Tips mengetahui anda bersedia bercinta dan menerima cinta

Sebelum kita teruskan ke bahagian cara-cara menawan hati jejaka dan gadis sehingga buat rasa ucapan cinta tu perlu dilafazkan, aku rasa ada baiknya aku bagi korang berfikir sejenak tentang cinta. Sebab cinta bukan satu permainan, cinta bukannya satu alat dimana korang akan rasa tak cool kalau tak ada cinta. Banyak lagi cara lain nak buat korang rasa cool. 

Apa itu cinta? Mesti kalau ditanya direct terketar-ketar semua nak jawab sebab tak ada jawapan yang khusus untuk cinta kerana makna cinta tu luas. Tapi bagi pendapat aku, cinta itu suatu perasaan dimana korang secara IKHLAS ingin bersama dengan dia sama ada susah mahupun senang.  Tapi kadang-kadang terlebih ikhlas pun menyusahkan.
anak+luar+nikah Statistik Anak Luar Nikah: Nasib Anak Luar Nikah!!
"Abang, abang ratahlah tubuh saya bang, saya rela youuuu...."
********************

SUDAH BERSIAP FIZIKAL DAN EMOSI
Apabila korang dah merasakan ada kepentingan untuk korang bercinta (bukan sebab anunya dah gatal ye), apabila mak kat rumah tu dah bising-bising nak ada menantu, apabila korang rasa member-member semua dah tinggalkan kau sebab semua dah berumah tangga, dan yang paling penting, apabila korang dah bersedia untuk dilukai, mungkin dah tiba masanya korang cari cinta tu *eceh, ayat macam dalam filem epik*. Bersiap fizikal tu bukan bermakna fizikal korang dah mantop nak hadapi bahtera malam jumaat, tapi lebih kepada kebendaan. 

Kalau rasa ekonomi korang dah ok, duit dalam bank pun semua dah penuh, dah ada kereta, kira oraitlah tu nak cinta/kahwin. Ini sekali kalau setiap kali keluar date je perempuan yang support baik bagi bini korang tu misai dan janggut. Bersiap emosi pulak ialah macam mana korang sanggup teruskan hidup kalau bahtera cinta karam ditengah laut. Sebab manusia ni hanya berusaha, yang menentukan hanyalah Allah jua. Jadi, kalau putus cinta, tak guna korang menangis melalak lepas tu salahkan pasangan korang. Mungkin itu semua dah tertulis ditangan takdir. Salahkan diri sendiri sebab tak persiapkan diri sebelum bercinta! Cuba fahami lirik lagu ni.







SEMBAHYANG ISTIKHARAH
Tak perlu bersusah payah tension mension jumpa kaunselor jawab soalan personaliti nak tahu korang dah sedia belum. Serahkan saja pada yang kuasa yang telah mencipta korang. Tetapi apabila korang solat istiharah ni, bukan bermakna buat sekali terus dapat on the spot. Adakalanya akan mengambil masa kerana hanya DIA tahu apa yang terbaik untuk korang. 

Jadi, insyaallah apabila korang berada pada masa dan tempat yang betul, korang akan bertemu dengan orang yang selama ini dicari. Tak paham? Cuba tengok cerita hindustan, mesti ada babak bercinta pada pendangan pertama, cenggitulah kiranya. Tapi kadang-kadang kita manusia ni terlupa. Ketika sibuk mencari cinta yang kononnya jauh, rupanya cinta tu ada dikalangan kawan terdekat. Macam mana nak buat solat istikharah? Boleh tengok kat sini.
********************


Akhir kata, jangan bercinta semata-mata nak jaga hati orang dan percaya pada karma. Apa yang kau buat hari ni akan dibalas esok hari. Kalau kau 'rosakkan' anak orang hari ni, esok hari anak orang 'rosakkan' kau.


7 Komen:

Anonymous said...

betul tu....kiter kan ada agama... erm, buat masa ni, anna dgn tunang anna sama2 menbantu...hope tak terlanggar batas2 yang sepatutnye...

AVE said...

yup. bercinta pun kena ada hala tujunya.bukan cintan cintun selepas tu ke laut

Wan Gerrard said...

cinta xboleh dibuat main..rasa xsedia lg kot ni :P

Fazli said...

bercinta sebelum kahwin dapat dosa... bercinta lepas kahwin dapat pahala... pilihlah mana nak...
jauhi zina...

Putri Sayang Kamu (PSK) said...

haa ! sokong ayat "Kalau kau 'rosakkan' anak orang hari ni, esok hari anak orang 'rosakkan' anak kau." (penambahan anak . huhu)

Mindbreaking said...

insyallah kalau jujur dan ikhlas sampai ke jinjang pelamin lar

Tieah Madian said...

Kalau dah jodoh tak kan kemana kan.. Huhuhu.. Jgnlah cinta itu dicemari dgn perbuatan yang tak elok.. Kang menyesal seumur hidup..

Entry Terbaru : Loji Nuklear Jepun Meletup Dan Pencemaran Radioaktif Berlaku?