Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Sebelum anda mengeluh, fikirlah...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

12 'Jangan Tunggu' Yang Perlu Dihindari


1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.

2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.

3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.



4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan.

Tips Berkesan Melupakan Bekas Kekasih / Perkara Sedih

Saya masih ingat lagi, suatu malam, saya dan Yin (bukan nama sebenar) duduk sebuah padang di tengah bandar Shah Alam. Saya sengaja mengajak dia keluar untuk berborak kerana keadaan dia pada masa itu tidaklah berapa baik. Dia baru saja putus cinta dengan bekas teman lelakinya. Pada kebiasaannya memang seseorang perempuan akan lebih terluka apabila putus cinta.

Adakah anda telah mengabaikan cinta?

Cinta itu satu anugerah yang dikurniakan tuhan kepada kita semua. Satu anugerah terindah yang hanya dirasai oleh orang yang masih lembut hatinya. Semua orang akan merasai cinta, tetapi tidak semua yang tahu menghargai cinta, terutama cinta terhadap ibu dan bapa. 



Ketika sesetengah daripada kita sibuk menghabiskan masa remaja keluar berseronok dengan kawan-kawan, dan teman istimewa, kita terlupa bahawa cinta terhadap kedua ibu bapa kita telah terabai. Tanggungjawab kita terhadap kedua ibu bapa juga tidak diendahkan. Sedangkan tanggungjawab seorang anak terutama anak lelaki terhadap ibu bapanya adalah wajib disisi Islam.

Cinta Tiga Segi: Adakah Anda Telah Membuat Pilihan Tepat?

Cuba anda bayangkan... Bagaimana ketika ini, saat ini, anda perlu membuat satu keputusan yang amat penting, yang akan menentukan halatuju hidup anda selepas keputusan itu dibuat. Anda tiada pilihan selain untuk memberikan jawapan saat itu juga. Ketika itu dihadapan anda berdirinya dua jasad yang amat anda kenal. Kedua-duanya ialah cinta hati anda. Ketika mereka serentak menghulurkan tangan tanda pilihlah salah seorang daripada mereka, maka tangan siapakah yang anda akan sambut? Secara rela hati atau tidak???

Cara Mengetahui Siapa Bakal Suami/ Isteri Kita


Acapkali apabila bercerita mengenai jodoh, mengenai siapakah bakal suami/ isteri yang bakal bertakhta di hati, pasti akan membuatkan sesiapa sahaja termenung jauh memikirkan hal ini. Tidak kira kaum adam mahupun hawa, pasti pernah terlintas difikiran tertanya-tanya siapakah si dia yang telah ditentukan jodoh kita oleh Allah s.w.t.. Jadi, baru-baru ini, saya telah ditanya mengenai soal jodoh ini di facebook.

Tazkirah: Berlemah Lembutlah Ketika Nasihat Menasihati


Assalamualaikum.
Dalam hidup ini, kita perlu sentiasa berubah sama ada mengubah atau diubah. Perubahan yang saya maksudkan disini ialah berubah menjadi lebih baik pada setiap hari yang mendatang dan bukannya berubah menjadi lebih buruk sifatnya dan lebih jauh di sisi Allah. Oleh itu, kita perlu tahu bagaimana untuk mengubah diri kita supaya kita lebih disayangi dan dihormati oleh orang disekeliling kita. Jangan kita menjadikan alasan tidak mahu, tidak mahu dan tidak minat sebagai alasan untuk berubah kerana kelak, diri sendiri yang akan rugi.

Kisah Dongeng Anak Turtie Dan Baju Sempitnya...


Didalam sebuah hutan hujan tropika, terdapat sebuah rumah yang didiami oleh dua ekor kura-kura iaitu ibu kura-kura dan anaknya (turtie). Suatu hari, apabila turtie bangun daripada tidur, seperti biasa, dia akan ke tandas untuk membersihkan diri dahulu. Keluar saja dia daripada tandas, dia melihat sepasang pakaian untuknya telah diletakkan oleh ibunya di atas katil. Lalu, turtie pun memakai pakaian tersebut. Tetapi malangnya, sesuatu telah berlaku...

Anda Mungkin Telah Dijangkiti Virus Cerai

Assalamualaikum.
Semalam (6/9/11) saya tergerak hati untuk membeli surat khabar sambil sarapan di kedai mamak. Lepas order roti canai telur satu, saya duduk sambil mencari berita menarik di surat khabar Berita Harian. Seperti biasa, tajuk hadapan masih lagi mengenai Mat Sabu dan kisah komunisnya selain berita wartawan Bernama yang meninggal, arwah Noramfaizul. Semoga roh beliau dicucuri rahmatNya dan dimasukkan bersama golongan yang beriman. Masuk halaman kedua, ada sesuatu yang menarik perhatian saya...

Quiz AVE: Anda mengubah atau diubah???

Cabaran Aidilfitri : Beraya Rumah Kekasih


Assalamualaikum. Alhamdulillah akhirnya kita berpeluang menyambut hari raya Aidilfitri sekali lagi dalam hidup, bermaksud Allah masih lagi memberi peluang kepada kita untuk memohon maaf pada mereka yang pernah kita sakiti sama ada secara perbuatan dan perkataan. Sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja. Apa yang penting, selesai kita minta maaf, terpulanglah kepada si dia sama ada dia ingin memaafkan ataupun tidak. Tanggungjawab kita sudah selesai. Ini kerana meminta maaf itu lebih baik daripada berdiam diri dan setiap manusia itu pasti ada melakukan kesalahan.

Kelebihan Berpuasa Sunat 6 Hari Di Bulan Syawal


Assalamualaikum. Insyaallah, tidak lama lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Mungkin ada yang gembira dan tidak sabar untuk menyambut hari raya aidilfitri namun saya pasti ada juga yang sedih untuk meninggalkan bulan ganjaran pahala ini. Apapun, dihari raya nanti, janganlah kita lupa diri seolah-olah dengan berakhirnya ramadan ini, maka bebaslah diri daripada rantai yang membelenggu diri. Mari kita menyambut hari raya ini secara bersederhana disamping menambah lagi pahala kita dengan puasa enam dengan ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah.Oleh itu, saya ingin kongsikan entri yang dipetik daripada ukhwah.com mengenai puasa 6.

Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.

Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.
Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.

Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.

Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.

Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Sumber rujukan:http://www.ukhwah.com/print.php?sid=2627

Oh blogger....I FOLLOW U,U FOLLOW ME!

AMARAN
APA YANG AKU NAK TULIS NI PENDAPAT AKU.NAK KUTUK TAK KISAH PUN...
TAPI BACA SAMPAI HABIS DULU!LATER,GIMME YOUR BEST SHOT!!!

Bagi mereka yang belum join dunia blog ni mungkin tak akan nampak apa yang bloggers nampak. Tapi bagi kita yang rajin update blog ni...I FOLLOW U,U FOLLOW BALIK bukanlah fenomena luar biasa. Bermacam-macam pendapat tentang ayat ni.Ada yang suka,ada yang tak suka...