Sudikah Awak Menjadi Isteri Saya?

Saya bukanlah lelaki yang kacak seperti yang biasa awak lihat di televisyen. Saya bukanlah lelaki kaya yang ada duit berjuta-juta didalam bank. Saya juga bukanlah lelaki yang sempurna bagi awak kerana saya hanyalah manusia biasa yang banyak kelemahan. Tapi sudikah awak menjadi isteri saya?

Suatu hari nanti mungkin anda akan mengalami situasi sebegitu. Kalau biasa-biasa mungkin boleh lagi kawal perasaan, tapi kalau lelaki anda kata macam tu kat khalayak umum? Mesti sweet walaupun gemuruh satu badankan? Itulah yang berlaku pada pasangan ini. Lelaki ini melamar perempuan yang dikenalinya daripada chatroulette.com. Jom layan~~~



Okey, untuk pengetahuan, sebenarnya video Chatroulette Love Song diatas telah ditonton sebanyak 500k dalam masa 30 jam sahaja. Video ini juga sebenarnya hanyalah lakonan. Anda boleh rujuk di laman web ini. Tapi sweet bukan kalau tiba-tiba anda dilamar sebegitu? 

P/S:Bagi yang dah berkahwin, kongsilah pengalaman anda dilamar. ;)

8 Komen:

4miN93~~ said...

wah sweet kot buat cmnie..
aku nak buat rasa malu =.=

p/s dah lama tak bw sini.. dah baru lah :)

Lyla Ibrahim said...

susah utk mencari lelaki romantis sekarang...
heh

Firdaus Life said...

lor lakonan ke ? ingatkan betol

shamyheart said...

Sweetnya..

igtkan encik blog ni yg nak lamar seseorang tadi..

Puan Nurussalwa said...

nak pizza tu~~

AVE said...

@4min93- sapa tak gugup kalau tetiba kena reject plak.haha
@lylaROCK-AVE ada sorang.haha
@Freaky-yup
@sha-insyaallah, nanti den lamar betoi2.
@salwa-sila beri no tel, nanti den hantar.hehe

pipoq said...

aku dilamar ? hehehe..

aku ni kalo nak citer panjang sangat..tapi ringkasnya, aku pernah putus tunang lepas x-tunang aku tu main kayu api..tak lama pehtu aku ter-re-connect friendship ngan wifey aku ni setelah lama tak berhubungan..

ramadhan 2005 aku menyatakan hasrat hati aku untuk menjadikan dia teman hidup selamanya..masa tu tak pernah jumpa pun lagi just sms, call, chat, email, surat je..

2006 aku terbang pegi Sabah, pertama kali aku jumpa dia dan terus jumpa parents dia menyatakan hasrat murni aku yang murni ni..hehehe..

2007 dah selamat jadi wifey aku..

AVE said...

@pipoq- pergh... tabik spring. :) hehe