Beberapa hari yang lalu, terdetik rasa hati aku ingin menulis mengenai cara-cara mengetahui seseorang itu dara atau tidak. Telah aku 'schedule'kan waktu entri tersebut, jadi pada masa yang ditetapkan, akan keluarlah entri tersebut menjadi bacaan anda sekalian terutama kaum lelaki. Namun, aku rasa serba salah dengan entri tersebut dan selepas aku minta pendapat pada beberapa pembaca, aku terpaksa batalkan niat untuk keluarkan entri tersebut.
Dalam hidup ini, ada hikmahnya Allah S.W.T. menyembunyikan sesetengah perkara daripada pengetahuan manusia kerana mungkin anda tidak mampu menghadapi perkara tersebut. Sebagai contoh, sejak tingkatan 4, aku minat sangat mengetahui dan menyelidik seperti cara mengetahui seseorang itu berbohong. Namun, setelah rahsia tersebut disingkap, rupanya ia bukanlah sesuatu yang mampu buat hidup aku semakin tenang dan akhirnya memakan diri. Ya, hidup ini kadangkala kita tidak perlu tahu mengenai sesuatu perkara, kerana kebenaran itu menyakitkan.
Baru-baru ini timbul isu mengenai seorang hamba Allah yang diciptakan daripada tulang rusuk sang Adam tidak lagi berdara telah menulis dia tidak lagi dara dalam blognya. Hasil daripada niat yang salah, maka tersebarlah perkara tersebut. Memang benar salah penulis blog peribadi tersebut. Dia salah kerana membuka rahsianya kepada umum kerana terlalu ikutkan emosi dan juga mungkin terlalu bersosial sehinggakan terjadinya sedemikian. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah jadi menjadi bubur.
Tetapi apa yang lebih dikesalkan apabila perkara begini terjadi, maka adalah yang mula menyebarkan cerita mengenai gadis tersebut. Ya, mungkin niat yang menyebar ni baik untuk menjadi pedoman, tetapi tindakan meletak link blog tersebut adalah tidak wajar kerana ia mengaibkan sang pelaku. Pernahkah anda terfikir sewaktu anda meletakkan link tersebut, bagaimana dia hilang dara? Sekiranya dia hilang kerana aktiviti lasak sewaktu bersukan macam mana? Mungkin juga kerana dirogol? Bukankah berdosa mengaibkan seseorang?
Seronoknya mengaibkan orang kan? Kalau gadis tersebut mati bunuh diri, keluar berita, banggalah kan.. "Ooo...Budak ni...kenal sangat ni...Dialah yang tulis kat blog tak ada dara.."
Dia sajalah yang berdosa, orang lain yang sebar-sebar cerita tersebut yang belum tahu cerita sebenar mana ada dosa kan???Ops, aku terlupa..Manusia akhir zaman, mana lagi berfikir sebelum bertindak. Dosa pahala mana penting lagi. Yang penting hati puas...Ye tak???
Akhir kata, jika benar dia kehilangan dara kerana kejahilan dia sendiri, itu adalah urusan dia dengan Allah. Kita sebagai hamba Allah perlu menasihati dan membimbing si dia kerana dia sedar akan kesalahan dirinya, bukan memberi tekanan dengan menyebarkan perkara tersebut. Setiap orang berhak diberi pilihan kedua untuk membaiki kekhilafan diri dan bertaubat kepadaNya. Allah itu maha menerima taubat hambanya. Cuba fikir jika anda berada ditempatnya... Dan berhati-hati apabila ingin menjatuhkan maruah seseorang, kerana anda sedang membuka pekung didada sendiri....
Bersambung....