Anda terasa nak buat blog? Mungkinkah sebab tertarik tengok blogger dapat duit beratus-ratus sehingga mencecah ribuan ringgit sebulan daripada blog? Atau mungkin juga kerana tertarik untuk menjadi selebriti yang bermula daripada blogger? Ingin mempunyai blog sendiri tapi tak tahu macam mana nak buat? Tak apa, saya akan 'guide' anda didalam entri ini.
STEP 1: FIKIR JENIS BLOG YANG AKAN ANDA BINA
Tanya kepada diri anda, apa tujuan anda membuat blog. Kemudian pastikan blog anda itu sentiasa berada pada landasannya. Dibawah saya listkan jenis blog:
Buat blog untuk duit:
- Blog search engine optimizer (SEO) -menulis perkara yang selalu dicari di search engine
- Blog download - Kaki download movie, software, buku dan lain-lain.
- Blog shopping - Menjual barang secara online
- Blog info - Memberi info dan fakta menarik
- Blog 18sx - Memberi dosa pada pengasas & pelayar
Buat blog untuk popular:
Biasanya blogger menjadi popular dengan blog peribadi. Blog peribadi ini lebih menceritakan pengalaman diri, dan tips review tentang sesuatu produk. Biasanya memerlukan paras rupa menawan (75%) dan penulisan menarik (25%). Kebanyakkan mempunyai 1 admin sahaja.
Buat blog untuk luahan hati:
Blog ini juga blog peribadi tetapi tidak berniat untuk popular. Menulis hanya untuk kepuasan diri sendiri dan juga sebagai diari maya.
STEP 2: PILIH PLATFORM BLOG ANDA
Anda boleh buat blog menggunakan platform blogger, wordpress, joomla dan bermacam lagi. Tetapi saya lebih mencadangkan menggunakan blogger kerana ianya lebih selamat dan mudah digunakan
STEP 3
Pergi ke blogger.com/ dan click signup seperti gambar dibawah. Pastikan password anda adalah seperti ini: Buatblog10 .Iaitu sekurang-kurangnya mempunyai satu huruf besar dan angka untuk tujuan keselamatan. Jika anda sudah mempunyai akaun gmail, terus sign in.
STEP 4
Kemudian anda akan masuk ke halaman dashboard seperti dibawah. Click pada ‘New Blog’.
Kemudian, tetingkap seperti dibawah akan muncul. Masukkan nama blog anda dan alamat blog anda. Kemudian pilih template sementara anda.
Tips nama blog: masukkan nama blog yang mudah tanpa sebarang symbol dan angka jika anda mahu blog anda mudah dicari dan popular
Tips alamat blog: sama seperti tips nama blog.
Siap! Anda sudah pun mempunyai blog anda sendiri. Tapi masih banyak perlu dilakukan.
STEP 5: DOWNLOAD TEMPLATE YANG LEBIH MENARIK
Cuba cari template menarik dengan menaip ‘free blogger templates’. Kemudian download template tersebut.
Cuba cari template menarik dengan menaip ‘free blogger templates’. Kemudian download template tersebut.
Selesai upload, klik pada view blog dan anda akan lihat template anda sudah berubah. Selamat beramal!
P/s: Cuba lihat pada ruangan settings dan ubah bahagian settings yang anda mahukan. Anda juga perlu tahu basic codes yang digunakan dalam blogger untuk memudahkan anda bina design blog.
Posted in: 


0 Komen:
Post a Comment