Bukak je tv, sambil nyonyot botol susu, tengok cerita cintan yang mesti heroinnya cun. Lepas tu pasang nawaitu bila dah besar nak dapat awek lawa, isteri lawa. Itulah benda yang wa fikir waktu zaman kecik manja wa. Waktu kecik wa fikir hidup ni senang je, bila dah besar nak ada banyak duit, lepas tu kahwin dengan perempuan yang cantik-cantik. Tapi sekali bila dah besar, nampaknya wa terpaksa berfikir banyak kali untuk mencari calon isteri yang terbaik dari segi akal dan emosi. Wa yakin bukan wa sorang je laki dalam dunia ni yang fikir cenggini.Mana taknya, kesan daripada hasutan orang disekeliling, makin hari makin mengikis kepercayaan tolol wa yang mengatakan bahawa hanya perempuan cantik mampu membahagiakan diri wa. Tapi macam mana pulak dengan perempuan yang tak cantik tapi pandai? Arghh...yang mana satu akan membahagiakan lelaki? Yang cantik tapi tak pandai ataupun yang tak cantik tapi pandai?
Kalau dulu waktu zaman merong mahawangsa , tak mustahil kalau semua perempuan cantik ni menjadi pilihan ramai untuk dijadikan isteri sebab tak wujud lagi institusi pendidikan macam hari ni. Perempuan zaman tu duduk dapur giling cili kering je. Tapi zaman sekarang dah berubah, perempuan dah pandai-pandai sehinggakan kat IPTA pun bilangan perempuan lagi ramai daripada lelaki. Jadi, adakah perempuan yang cantik fizikal ni tapi kurang pandai masih menjadi pilihan lelaki?
Tapi disebabkan dapat perempuan lawa nilah yang membuatkan lelaki mudah jealous kalau tengok si dia berborak dengan lelaki lain. Mulalah pikir macam-macam. "Bini wa ni ada pape ke dengan jantan nih?" Jadi, normallah kalau perempuan cantik tak bekerja tapi jadi surirumah kat rumah. Dapat masak untuk suami bila balik makan tengahhari sambil jaga anak. Laki mana yang tak suka isteri macam ni..
Masalahnya, kebiasaannya majoriti perempuan yang pandai ni bekerja sebab takkanlah dah blajar pandai-pandai, ke ceruk dapur jugak poienya...Jadi, kadang-kadang nak bersama dengan suami dan anak pun dah kurang. Asal suami ajak wrestling kat katil je, mesti isteri tolak kata penatlah...Tak de tenagalah...Dan nanti bila gaji isteri lebih tinggi dari gaji suami, mulalah ego lelaki macam wa ni rasa tercabar sebab lelaki yang patut bagi nafkah kat isteri. Takkanlah perempuan yang hanya diciptakan daripada tulung rusuk yang lembut sifatnya tu nak menanggung suami yang keras sifatnya..Malu der...
Wa tak ada idea....Apa komen korang???Yang mana satu pilihan hati???
Posted in: 


14 Komen:
cantik atau pandai bukan ukuran...
kalau dapat mcm tu....
bonus la...
kalau hati dah sayang + berkenan...
cantik atau pandai tak menjadi masalah dah...
hehehhehe
cari yg sedang2 aje la AVE..
rsanya la kan..cantik dan pandai itu kategori nak cari calon.tapi kalau ikut islam ada lagi kategori untuk pilih bini..hehe..
aku tak kawen lg..huahuahua
kalau dpt yang beragama..
cantik atau x, insyaAllah bahagia..
dunia n akhirat..
=)
hehe...setuju-setuju.:)
depends on individu tu sendiri . .
As salam..
Perempuan boleh komen tak n3 ni?hehe..
ni komen SS punya..
Untung laki aku pilih aku, dah la keluar U, dok umah saja pulak tu...makan, pakai, urusan rumahtangga aku yg uruskan, tak payah cari bibik utk ngasuh anak, jimat belanja.isteri pandai boleh ajar anak di rumah..
yg ruginya, kena kerja keras sorang2 sbb nak tanggung anak bini...
uikh...macam luahan kekesalan je sedari?
calon ? ikut je cam Nabi sarankan..
cari yang beragama..bukan la maksudnya kene cari yang alim bebenor, maknanya yang memahami agama..tak tinggal solat, puasa dan rukun rukun yang lain..
kalo pandai tapi agama ntah ke mana, kesian anak anak ko nanti..
kalo cantik tapi agama ntah ke mana, sampai bila kecantikan tu nak kekal ?
kalo yang beragama ni insyaAllah semua ko dapat..orang yang faham agamanya ni kan sentiasa menjaga segalanya..ilmu ada, kecantikan, kesopanan, kebersihan terpelihara..apa lagi nak ? semua complete..
AKU PUN TGH PENING NI...BERCINTA NGAN PEREMPUAN LAWA..MEMANG MENYAKITKAN HATI..ADE SEORANG CIKGU MATEMATIK MINAT KAT AKU,,,TAPI TAK TERGOLONG DALAM PEREMPUAN CANTIK LA...DIE EXAM DARI SEKOLAH SEMUA RESULTS DIA "A" ..AKU NI KERANI JE..HARAP MUKE JE HENSEM KIKIKI,,,,MAK NGAN ADIK AKU DAH SUKA SGT DAH NGAN CIKGU NI...AKU PENING NI...AKU LEBIH IKUT KATE NAFSU NI...UWAAAA!!!!
aku dah dapat jawapan ..selepas solat asar tadi..hati ku pilih cikgu ni...aku melengkapkan kelemahannye..adia melengkapkan kelemahan aku...semoga ALLAH BERKATI AKU..AMIN...
cantik itu subjektif.tapi kalo si suami dapt isteri cantik dan pandai itu satu pakej. xsemua yg ada. bertuahnya :)
stuju sgt2 ngan nuri
Post a Comment