Sifat Lelaki Yang Perempuan Suka

Hello hotties! Entri sebelum ni aku dah cerita tentang perkara yang dibenci gender masing-masing dan kali ni aku akan cerita tentang sifat lelaki yang diharapkan perempuan pulak. Jika entri sebelum ni dimulakan dengan kaum hawa, kali ni aku akan mulakan dengan kaum buah halkum pulak. Jadi, kalau nak mengurat awek, tak perlu nak habiskan duit beli hadiah itu ini, ada je sifat ni dah cukup untuk menarik perhatian si dia.





KEMAS DAN BERSIH
Ini faktor utama yang selalu ditengok perempuan sebab mata perempuan ni suka benda-benda yang perfect dan kemas gitu. Tak perlu buat pembedahan plastik untuk dapat wajah kacak seperti Anuar Zain, apa yang perlu korang buat ialah ambik berat tentang diri sendiri. Pastikan kalau keluar tu badan bau wangi bukan bau peluh kambing jantan. Muka tu pulak pastikan dibersihkan guna pencuci muka dan jangan lupa pelembap. Tak coollah kalau keluar dengan muka berminyak, kalau aku jumpa rasa macam nak perah buat minyak masak je...Baju tak payah nak skema sangat tuck in, yang penting kemas dan tak renyuk. Akan akan ulas sikit untuk ni entri akan datang. Rambut kenalah letak minyak rambut. Gigi pun penting, tak guna muka smart macam Aaron Aziz, sekali gigi kuning nak mampoih...


GENTLEMAN BUKAN GENTELMAN
Selepas dah smart, kenalah marketkan nilai-nilai macho tu.Tahukah korang bahawa lelaki berbadan besar lagi disukai perempuan sebab ciri-ciri gentleman diorang? Kalau nampak je orang tua buta nak lintas jalan, tolong dia lintas. Siapa tahu, kalau tak dapat si dia, sekali ada aweks lagi hot tengah pandang korang, tak rezeki namanya? Kalau ada perempuan nampak kusut ada masalah, pergi dekat dia dan dengan suara romeo kata, "Awak nampak macam ada masalah je?Ada pape boleh saya bantu?" Pergh... Konpem cair beb.. Kalau si dia menangis, bagilah tisu atau pinjamkan bahu korang. Pendek kata, korang kena tunjukkan yang korang ni boleh membuat si dia rasa dihargai.


FAHAM DIRI SI DIA
Benda ni yang ramai lelaki gagal dan punca banyak perhubungan terkucil ditengah jalan. Kebanyakan lelaki tak bersabar dalam cuba memahami diri si dia. Pendek kata, PENTINGKAN DIRI SENDIRI! Kalau si dia mintak jauhkan diri, jauhkan diri. Jangan terlalu mendesak si dia apatah lagi memaksa. Kalau dia nak kongsi masalah, biarkan dia habis cakap dulu, baru korang cakap. Ini tak, asal dia cakap je, kau pun nak cakap. Macam mana nak faham si dia kalau macam tu? 


PENYABAR DAN TENANG
Sifat ni banyak mainkan peranan. Kalau kena marah dengan lecturer atau berada dalam situasi sukar, korang kena sentiasa amalkan prinsip ni. Baru nampak korang ni orang yang cerdik pandai. Walaupun tak belajar tinggi mana, tapi dengan ada sifat ni dah cukup buat si gadis tertawan sebab diorang tahu yang korang ni guna kepala otak jugak untuk berfikir dan bukan guna kepala lutut. Kalau si dia marah atau apa yang dikatakan bertentangan dengan korang, sabar je. Lepas dua tiga nafas baru korang suarakan pendapat korang tapi dengan cara yang melukakan hati si dia . Cuba amalkan "win-win situation". Ops, sabar-sabar jugak, tenang-tenang jugak, tapi senyum jangan lupa, cuma senyum ikhlas, bukan senyum orang gila seks! Aset penting tu.


