Setiap insan berhak bercinta dan dicintai. Setiap insan itu juga berhak untuk mendapatkan cinta yang terbaik untuk diri sendiri. Sebab itulah cinta tak boleh dipaksa untuk hadir, tetapi perlu lahir dari hati. Mendapatkan cinta itu susah, tapi mengekalkan rasa cinta itu lebih susah. Setiap pasangan yang bercinta itu pasti akan menghadapi pelbagai dugaan dalam perhubungan mereka. Salah satunya terpaksa bercinta jarak jauh. Dan kebanyakan cinta putus di tengah jalan kerana halangan ini. Cinta jarak jauh, pemusnah cinta? Betul ke?
Cinta aku dan N dah lebih kurang tiga tahun. Tiga tahun berjauhan. 9/10 masa aku bercinta dengan N adalah cinta jarak jauh. 6 bulan pertama memang aku dan N dapat lagi berjumpa, kalau nak dating pun, boleh dikatakan dalam seminggu tu tiga kali jumpa sebab belajar kat tempat yang sama. Tapi lepas 6 bulan tu, masing-masing dah berpisah belajar kat tempat lain. Aku kat Shah Alam, dia pulak kat Perak. Dalam fikiran aku memang tak boleh lari daripada fikir cinta ni akan putus punya. Lebih-lebih lagi ini pulak cinta pertama N. Bukan mudah seseorang yang baru nak kenal erti cinta kena macam ni. Umpama isteri ditinggalkan suami selepas malam pertama la kirenya...
Tapi alhamdulillah dia tabah....kot? Bolehlah dikatakan tabah walaupun airmata selalu temankan dia. Biasalah perempuan, airmata pengubat hati.. Nak dapat jumpa pun sekali je dalam setahun tu. Itupun bawa dia pulang ke Melaka. Haa.. Lupa pulak nak bagitau. Aku tinggal kat Port Dickson, dia pulak kat Jasin, Melaka. Masalah jugak tu. Nasib baik teknologi dah maju. Senang je nak contact dia.
![]() |
| Kejar masa nak pergi Perak punya pasal.Ye, aku tau. Satria ni tak cukup laju. |
Masa berlalu dan perhubungan aku dan N dah berusia setahun setengah. Aku diberi peluang untuk belajar ditempat yang sama dengan dia ataupun bagi dia belajar kat Universiti lain. Akhirnya aku buat keputusan belajar di universiti lain. Saja aku buat macam tu sebab aku dah ada pasang lagi tiga nak cukupkan madu 4. *Ok, itu gurauan bodoh* Akhirnya, beginilah sekarang. Aku di UiTM, dia di UPM.
Sampailah sekarang masuk tahun ketiga. Sebab apa aku saja suruh belajar kat universiti lain, sebab kena fikir untuk kebaikan masing-masing. Bak kata orang tua-tua kampung aku, kalau nak belajar, buat cara nak belajar. Jangan pulak belajar dicampur adukkan dengan dating, memang haram jadah jadinya. Lagipun aku nak dia belajar yang hidup perlu sentiasa terus pandang ke hadapan. Macam mana kalau suatu hari nanti, cinta ni putus? Macam mana kalau aku tiada lagi didunia ni. Boleh ke dia hidup tanpa aku? Ke dia hanya akan menangis apabila mengenangkan kenangan-kenangan lepas... Entahlah, hati orang sukar diduga. Sekurang-kurangnya aku cuba ajar dia sesuatu.
Kadang-kadang apabila aku tengok couple-couple yang dating sama-sama kat Tasik Shah Alam tu, rasa cemburu pun ada. Ikutkan hati, nak aje aku ngurat awek-awek jogging kat tasik tu petang-petang. Minah indon pun jadilah. Yang penting aku ada rasa seseorang disisi aku. Pergi kelas si lelaki yang jemput, makan pun sama-sama, semuanya bersama-sama. Aku apa ada? Handphone bodoh yang skrinnya dah pecah. Kalau telefon N pun selalu rasa macam aku borak dengan mesin/operator..Tapi aku percaya, kemanisan cinta tu kena simpan, nanti dah kahwin pun nak rasa cinta tu masih hangat. :)
P/s: Saja bagi mukadimah untuk entri ini.


Posted in: 


22 Komen:
huuu..sedih kan bile bjauhan..bnyk dugaann..huhuhu
haha..pantasnye ngomen?
bnyak baik cinta jarak jauh ni.
selalo jmp lame2 boleh bosan. =.=
jijah selama 9 tahun ni semua cinta jarak jauh..mmg sunyi tak mcm couple lain.. hanya kesetiaan dan kepercayaan yang penting!
xpelah simpan dulu kemanisan bcinta..bila jauh lah buat kita rindu bukan..
Tapi aku percaya, kemanisan cinta tu kena simpan, nanti dah kahwin pun nak rasa cinta tu masih hangat. :)
Wahhh dayana paling suukeee ayat atas nih! btw, entry ni mmg best sebab dayana pn nk brpisah dah nti.. around 7 years myb, sbb msing2 nk fly, lg la tk jmpe.. ntahla. redha :')
@sikatkusut-yup, betul jugak :)
@cik azizah-woah, gile kentang 9 taun...
dayana-insyaallah, serahkan saja pada yang berkuasa
saya ada hubungan jarak jauh setakat ni ok Alhamdulillah =) percaya dan jujur antara satu sama lain tu penting=)
cinta jrak jauh memg bnyk dgaan..:)
tpi tu yg mmbuatkan rndu2kan.heee
hurmmm...sambungla lagi G...
cintajarak jauh?? hu^^ last2 die cari yg laen.. =(
@sunah- sabar ye.:)
ok la tu jalan kali dengan penuh kesungguhan pun boleh nak jumpa..hehehe..
aku dulu lagi jauh..aku kat Perak, wifey aku kat Sabah..
ape yang penting kepercayaan dan kejujuran je bila berhubungan jarak jauh ni..
awwh, sangat suka entry ni :')
sedih o0 bile b'juhan..mcm2 yg difkrkn...selalunya mesti negatif punya..
btul2
cinta jarak jauh sgt susah..payah...huk3
lagi prefer cinta jarak jauh. baru la terasa manis nak rindu2. kalau hari2 jumpa bosan la. :)
cinta jarak jauh..mcm sy ngn tunang sy...sy kt malaysia,dia kt jordan..so far...mula2 sdih gak..tp lama2 ok je..rasa seronok la..sbb bila jarang berhubung,bila call tiba2,rasa mcm kali pertama bercinta ngn dia...hehe...rindu pun bertambah..syg pun bertambah...yg penting fkir positif dan bg kepercayaan...insyaAllah 2 bln lg kami disatukan...doakan ye..=)
assalammualaikum,
relax2 sudah tak jauh mana pun tu hehe yg penting kalau dia jodoh kita sejauh mana pun dia pergi ia pasti kembali untuk kita suatu hari nanti ..lagi jauh kita dengan dia lagi bagus xde la maksiat2 ni hehe
pernah rasa apa kau rasa
Post a Comment