Beberapa hari yang lalu, terdetik rasa hati aku ingin menulis mengenai cara-cara mengetahui seseorang itu dara atau tidak. Telah aku 'schedule'kan waktu entri tersebut, jadi pada masa yang ditetapkan, akan keluarlah entri tersebut menjadi bacaan anda sekalian terutama kaum lelaki. Namun, aku rasa serba salah dengan entri tersebut dan selepas aku minta pendapat pada beberapa pembaca, aku terpaksa batalkan niat untuk keluarkan entri tersebut.
Dalam hidup ini, ada hikmahnya Allah S.W.T. menyembunyikan sesetengah perkara daripada pengetahuan manusia kerana mungkin anda tidak mampu menghadapi perkara tersebut. Sebagai contoh, sejak tingkatan 4, aku minat sangat mengetahui dan menyelidik seperti cara mengetahui seseorang itu berbohong. Namun, setelah rahsia tersebut disingkap, rupanya ia bukanlah sesuatu yang mampu buat hidup aku semakin tenang dan akhirnya memakan diri. Ya, hidup ini kadangkala kita tidak perlu tahu mengenai sesuatu perkara, kerana kebenaran itu menyakitkan.
Baru-baru ini timbul isu mengenai seorang hamba Allah yang diciptakan daripada tulang rusuk sang Adam tidak lagi berdara telah menulis dia tidak lagi dara dalam blognya. Hasil daripada niat yang salah, maka tersebarlah perkara tersebut. Memang benar salah penulis blog peribadi tersebut. Dia salah kerana membuka rahsianya kepada umum kerana terlalu ikutkan emosi dan juga mungkin terlalu bersosial sehinggakan terjadinya sedemikian. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah jadi menjadi bubur.
Tetapi apa yang lebih dikesalkan apabila perkara begini terjadi, maka adalah yang mula menyebarkan cerita mengenai gadis tersebut. Ya, mungkin niat yang menyebar ni baik untuk menjadi pedoman, tetapi tindakan meletak link blog tersebut adalah tidak wajar kerana ia mengaibkan sang pelaku. Pernahkah anda terfikir sewaktu anda meletakkan link tersebut, bagaimana dia hilang dara? Sekiranya dia hilang kerana aktiviti lasak sewaktu bersukan macam mana? Mungkin juga kerana dirogol? Bukankah berdosa mengaibkan seseorang?
Seronoknya mengaibkan orang kan? Kalau gadis tersebut mati bunuh diri, keluar berita, banggalah kan.. "Ooo...Budak ni...kenal sangat ni...Dialah yang tulis kat blog tak ada dara.."
Dia sajalah yang berdosa, orang lain yang sebar-sebar cerita tersebut yang belum tahu cerita sebenar mana ada dosa kan???Ops, aku terlupa..Manusia akhir zaman, mana lagi berfikir sebelum bertindak. Dosa pahala mana penting lagi. Yang penting hati puas...Ye tak???
Akhir kata, jika benar dia kehilangan dara kerana kejahilan dia sendiri, itu adalah urusan dia dengan Allah. Kita sebagai hamba Allah perlu menasihati dan membimbing si dia kerana dia sedar akan kesalahan dirinya, bukan memberi tekanan dengan menyebarkan perkara tersebut. Setiap orang berhak diberi pilihan kedua untuk membaiki kekhilafan diri dan bertaubat kepadaNya. Allah itu maha menerima taubat hambanya. Cuba fikir jika anda berada ditempatnya... Dan berhati-hati apabila ingin menjatuhkan maruah seseorang, kerana anda sedang membuka pekung didada sendiri....
Bersambung....

Posted in: 

19 Komen:
ye btul.ramai yg duk caci macam2 pasal budak tu.sepatutnya kita kasi nasihat kat dia kan..macam-macam perangai manusia sekarang.dah tak rasa malu bila bgtau public sal dara dia tue..hu4
yang penting x payah ler bagi link ke blog budak tu...
tu la.
die pon budak2 lagi.
bagi la peluang.
dah besar nnt mesti die menyesal buat statement cmtu.
budak tu pun silap sebab buat statement yang agak berani.mungkin dia buat macam tu sebab nak meraih perhatian orang ramai. yela kan baru 14tahun, bukannya matang dalam menimbang dalam sesuatu perkara, semua benda buat pakai ikut suka hati je. tak fikir mana baik dan buruk.
dan mengenai orang yang mengepos cerita2 tak baik dan mencaci budak ni, mungkin mereka juga bertindak dengan tidak berfikir dengan waras sebelum menghentam. mungkin juga mereka terlalu mengikut emosi lantas terus menulis ikut sesedap rasa.
