Dalam hidup ni, terlalu banyak benda yang misteri dan menjadi rahsia sehinggakan mampu membuat orang tertanya-tanya. Contohnya, lelaki dan menangis. Jarang sekali untuk melihat seorang lelaki menangis, tetapi apabila perempuan melihat lelaki menangis, pasti akan membuatkan mereka tertanya-tanya, terpinga-pinga dan tergaru-garu kepala memikirkan apa yang membuatkan lelaki menangis..Kerana seorang lelaki amat sinonim dengan egonya. Tak kiralah sekeras atau selembut mana hatinya, apabila mengalirnya airmata seorang lelaki, maka bererti runtuhlah dinding egonya. Tapi tahukah anda, lelaki lebih menderita kerana memendam rasa semata-mata tidak mahu menangis sedangkan airmata itu sendiri adalah penawar kepada penyakit kedukaan.
Terlalu banyak sebab lelaki menangis. Tapi kebiasaannya lelaki hanya akan menangis terhadap sesuatu perkara yang benar-benar mengubah hidup mereka. Terutama apabila kehilangan orang yang tersayang seperti ibu bapa meninggal. Lagipun, tak guna menangis hanya kerana semata-mata sesuatu yang bersifat kebendaan dan hanya kerana benda yang temeh-remeh kerana dalam fikiran lelaki hanya fikirkan kejantanan mereka. Lagipun hudoh bebenor kalau lelaki menangis.. Muka dahlah bermisai, berjanggut, badan ketaq, sekali menangis dengan mulut menggulupur, kan tak manis dipandang..
Lazimnya, seorang lelaki tidak akan pernah menangis untuk kekasihnya meskipun ditinggalkan. Kerana masih banyak bunga yang boleh dipetik dan mungkin perempuan itu bukan sesiapa dihatinya, sekadar peneman dikala sepi dan bosan. Tetapi apabila seorang lelaki menangis hanya disebabkan kekasihnya, itu bermakna lelaki itu bodoh. Bodoh kerana dia baru saja mengerti betapa berharganya kekasihnya pada dirinya dan bodoh kerana terlalu menyintai kekasihnya. Kerana terlalu mencari yang kaca yang dianggap lawa, terlupa permata berada disisinya... Jadi, berikut adalah antara faktor lelaki menangis..
1. Kematian orang yang dicintai. Memang lelaki tak berniat untuk menangis, tetapi rohnya terlalu sedih sehinggakan jasad tak mampu menahan untuk menangis..
3. Ketika seorang lelaki bergelar ayah. Melihat zuriatnya bersama isteri yang dicintai sudah pasti meninggalkan kanangan manis didalam hati sehingga air mata gembira mengalir.
4. Apabila seorang lelaki berjaya melamar untuk mengahwini gadis idaman yang selama ini dia bersusah payah untuk menawan hati si dia.
5. Pada hari pernikahan selepas disahkan oleh tuk kadi sang adam dan hawa telah disahkan menjadi suami isteri.
6. Ketika seorang lelaki berjaya membeli kereta pertamanya menggunakan duitnya sendiri. Jika tidak menangis sewaktu membeli, mungkin akan menangis apabila menjualnya atau hilang.
7. Apabila dia gagal untuk menjadi seorang lelaki yang diharapkan keluarganya, seorang suami yang diharapkan isterinya dan seorang ayah kepada anak-anaknya.
8. Fakta terbaru, lelaki juga mampu menangis apabila menonton Nurkasih.

Posted in: 


25 Komen:
Wahahaaha! yg paling last tu paling HOT ! pasal laki nangis bila tgk nurkasih.. rasa nak melamar terus laki camtu. HAHA
yang last tuh x leyh blah!! hahaha
iye...betoi...aku x tipu.wahahaha...x caya pergilah masuk.aku tak tengok lagi.haha
thehee.. saya sokong fakta ke-8 tu.. huhuu^^
aiyoo... last point... hahaha...
aku suke point no. 8 tuh. heeee :P
hehe.thanks all
haha ade gak eh nangis tengok nurkasih ?
