Oh Perempuan! Asal kosmetik murah je semua ko bantai pakai...

Tengah sedap-sedap aku layan berita harian hari ahad yang dah expired, terjumpa satu tajuk best. "Kosmetik tiruan murah bawa padah: Rampasan produk beracun RM5.2 juta tahun lalu bukti sikap tak kisah pengguna." Nak kata kaum bertelur ni pakai, tak nampak pulak, kalau ada pun, 'mak-mak' jelah kot... Tapi mungkin bukan salah korang jugak....kot? Sebab kadang-kadang aku tengok kat kaki lima kedai pun ada jual jugak benda ni.. Tapi takpe, aku bagitau apa kesan-kesan bahaya menggunakan alat solek a.k.a. alat mekap palsu dan murah daripada biasa nih.

Sebelum tu, aku nak bagitau beza antara kosmetik asli dengan yang palsu. Kalau you'all gadis-gadis guna benda tiruan ni, dah konpem-konpemlah murah. Sebabnya barang murah ni kualiti kurang sikit dan mengikut surat khabar ni, kosmetik murah ni ada racun hidrokuinon.


KESAN PENGGUNAAN KOSMETIK BERCAMPUR HIDROKUINON BERLEBIHAN.

  1. Penghitaman kawasan kulit, terutama jika terdedah kepada cahaya matahari.
  2. Sinaran matahari berlebihan boleh menyebabkan kanser kulit.
  3. Kulit jadi lebih sensitif, mudah terluka, kering dan gatal.
  4. Menghalang proses pigmentasi
  5. Penyerapan ke dalam darah melalui kulit dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan pendegaran berdengung, pertuturan sukar difahami, mengigil, sakit kepala, mual & muntah-muntah dan banyak lagi...Malas aku tulis..

Selain tu kosmetik murah ni pun ada tretinoin yang bahaya gak. nanti kulit korang jadi gatal, kulit rasa terbakar, kulit mengelupas kerana kekeringan dengan tumbuh jeragat...Jadi, nak beli barang kosmetik tu biar yang ori sayang oi. Tak guna beli murah tapi kena bayar mahal nak buat pembedahan plastik sebab muka dah kemek. 

P/S: Laki suka perempuan tak pakai mekap tebal, pakai bedak asas dah cukup. Baru nampak natural beauty...Seksi wook! 

19 Komen:

s.y.a.r.q said...

kalau tak mampu nak beli make up yang berjenama mahal, jgn beli yang tak ori. Beli make up yang berjenama, tapi harga dye berpatutan.Macam silky girl ke, in2it ke, maybeline ke, :)

kalau takde duit, tapi ko ganyang nak beli MAC memang ler terkoyak poket.hahahahahaha

AVE said...

@s.y.a.r.qhaha... betul2. yang paling penting nampak natural. xpayah nak mekap macam anak patung nyer...

Anonymous said...

erk tapi saya tak mampu.. jadi saya guna je apa yang dijual tu.. ceh tetibe.. hahhaa.. adehh.. ada gak yg elok ada gak yang tak elok kene la pandai memilih ;)

AVE said...

@CahayaCintaIlahihaha..terkejot den

a.R said...

bkn produk yg murah2 tu je ... yg produk kosmetik tempatan tu pn sama... kalo tak pakai kulit mesti jadik kusam balik.. la ni pakai yg kat farmasi je lol..hehehe~

produk yg murah tu, sekarang memang la nampak ok, tp tunggu la 10 -20 tahun lg....menyesal tak sudah.. sbb dia makan sikit2...

yolanda diego said...

eh saya pun ade entry cmtu

pipoq said...

sib baik wifey aku bukan kaki melaram terlampau..selamat poket aku..haha..

Puan Nurussalwa said...

like ur 'p/s' very much.. huhu

zero said...

cait.. apasal gambar awek aku pun ada nih!!

Unknown said...

bibik sokong!! contohnye lipstick x ori ni wat bibir gatal dan mmbengkak je lbih..kalau rupe mrs jolie xpelah jgk kan.. so,guys jgn marah kalau isteri @ awek beli kosmetik yg mahal sikit ye..hehe.^.^v

AVE said...

@Cik Muda Saeowh...patutla den gelap je memanjang... -.-"

AVE said...

@Miss Nurunowh :)

AVE said...

@pipoqhaha..betoi2..itu sebab utama aku suka pompuan pakai bedak asas jek.haha

AVE said...

@cik nurussalwaty :)

AVE said...

@zeroseksi wook awek ko!

AVE said...

@littlebibikty bibik! :) bibik sudah kemas rumah?

shamyheart said...

ada jugak kawan yg nak jer guna produk yg dah diketahui umum tak baik. Dah tu tanya plak pndapat kita ok tak produk tu... dah berkali2 ckp tak ok, tak fhm2 jugak. Kalau tak nak dgr org ckp, lbh baik tak pyh tanya,kan?

Skrg ni muka dia dah rasa pijar, mula la gelabah. Org suruh tukar produk, tak nak jugak.. Isk, geram betul..

shamyheart said...
This comment has been removed by the author.
AVE said...

@shabiarkan dia rasa..orang macam tu bila teori xnak dengar, rasalah praktikalnye