sebagai pembaca, kita hanya dapat membaca dan komen. dan komen itu ada yang membina dan ada juga yang menghina. so terpulang kepada individu tersebut dalam menilai dan memberi pandangan :D
p/s: komen paling panjang ni..haha
haha...tapi itulah, masyarakat kita terlalu ikutkan perasaan. budak2 je kot...jangan ler bagi tekanan, patutnye bimbing n nasihat dia
jangan terlalu cepat menghukum.biar tersilap ampun asalkan jangan tersilap hukum. lagipun budak tu still lagi remaja. sangat tidak matang. tugas kita utk membimbing. kita tak tahu lagi asal usul dan corak kehidupannya. sape tahu kan? sedih sgt dgn org yg suka berlagak alim, tapi jahil dlm berkata2...
form2 . . umur macam saya . . dia lahir 2bulan awal dari saya . .tapi takda la kurang bijak macam tu . . dah boleh berfikiran matang . . kalau setakat macam budak-budak sikit takpe la . . ini .. bukan tak reti BERFIKIR MATANG. tapi . TAK RETI BERFIKIR . dekat fan page dia sendiri . tulis status . MACAM DA SANGAP . yuppp . kalau nak kata dia kne rogol tu . . ntah laa . . memang dok garik jugak nak kena rogol. *sekadar pendapat*
betul2...ramai sgt nak buat kisah dy smpai letak link...buat ape nak aibkan dy
septutnya kita mendoakan dy supaya pintu hati dy terbuka satu hari nnti
bukan lg mnjatuhkan maruah dy
Memang dia kena rogol, kalau ikut undang2 sivil.. keh keh keh..
ada ghibah yg diharuskan, salah satunya ghibah adalah kita mngumpat orang yg membanggakan maksiat mreka scara terang-terangan, sperti minum arak di tmpt trbuka, maka kita boleh mngumpat utk tjuan ksedaran.. bukn nafsu smata2..
sma mcm kes ni, dia dengan terang2nya mngaku xda dara, malah bangga mngatakan sdemikian rupa.. sharusnya kita mmberi nsihat pada dia, nmun syg, kbnyakkan blogger lbih suka mncaci brbnding mnsihati..
hilang etika sbgai seorg bragama muslim.. anyway, kalau bab buat post sbgai pngajaran, xdak apa, tp, rsanya, xda yg buat post xikut nafsu.. kan?
tp post ni memg thumbs up la.. hehe.. dan budak tu perlukan bimbingan, bukan cacian.. cuma kita tidak lyak mghormatinya,tetapi krna mksiat yg dilakukan dgn bangga, bak kta Umar Al Khattab :“Tidak ada kehormatan ke atas orang-orang yang fajir.”Imam Al-Ghazali telah menafsirkan kalimat ‘fajir’ sebagai “yang melakukan kefasikan secara terang-terangan tanpa selindung.”(Ihya Ulumuddin; Ibid)
namun kita kna hormat dia sbgai manusia yg prlu bimbingan juga..
bahaya emosi, harus bg kita mnjaga emosi.. apapapun, sma2lah kita bermuhasabah diri dan saling berpesan2.. sbab kita ni umat trpilih, ykni umat akhir zaman ^_^
erk, panjang gila juga yek? kalau salah, harap btulkan.. hehe..
bragama muslim lah pulak, islam, adesss...
saya pun kesian gak kat dia.They all asyik duk kutuk je.walhal org yg ngutuk tu cam la baik sgt.& kita tak tau apa yg bakal jadi kat diri kita.Nauzibillah
takpe.. selagi boleh kita cuba tutup aib sendiri..
kalau golongan yang sendiri bukak aib! dunno too say anthng
@aretiks- sokong ngan statement anda. cuma pada umur dia, dia bnyak perlukan bimbingan berbanding kutukan. sebab umur dia masih muda. Cuma aku rasa marah pada yang sebarkan tanpa usul periksa. main sebar je lepas tu tokok tambah.
lebih kurang post aku jer
btol jugak kan?mana tahu bukan keinginan dia hilang dara..mksdnya bersukan ke apa ke..hmm..kadang2 org y mengaibkan org tu lagi teruk dri org y diaibkan..minta2 dijauhi.
ya,ramai yang bertindak tanpa berfikir.kalau bercakap pun banyak perahu yang tak boleh diundur
adam pun ada gak wat entri pasal budak ni... namun adam tak letak link pun.. adam wat entri ni sekadar untuk berkongsi dengan masyarakat kesannya.. itu jer.. Hehehe..
YES! stju sgt, yg sebar2kn link tu pn mcm baik sgt. kalau baik we should tgr scre baik bkn hentam dia mcm tu.jd kan pedoman, muhasabah diri kita. kita bkn sapa2 nk judge bdk tu. kita pn bkn baik mana. tu antra die dgn Tuhan. kita doakan je die brbh. :)
bimbing jelah die, ke jalan yang benar!
maki2 bukan dapat pahala kan. ehe
^^
Post a Comment