Kejadian histeria terburuk disekolah 2011?

Sekarang ni baca suratkhabar dah mula banyak cerita pasal histeria...Pagi ni buka Utusan terbaca kisah ni.Apa yang berlaku???

"TELUK INTAN 25 Jan. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ranggam di sini kecoh apabila beberapa pelajarnya diserang histeria sehingga cuba mengancam nyawa guru serta pelajar lain.
Selain cuba membaling guru dengan cermin tingkap, ada juga pelajar yang diserang histeria itu mengeluarkan pisau cuba mencederakan pelajar lain sebelum berlari ke arah jalan besar.

Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru sekolah berkenaan, Baalozaman Mohd. Noor yang berada di tempat kejadian berkata, serangan histeria itu bermula pukul 8 pagi ketika pelajar baru hendak memulakan sesi persekolahan.

"Tiba-tiba seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga menjerit-jerit lalu memecahkan cermin tingkap dan membaling ke arah guru tetapi berjaya dielak oleh guru berkenaan.




"Selepas itu ia berjangkit pula kepada pelajar perempuan lain menyebabkan keadaan sekolah menjadi kelam-kabut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata, sebaik sahaja kejadian histeria membabitkan pelajar perempuan reda, ia kemudian menyerang pelajar lelaki pula.


"Keadaan menjadi lebih kecoh apabila seorang pelajar mengeluarkan pisau dan cuba menyerang pelajar lain sebelum berlari ke arah jalan besar sehingga menyebabkan dia hampir dilanggar kereta," katanya.




Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati kebanyakan pelajar sekolah berkenaan telah pulang ke rumah masing-masing bagi mengelak kejadian tidak diingini.Tinjauan juga mendapati cermin tingkap dan pasu bunga bertaburan akibat dipecah oleh pelajar-pelajar yang diserang histeria tersebut.Utusan Malaysia difahamkan ini bukan kali pertama kejadian histeria berlaku di kalangan pelajar sekolah berkenaan.Dalam pada itu seorang pelajar, Noorhafidah Abdulah, 15, berkata, dia dan rakan-rakannya berharap pihak sekolah mencari jalan bagi mengatasi masalah histeria itu kerana ia mengganggu persekolahan dan menakutkan mereka.


"Kami tidak mahu pindah sekolah kerana sekolah ini mengeluarkan ramai pelajar yang memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)," katanya.
Sementara itu, pengusaha kantin sekolah tersebut, Norhazirah Hassan mendakwa, bilangan pelajar mengunjungi kantin sekolah berkurangan sejak kejadian histeria berlaku di sekolah berkenaan.
Beliau yang tinggal di kantin tersebut mendakwa sering diganggu makhluk halus pada waktu malam.
"Kadang-kadang saya terdengar pintu diketuk tetapi apabila dibuka tidak ada orang. Ada masanya 'dia' mengganggu seperti menggeletek kaki ketika kita tidur," katanya.
Menurut Norhazirah, kejadian tersebut menyebabkan dia rugi dan menghadapi kesukaran untuk membayar sewa kantin berkenaan.

24 Komen:

a.R said...

ngeri betul...

hamzah ian said...

takut gua.. seyyes

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

histeria? teringat ada budak histeria waktu tinggal di asrama du. takut.

AVE said...

@FIFIEY LYCHEE MARATIONsamalah,ada sekali time camping samua kena histeria....

Tengku Puteri said...

nauzubillah...

AVE said...

@Farhah Zaidah:)

Pinky Pixie said...

menakutkn la cerita2 cmni. T.T

AVE said...

@Pinky Pixiehaha...xde papelha miss pixie

AVE said...

@mOoNyup,berita kelmarin,budak tu nak terjun bangunan

pipoq said...

aku dari form 1 sampai la abis diploma duduk kat hostel tak pernah lak jumpa ada budak yang kene hesteria ni..misteria sungguh ah..

AVE said...

@pipoqhaha..tapi yang lagi pelik apsal pompuan je kan?hahahah :b

Kembang Perawan 3288 said...

histeria? makin ramai ni. mengerikan. BTW makcik kantin smpt crita msalah dia. kih2. macam2

AVE said...

@Kembang Perawan 3288a'ah la....dia pun nak interframe

Layanzz Community said...

uik...
biar betoi sekolah nie...
dekat sangat dengan umah aku nie..
hantu tue mengamuk kot diaorang amik tanah
buat rumah guru kat ctue ;p

AVE said...

@Layanzz Communityhaha...baik pasang 'pagar' kat umah :o

ishiko said...

uhh.. kt sekola dulu ade gk histeria cmni.. serem btol~

AVE said...

@ishikoowh yeke?skolah apa?

Cik TeN10 said...

huhu takutnye!.. dulu penah jgak jd kt skolah dlu..tp xde la smpai teruk cm gini..

Hafriz Mohamad said...

Astaghfirullah...
Ni la akibatnya ble dh suka sgt dedahkan rahsia2 alam jin.. Dia x sruh, tp kita yg bria2..
Banyak lg crita melayu yg bleh direka, nape la citer2 antu yg jd plihan?
Ni la mentaliti org melayu skg...huhu~

Tulus Sweet said...

ingat masa kat matrik..tension gila

logorithm said...

Tak paham camner histeria boleh terjadi...

AVE said...

@Hafriz el-Muhammadyhaha...biasalah,pemikiran dah di set begitu sejak kecil :)

AVE said...

@tulus sweeteh,pernah kena histeria ke?

AVE said...

@logorithmmungkin sebab ternampak benda tu kot