ada gak. ramai review kata boypren dia nangis.haha
lelaki lembut sila rujuk no 7 haha
erk asal laki yg dok sblh ak xngis pon ngk nur kasih... hik3 cover ar tu..haha
fakta terbaru tu.. sokong !!!! hahhaha..
dah fenomena dah ni hahaha
suka fakta no 8.. hahah!
yg no 2 tu betul ke nangis sebab kucing kesayangan?haha.x macho lah.
p/s tgk nurkasih pon nangis .memang laki jiwang le tuh. =)
iye der.ada orang nangis. member aku kata.haha
ye jek yg last tuh ! hahahaha :)
hahaha..yang last tu x bleh bla..mcam tak caya je..jiwang berbenor laki tu..huhu
iye.haha
haha yg last tu mengesahkan mengapa byk lelaki x nak tgk crita nur kasih,, however the 7th one made me speechless
last skali xthn,hahahaha
Kalau boy saya dia marah sambil buat muka sedih... kadang 2 dia tu nak menangis, time dia menangis saya pujuk dia... tapi kalau saya yg menangis dia buat muka happy sangat...
Dan lelaki akan menangis untuk ibunya :D
dan juga menangis kerana mampu beli vespa yg pertama dalam hidupnya pakai duit sendiri tahun 2009..terharuu wooo..
1. Seorang anak laki – laki, dengan uang jajan seadanya.. diberi orang tua nya agar bisa makan di kantin sekolah, atau ongkos transportasi ke sekolah..
kalian merasa dia akan menggunakan semua uang jajannya?
dia selalu menabung untukmu selama tiap hari, menahan lapar, menahan segala ajakan teman untuk pergi bermain dan berharap cukup untuk mengajakmu pergi jalan – jalan di hari minggu nanti.., mungkin hanya sekedar nonton atau pergi makan,.. =)
lalu ketika hari minggu yang dimaksud, engkau jawab : ” duh,.. sori ni kek nya aku gak bisa pegi sama kamu hari ini soalnya diajakin keluarga pegi… maap “
dah,.. kamu dah sukses menghancurkan perasaan, pengorbanan tu anak laki – laki.. mungkin mereka tak pernah menangis, atau pun curhat sama temannya,.. karna mereka itu jantan! mereka selalu menyimpan perasaannya seorang diri.
2. Ketika beranjak dewasa, para wanita cantik hanya akan pergi sama cowo yang punya kendaraan roda 4.. ketika pria harus bersaing untuk mendapatkan dirimu, mereka akan lebih berhemat mati2an agar bisa mengajak mu untuk berkencan,..
ketika engkau mau d ajak pergi, dan kaget untuk pertama kali engkau dijemput memakai motor,..
lalu engkau menjawab
” duh rambut gw rusak nih,…”
” duh, siang bolong gini kamu ngajakin aku pergi… panas tau ”
” duhhhh, debu, panas… laen kali aja deh ya ? “
mungkin engkau tidak sadar mengatakannya,.. tapi percaya lah.. hati mereka sakit..
3. Ketika sudah berkeluarga,… anda tau? mereka kerja banting tulang seharian penuh untuk mencukupi kalian makan..
tau pepatah ini gak?
” Seorang ayah makan telur ayam, sedangkan anak istrinya makan daging ayam “
Di benak seorang ayah, asalkan anak istrinya bahagia itu udah cukup,..
kalo perlu gak makan, ato sekedar makan mi instan, asalkan anak istri bisa makan dia uda senang,.. jangan suka menyia2kan uang hasil kerja keras suami mu itu..
4. Ketika punya anak, sudah meranjak dewasa.. dia kesulitan untuk membiayai keluarganya,.. tapi ada satu hal yang harus kalian tau..
” mau ayah / suami mu seorang perampok, pencuri, penjudi atau kriminal lainnya,.. ketika uang itu diberikan pada mu,.. dia ikhlas memberikannya padamu, dan RELA MENANGGUNG DOSA UNTUK MU “
“Pengorbanan seorang PRIA yang kadang tidak diketahui WANITA ini hanya untuk bahan renungan wanita saja dan memang tidak semua wanita seperti ini kok
Good artikel! izin pinjam nk share dkt blog ae ;)
Post a Comment