SEJARAH SASER
Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER - singkatan daripada SAins SERemban) ditubuhkan pada Februari 2002. SASER menggunakan tapak dan bangunan yang ditinggalkan oleh Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) yang mendapat premis baru yang terletak di Sungai Gadut. Kerja-kerja menaiktaraf melibatkan kos keseluruhan hampir RM600 000.
Pada 1 Mac 2002, Pengetua pertama, Tn. Hj. Azam bin Md. Atan telah mendaftar. Kumpulan guru pertama mendaftar pada 18 Mac 2002 seramai 9 orang dan kumpulan kedua pula pada 20 Mac seramai 2 orang.
Kumpulan pertama pelajar yang mendaftar pada 8 April 2002 seramai 97 orang daripada 178 nama yang tersenarai. Kelompok kedua pelajar pula seramai 25 orang pada 6 Mei 2002.
Pada 16 Disember 2003, Pengetua kedua SASER, Tn. Hj. Baharudin bin Borhan melaporkan diri. Beliau bertugas sehingga 1 Januari 2005. Pengetua yang ketiga iaitu Tn. Hj. Mohamad Kamaludin bin Taib bertugas di SASER pada 1 Februari 2005 sehingga 16 Februari 2008. Pengetua SASER yang keempat, Encik Sabuddin bin Hj. Sani melaporkan diri pada 18 April 2008 dan bertugas sehingga kini.
| Encik Sabuddin bin Hj. Sani |
Aku sendiri masih tertanya-tanya kenapa nama SM Sains Seremban tu perlu ditukarkan. Walaupun dah bermacam-macam perkara dilakukan untuk menghalang pengubahan nama SM Sains Seremban, tapi masih tak berjaya. Daripada mengumpulkan tandatangan untuk menyerahkan petisyen kepada pihak yang berkenaan sehinggalah menubuhkan alumni sekolah yang sekarang digelar PASSER, suara-suara kecil ni masih tak diendahkan.Tapi takpelah, disebabkan aku taknak mana-mana pihak terasa, aku taknak ulas panjang perkara ni. Perkara dah berlaku. Apa yang penting, para pelajar,guru dan alumni dapat merasakan kehilangan sesuatu daripada SASER. Guru besar? Entahlah...
Bagi orang luar akan menganggap sekolah ni sekolah biasa, tapi SM Sains Seremban bukan sekadar sebuah sekolah. Ia adalah sebuah rumah kerana disitulah putera-puteranya berjaya. Disitu jugaklah kami dapat melihat guru-guru yang tak kenal erti penat mengajar kami. Mereka sanggup datang malam hari untuk mengajar kami walaupun ada sesetengah diantara mereka sanggup mengutamakan kami lebih daripada keluarga. Mereka beri perhatian lebih kepada pelajar-pelajar yang kurang faham dalam pelajaran dan bukannya meninggalkan mereka. Kerana guru-guru ini sedar, setiap pelajar yang mendaftar sebagai pelajar SASER, setiap mereka adalah permata dan bukannya kaca.
Hasilnya, pada batch aku (batch 5), kami berada pada ranking no 1 SBP dan 3/4 daripada kami berjaya dapat tawaran belajar ke luar negara. Kalau diikutkan, sekarang SM Sains Seremban dah bertahan sehingga ke tahun ke 10. Dalam 10 tahun ni, SM Sains Seremban berjaya menjadi jaguh SBP iaitu berada kedudukan teratas ketegori SBP sehingga masa kini. SMS Seremban ini juga menjadi lubuk wartawan setiap kali keputusan SPM diumumkan.
Sekitar Minggu Penukaran Nama SM Sains Seremban
PENUKARAN FACEBOOK PROFILE PICTURE
*Sesetengah gambar diambil daripada blog musliha.
P/s: Terlalu banyak nak dikata tentang SM Sains Seremban kerana terlalu banyak memori...Apapun, SASER bukan hanya sekadar sebuah sekolah, ianya sebuah keluarga.
Posted in: 


29 Komen:
2nd batch saser , dammit aku xpuas hati
budak saser rupanya..
proud 2 b saserian!
thnkz bro for such meaningful post...
serius aku pagi nih menitiskn air mata jantan aku
sedih giler....mana dah 'rumah' aku...
nice bro..sdeyh kot..huhu..neway tarikh kt ats 2 pttnye 2011 kn? trkonpius ckit td..
overall best ar..sgt xstju pnukaran nma ni..
bila berlaku penukaran nama, siapa yg dapat nama ?
tapi biasa la tu bro, suara orang kecik cam kita kita ni mane diorang nak dengar..
thanx coz sudi post sumthing..sbg 1st batch kitorg pun x mmpu nk wt pape..masing2 blum establish lg..that's why suara kami kecil.. T_T
OIC.. x student SASER ke ni?? :)
Entri Terkini: Penjaga pelajar terkunci dalam toilet..Haru-biru...
