben: Sini kurang budak! Kalau nak ramai kat tempat lain! Jap tunggu aku!

Bunyi muzik memaksa kami meninggikan suara untuk bercakap. Kemudian Ben berjalan dengan gaya menarinya hilang dalam pandangan saya. Tidak lama kemudian, dia datang semula dan berbisik pada Rin. RIn menggeleng dan Ben berlalu pergi sambil membuat isyarat tangan supaya ikut dia pada Rin. Rin hanya menggeleng. 

Aku: Rin, apa Ben kata?!
Rin: Dia suruh aku lepak dengan abang-abang polis!
Aku: Haa?! Polis?! Apsal ko tak pergi?!
RIn: Ye! Malaslah aku!

Akhirnya Rin akur. Ben ajak saya lepak sekali, tapi saya tolak. Lama juga mereka lepak dengan abang polis tu. Suasana didalam kelab semakin meriah. Setiap pelusuk kelab itu orang menari. Ada juga yang sudah mabuk sehinggakan tidak mampu berdiri untuk menari. Mata saya sempat melihat seorang anak muda yang saya percaya pelajar muntah akibat penangan minuman keras tersebut. Ben kata orang yang baru nak belajar minum macam itulah. Dalam pukul 3, Ben datang. 

Ben: Dah jom!
Aku: Jom??! Kemana?!
Ben: Alah, ikut jelah!

Kami pun keluar dari kelab dan menuju ke kereta lalu meninggalkan Jalan Bukit Bintang. Rupa-rupanya, Rin digunakan hanya untuk pancing polis tu supaya bawak ke kelab yang lebih meriah. Jadi kami pergi pula ke Jalan Doraisamy. Sesudah parking kereta, kami tunggu polis tersebut di hadapan salah sebuah kelab disitu. Belum masuk lagi, kami sudah dapat mendengar muzik daripada kelab tersebut. Suasana di jalan itu agak sibuk walaupun sudah 3 pagi. Apabila datang saja abang polis tu, kami pun masuk ke dalam kelab melepasi guard, like a boss, tanpa memerlukan member card yang beratus harganya. 

Perghhhhhhhhhh!!!!!! Sesuatu telah mencuri perhatian saya. 

Bersambung....


Part1 | Part2 | Part 3

0 Komen: