Rahsia Disebalik Tubuh Badan [Mesti Cuba]

Kalau sebelum ni anda hanya tahu maksud disebalik tarikh lahir korang, apa kata korang cuba lihat maksud disebalik tubuh badan anda pula. Harap sedikit sebanyak mampu memberi halatuju kepada anda untuk menjadi orang yang berjaya. 



1. Cuba hembus nafas dari mulut ke hidung kemudian pada masa yang sama bernafas menggunakan nafas dari mulut tadi.. Kalau anda boleh sedut balik nafas tu, anda boleh hidup melebihi 100 tahun.

2. Kalau anda boleh tepuk kedua tapak kaki anda sehingga menghasilkan bunyi seperti anda tepuk tangan, anda akan hidup senang selepas berumur 40 tahun.

3. Cuba petik jari di telinga sebelah kanan. Jika anda mampu untuk mendengar bunyi petikan jari disebelah telinga kiri sama seperti di telinga kanan, anda dikategorikan sebagai orang genius.

4. Cuba senyum. Jika senyuman anda memperlihatkan gigi anda, maka anda akan memerlukan gigi palsu diusia yang lebih muda

5. Dengar anda bernafas. Sekiranya ketika anda menarik nafas anda ada mendengar sebarang bunyi, anda akan dimadukan (perempuan)/ berkahwin lebih daripada satu (lelaki)

6. Lihat jari anda. Sekiranya ibu jari tangan kiri dan tangan kanan anda tidak sama panjang, maka anda tidak akan meninggalkan harta untuk keturunan anda lepas meninggal.

7. Cuba bersiul. Jika ketika anda bersiul, anda tak dapat rasa nafas keluar daripada mulut anda, maka anda didampingi oleh saka keturunan anda.

8. Rasa sekitar ketiak anda sama ada berpeluh atau tidak. Sekiranya berpeluh, ini bermakna anda akan mati dalam keadaan sedih dan kecewa.

9. Cuba lihat kuku anda. Sekiranya terdapat tanda putih pada kuku anda, ini bermakna anda akan menjadi seorang jutawan suatu hari nanti.

10. Cuba lihat lubang hidung anda. Sekiranya lubang hidung disebelah kanan lebih besar daripada disebelah kiri, anda akan menjadi orang gila.

11. Cuba rasa degup jantung anda sekarang ini. Sekiranya masih berdegup, ini bermakna anda masih hidup. Kemudian tutup mata anda dan katakan dengan tenang dan tawaduk, " Aku telah ditipu oleh akalemosi.com  ghupenya". Anda ni klakar ler....Buat mende pelik-pelik jer...



33 Komen:

Puan Nurussalwa said...

ler...
ingt siyus.
ih3.

EqhaZin said...

adeyh.
akpon beriye la ukur ibu jari!
hahaha.

Noor Maizan said...

chot...ahaha...geramnyaaaa....tertipu suda..

gadis kepastian said...

ciss....gk po=unya la khusyuk lg tawaduk taw xmelaksanakan semua 2..

Mysara Ab Rahman said...

haha...mcm2...:DD

syazwani ab said...

haiyohhhh , apakah ???

dean said...

tertipu den

toyolkiut said...

AVE mmg nk kena tembak ngn senapang gajah ye..
hehe..

Unknown said...

merong mereng btuii..sy turut tertipuu hahaha..:p

EkaWeird said...

da agak da.. bila baca bende ni mcm x masuk akal je.. mesti tipu ni.. glak2 je bace post ni.. memang x masuk akal & menganggu emosi sungguh.. lala~

AVE said...

muahahaha..sapa yang tengok lubang idung dia????XD

||aLeaSaRa|| said...

hahahha..gelak guling2 ni dah!officemate kite siap cuba satu2 he3...kantoiiii...malunya dia!mmg lawak betoi ler...

AVE said...

hah..patutnya amik gambar dia!

Unknown said...

kahkha~tq wat me gelak...:P

Nur Syahirah Hainan said...

hahah..ngoknek jer..

.imah. said...

hadoi, nasib baik sempat terkena sampai nombor 2 je. haha.
ciskek tuk penghulu ni. ;p

Arpiiz said...

sekarang barulah rasa macam mana rasanya tertipu..huhu

Nurulbadiah Lai said...

hahahah
siot betul..

mimi said...

hahahahahhaha....aku suka number 10.

l i n T e d d y said...

waaaaaaaaa..kena tipu...hukhukhuk...

~:: awE ::~ said...

aduh!!
terkena.:P

didi lala said...

agak2.. na kene pelangkong ta?????

Nurul said...

haish...beriya aku m'buat satu persatu~

Anonymous said...

ngeh ngeh ngeh....siot je. nsib la bace sekali lalu je..tp de gk la try skit2. hahaha...=p

merah said...

dah taw tipu je tuh...tak logik langsung!

dAQ_BlurR said...

hahahhaha..cam sial..=P

Shahizan Azmi said...

Hahahha kena dump! cis yang ibu jari tu betul-betul pergi ukur :p

Anonymous said...

aku buat bermati-matian,ghupenye kne tipu idop2 , ceh

nuri tabah said...

no 1 tak boleh bla betul.
aduh..haha

Miss Shinosuke said...

Aku tumbok kang bawu taw =.=

Anonymous said...

satu lagi tertinggal ..no.12, jika tapak tangan anda berpeluh...ada yg nak kena penampo...antu rabun tul..

Anonymous said...

quite interesting but...emmmm

Mat Rol said...

aku dapat tangkap masa tompok putih pada kuku tu..semua orang ada tp tak jadi jutawan pon.haha