Kenapa susah nak dapat dan kenapa masih tak dapat Buffered Earnings(BE) Nuffnang? Perkara inilah yang selalu bermain difikiran aku waktu awal-awal berblogging. Pernah aku tersilap antara campaign dan BE. Aku tercari-cari mana salah silap aku sehingga susah nak dapat BE Nuffnang. Selidik punya selidik, akhirnya aku faham jugak dan dapat BE setelah aku buat beberapa perubahan.

Jadi, aku buat entri ni nak kongsi dengan mereka yang masih tertanya-tanya macam mana nak dapat Buffered Earnings (BE) Nuffnang. Siapa tahu,mungkin suatu hari nanti korang mampu menjana RM10000 dengan blog. Jadi,cara-caranya ialah:
- Kira Berapa Umur Blog Korang- Biasanya umur blog yang kurang daripada 2 bulan jarang untuk mendapat BE kerana Nuffnang masih sedang mengumpulkan data tentang blog korang (nak tengok traffik korang stabil).
- Pastikan Korang Berstatus Glitterati- Jangan letak iklan ads yang lain seperti Mangga dan Innity melainkan Nuffnang dan Google sahaja. Perbuatan korang meletak iklan berbayar lain macam korang memadukan Nuffnang.Bila letak iklan berbayar lain,maka korang tak akan dapat status glitterati lagi dan peluang korang akan susah untuk dapat BE.
- Update Survey Nuffnang- Pastikan korang update survey pada Nuffnang tu sekurang-kurangnya sebulan sekali.Pastikan korang jawab dengan sehabis baik sebab bila korang jawab sehabis baik, semakin cerah peluang korang untuk dapat BE selalu.
- Iklan- Letakkan iklan korang ditempat yang strategik iaitu mudah dinampak oleh pembaca.Ingat,pembaca yang menentukan korang dapat banyak duit atau tidak.
- Entri- Pastikan korang update entri korang sekurang-kurangnya sehari sekali kerana mana ada orang nak datang pada blog baru yang jarang update entri. Cuba bayangkan korang adalah seorang pengiklan,adakah korang nak bazirkan duit pada blog yang tiada pengunjung?
- Trafik- Akhir sekali kalau boleh pastikan bilangan unique visitor(UV) blog korang stabil.Sebenarnya tidak perlukan 300 UV sehari. Aku waktu dapat BE pertama pun 100 UV je tiap-tiap hari.Kadang-kadang tak sampai pun 100 UV sehari.
Aku rasa cukup dulu sampai sini. Insyaallah aku akan ulas lebih lanjut cara nak update survey Nuffnang tu.

Posted in: 


43 Komen:
Satu entry yang membina. Terima kasih kerana berkongsi.
thanx 4 sharing :)
salam
terima kasih kerana berkongsi ..
Sama-sama semua.:c
as salam..
huhu..saya buat tak nampak je BE tu.tak fikir sangat bab2 nak dapatkan BE. terima kasih sebab berkongsi info :)
entri yg jelas dik. thanks for sharing.
yup setuju dgn semua info tue...alhamdulillah saya walaupun dah lama berbelog tapi lately nie baru jer aktif mengupdate entri dan tross dpt 3 bE.. ;)
terima kasih!
terima kaseh sudi berkongsi =)
TQ :)
Makin ramai pulak jadi blogger kerana nak duit..hehehe...
ape pun biarlah pengisian blog tu bermanfaat, mesra pembaca dan bukan sekadar kopipes tul tak encik fauzi ?
bagi blogger2 semua, cuba jadikan blog AVE ni sebagai contoh blog yang tak bosan..hehehe..(macam ayat bodek la pulak)
@pipoqLOL,panggil pojie je.haha..tak lah,sy tulis sebab nak senangkan newbie je..hehe..
Baguih entri ni :D
good info..pasni nak update survey
tq singgah blog sy:)
suka entry ni :)
yg penting pd rie,
put a target on your blog
and keep trying until we reach it
yang penting tulis dulu entry.,baru kejar BE
@Sca Ndxhaha.betoi2.
best2...terima kasih atas info ni ^__^
bagus2...sye pun budak baru...hehehe
macamn nak dptkn unique visitor yg stabil?
tq..akan diikuti nasihat berguna ni
entry yg menarik utk dikongsi...
fiq pown belum pernah dpt BE...
uhhuhuh :(
letih menunggu BE tak kuar lagi
thanx for the input bro.. kalau dapat BE, die akan bgtau kita x?
kter pon x dpt be lagi ptutla kter masih org bru,,huhuhu,,thanks sgt2 sebab kter bru phm b e tu hape,,tpi kan unk visitor tu ape?/ apa yg menyebbkan ia unik
waaaaa... :r
aku dah tersilap langkah.. status menjadi biasa(bukan eksklusif).. mcm mana nak tukar balik dapat glitterati tu balik ye..
@ZulkifliMNbiasanya dia tak akan bagitau,dia just keluarkan kat bahagian earning terus
@wanaceshunik visitor tu visitor sebenar yang masuk pada masa tu.yang bukan uv tu ialah jumlah berapa kali page dalam blog dibukak
@zerozero hantar je email kat nuffnang melalui bahagian contact us.kata tak sengaja buat sebab tak tahu
waaahh.. terima kasih sebab berkongsi.. =)
rasa ye at least 50 UV setiap hari kot~
informatif =))
temaseh sesangat...!!! shukaa3...
uiksss...mekacih bro....yg update tu ambe xpernah wat pom,ptt la xleh BE...mekacih
Owh...Entry yang bagus...byk info bergune...thanks...:)
u welcome all!!! :e
Thanx fauzi!
sama2 :c
oo, ilmu yg berguna ni..
Terbaik..thanks for sharing..Jamal pun nak share jugak cmne jamal dapat banyak BE selepas hanya sebulan register ngan NUFFNANG..
dalam masa 3 bulan je jamal dah dapat 9 BE..not bad kan..nie jamal kongsikan 15 tips untuk korang semua..harap2 dapat membantu
15 CARA DAN TIPS NAK DAPATKAN BUFFERED EARNINGS DARI NUFFNANG
dah lama tak dapat be. :(
info menarik :)
hehehe...xnk ajar bt makhluk yg melmbai tu ke?
Post a Comment