Aku harap yang lain dapat jadikan benda ni satu pengajaran. Macam nilah sejarah akan dipadam. Dengan menukar nama kerana kepentingan peribadi. Cuba korang fikirkan, boleh tak benda ni berlaku ke Malaysia?
mantap bro..3rd batch..
thank u bro wt post cmni..sedih aku..pasni nk canang2 kt bdk2 name saser dh xboleh dh..sedih la sial..kamonlaaa...aku 3rd batch,mmg agak lame la kn dpt bangge ngn name SASER
dlu saser ni buruk je..xde sape amek kesah..first day aku masuk skola,blackout..cmpur ngn bberapa kali air xde..penah skali time bln pose,kitorg mandi merata2 1 skola..haha..ade yg mandi kt bengkel lama tu,ade yg mndi kt garaj bas,last2 cik bahar bg aku tumpang mandi kt umah die..senior aku 2nd batch mst ingt bnde2 ni..ade skali tu, mase 2005,hari sukan skola,TKC wt psembahan brass band kt padang skola, lepas je psembahan,kitorg sume pakat xmau tepuk tgn..cume cekgu je tepuk tgn..haha mase tu bangge lg dgn name SASER..skg ni name SASER dh hilang,seolah2 cm dh xde ape lg dh..kalo dgn cara tukar name ni wt skola kite lg gah,aku xtau la...... :'(
sebut mandi merata2..6batch pon sma....smpi makmal kimia pon leh mandi...wak2 pgi2 lak tue...tpi best gak emori 2...sedih bler dah ilang skola ni
agak ar...memang sedih.....Tapi bro saiful, aku penah dengar jugak cerita pasal brass band tu. Sebab tu agaknya bila pkbm laut buat lintas hormat untuk perarakan hari merdeka, tkc saja je tiup alat muziki tu kuat-kuat, taknak bagi kitaorang dengar apa yang MC tu cakap. Last-last semua hancur sebab tak dengar hukuman yang chief bagi...Hm....
nk wat cmne...benda nk jadi..pphl pun...kita tkde suara nk ckp pape..kalau ckp pun..dorg dgr ke? yg penting..skolah jgn pindah..tu je...
kenape perlu ditukar? tak faham, memang tak faham....
Ini semua sebab kerakusan orang tertentu nak dapatkan nama....Damn!
sayuu :(
heh...sekolah lama aku..kui, kui,kui..eh bukanlah..haha..dapat tawaran masa 2009 tapi tak g sebab ad probs sikit..haha..
tapi kan. nama baru dia kenapa tak sedap? urghh..
kamilah putera harapan...
hehe
errr....
baru perasan ade my FB. huhu
hehe.. :)
penukaran nama sains seremban kpd sains tuanku munawir bkan lah m'bawa sebarang masalah atau bala..bahkan sejak penukaran nama sains seremban,saser telah menang mcm2 prtndingan,contohnye johan caklempong kebangsaan sbp,ketiga kawad kaki KRS N9,kedua kawad kaki PKBM(L)N9,johan tarian SILAT RANDAI N9,ketiga kriket N9,johan golf N9,ketiga golf kebangsaan,gold medal inovasi&rekacipta antarabangsa n banyak lagy...SASER mampu buktikan pd jiran sbp kita yg kami bkan cemerlang dlm akademik tp turut kokurikulum..dan pd mase ni,aq dpt maklumat yg prestasi adik2 kita ni makin lame makin meningkat..batch 7 0.97,batch 8 0.89 n batch 9 lak??aq yakin mrk boleh beat record senior..whatever happens,kami masih satu keluarga n pertahankan kecemerlangan sekolah x kire lah name papepon,SASER is still SASER..kita berpegang je pd moto sekolah kite,"SASER NAMAMU TERATAS,TAKKAN SASER HILANG TAKHTANYA" kerana guru2 n student2 SASER masih berjuang utk skola..harap info ni dpt mengubah pndangan semua pihak especially kwn2 aq yg blaja d bwh nama sains seremban,kita masih satu keluarga yg akan berbakti n m'bantu SASER,insyaallah...
:)
SASER NAMAMU TERATAS,TAKKAN SASER HILANG TAKHTANYA.....HAHAHA,..aku ingt lagi, "TAKKAN SASER HILANG TAKHTANYA." budk batch aku yg reka...boy nick name dye,..budak lekir...kalo xsilap la..
Lekir hot to go!H.O.T.T.O.G.O AUM!!!is hot to go!!AUM!!is hot to go!!AUM!!is hot to GO........haha rndu lak sorak lekir,haha..
People...and students feel a belonging to their towns, villages, states.....not to a Sultan....
The spirit will wither...and SASER will die a natural death...sad but inevitable...
Post a Comment