Perkara Penting Yang Wajib Tahu Tentang akalemosi.com

PERHATIAN:
Sila baca entri ni dengan teliti kerana sedikit terlepas baca akan menyebabkan korang terlepas info penting. Real punya penting~~~kot?


PUNCA-PUNCA REVOLUSI
Hujung minggu lepas apabila aku tukar template, ramai jugak yang bertanya, turtie mana? tukar template baru ke?  dan bermacam-macam lagi. Ya aku tukar template. Dan template ni masih belum siap sepenuhnya dan baru siap 70%. Semuanya berpunca daripada bulan lepas lagi. Aku dapat merasakan berlaku perubahan terhadap blog ni. Blog ni lebih terikut-ikut dengan permainan SEO untuk mengejar trafik yang tinggi, mengejar populariti, dan mengejar follower.

Lepas tu dunia blog kecoh pasal kes kat blog lensarosak. Ramai menyalahkan dia. Ye, ada part dia salah, tapi ilmu yang dia cuba sampaikan tu buat aku sedar. Buat blog kerana nak sampaikan ilmu! Jadi, aku buat template baru dengan tujuan mula nafas baru. 



INFO TENTANG akalemosi.com YANG PERLU KORANG TAHU

  • Blog ni akan target kepada mereka yang dalam lingkungan umur 12 tahun sehingga 40 tahun dan mereka yang tidak ada blog.

  • Mengenai turtie, aku masih memikirkan sama ada ingin mengekalkan ataupun buat karakter baru tapi dengan design muka yang sama, pipi tembam. Sebab aku akan buat balik video cinta. Jadi aku tertanya-tanya adakah sesuai kura-kura dijadikan watak dalam video cinta? Jadi tolong jawab survey form kat atas yek.


  • Blog ni akan jadi lebih berinfomasi dan matang tetapi dalam bentuk santai dan akan membuatkan korang tak rugi lawat blog ni. Blog ini akan diisi dengan cerita antara lelaki dan perempuan, motivasi, fesyen, tutorial blog,agama, perkahwinan,kewangan cinta dan macam-macam lagi. Pendek kata, semua yang berkaitan akal dan emosi akan aku kupas.Tetapi dilebihkan kepada cinta dan mengenali gender.

  • Info-info yang aku sampaikan bukan omong kosong lagi. Aku akan menggunakan ayat-ayat Quran dan hadis dalam entri-entri yang berkaitan.Aku juga akan menggunakan ilmu kaunseling aku dalam sesetengah entri.

  • Blog ni hanya akan beri ilmu tutorial blog dan bukannya tips dan trick untuk menjadi blogger yang berjaya.

  • Adakalanya blog ni akan jarang update untuk memastikan blog sentiasa tidak lari daripada tujuan asal iaitu terikut-ikut dengan permainan SEO. 



Apapun, aku nak pesan awal-awal, ada diantara penggunaan bahasa dalam blog ni agak berjiwa remaja. Jadi, abang mat dan kak piah oi, kalau nak rasa muda, jemput baca blog ni. Jangan risau, tips rumah tangga pun ada.Ilmu itu cahaya dan bukan milik peribadi. Jadi sebarkanlah ilmu itu~~~





P/s: Apsal aku sorang je vote untuk taknak kat survey pool tu? Hm... Sayang jugak korang kat turtie ek..

10 Komen:

Secreto said...

Weh,aku nk cite stim skit r....

Nur Hanani said...

bagus la..bagi ilmu yang berguna..Orang akan hargai.. tul tak?

Entri Terkini: Pendaftaran SPM 2011..

AVE said...

secreto-boleyh, malam ni pergi chowkit.haha
nurhanani-tul2...yang penting orang dapat ilmu :)

pipoq said...

aku rasa mungkin turtie perlu diberikan rumah baru khas untuk dia..

AVE said...

itu yang aku rasakan...entahlah pipoq...dilemma

Firdaus Life said...

perubahan ke arah kebaikan. sy sokong !

zero said...

semoga berjaya dengan penampilan baru :)

.imah. said...

turtie kan comel,
sebab tu kitorang saaaaaayang diaa!
ehehehehe :D

toyolkiut said...

wah..
templet baru ni lebih aura la..
TK dh undi.. TK nk katun tu ada..
bagus, kekal kn blog berilmu, br senang bernafas d alam siber ni..

Aida Lela said...

oo, patutla berubah wajah.

*setuju, time kecoh2 hari tu ada jugak bukak blog lensarosak, ada ilmu yg boleh dikutip di sana :) neway, gd luck dalam dunia belog....