MATANG
Matang ni luas maknanya. Tapi yang sentiasa buat gadis-gadis kat luar sana tu tergila-gila ialah dah boleh bawak diri. Kiranya kalau campak kau sorang-sorang kat dalam hutan pun kau boleh hidup dengan buat keputusan sendiri. Kalau tak matang, perangai macam budak-budak, buat muka air liur meleleh, muka bodoh-bodoh je yang kononnya kiut, macam mana nak nampak keyakinan diri tuh! Memang ada masanya kena buat perangai kiut-miut, tapi bukan setiap masa yek..Jangan sampai dia kata, "diri sendiri tak pandai jaga nak jaga aku", Sudah~~~


PANDAI BUAT LAWAK
Last sekali pandai ambil hati si dia dengan buat lawak. Tak kisahlah belum kahwin ke, dah kahwin ke, benda ni akan membuatkan seseorang tu 'special'. Tak guna kalau muka hensem, tapi serius je. Kalau aku pun tak suka...Membosankan~~~Tapi nak buat lawak kena tengok-tengok jugak lawak macam mana. Jangan belum kau habis cerita lawak, kau dah gelak dulu sehingga buat si dia terpinga-pinga sudahlah yek..


P/s:Takat ni je untuk entri ni. Mungkin akan buat sambungan. Jadi bagi gegurl, kalau ada lagi sifat lelaki yang korang rasakan best, boleh tinggalkan kat komen k. Adios~~~

22 Komen:

Unknown said...

ya ya ya...itu memang kena ada dengan setiap lelaki.tapi jangan bila sudah baca entri ini,ada lelaki cuba tipu orang lain untuk jadi,gentleman,memahami,cool,pelwak atas niat yang salah..

qwert. said...

nicthx fr sharing ;p

Arpiiz said...

yang no-3 tu agak kurang setuju lah.. Sebab ramai member girl yang mintak kita jauhkan diri, tapi sebenarnya dorang nak kita ada dekat dengan dorang..

itu cuma pandangan aku saje..^^

Along Usop said...

pompuan ni kan suka dipuja dimanja...

tau tu je.. cukup.. =p

Aqilah Azmi said...

Betul sikit ;p

sitinurulaieen said...

hurm...sense of humor tuh yg penting tuh..

anyway...kalau dah dapat yang elok tuh..better fahami and terima..


betol tak ek?? haha~

Unknown said...

bleh amalkan ni. hahahaha

AVE said...

arpiiz-yang tu bukan maksud menjauhkan diri,cuma memberi contoh.so kalau perempuan rasa nak dekatkan diri, bolehlah dekatkan diri :)

AVE said...

along usop,yang manja memanja tu akan aku kupas lagi unutk bahagian menjaga hati si dia :)

hasrulwahid said...

baik pumya tips. LOL

pipoq said...

aku la tu yang tersebut kat atas semua ni..hehehehe

hawiz said...

hehe.....@_@

ku izzati said...

ske yg caring..tp bukan king control..

wanacesh said...

nak tmbh satu,,,suka lelaki tnjukkan sifat cemburunya tnda dia sayang,,tpi bukan cemburu buta ok,,sikit2 nk marh,,maksud kter,,tny lmbut2,somel2,,
lelaki sekrg kurang rsa cmburu mklumlh der spare part,,slalu pompuan yg lebih2,,hm,,mk

watak kaku jadi bintang filem

toyolkiut said...

ye, semua yg tersenarai adalah betul..
AVE jngn lupa senarai ini juga nnti ye..
wanita x suka lelaki kedekut dan poket kosong ok??
hehe..

AVE said...

hehe.orait.tapi tu dah masuk bahagian pakwe idaman k :)

S.3.V.3.N said...

hehe..menarik betul la entri nih. bru tau. mcm tu ciri2 lelaki idaman wanita ye. hehe.

Anonymous said...

Nice sharing! mekasih!

Aqim said...

sya nk tnya.....klu prmpuan mnta kte jauhkn slama bberap bln ats sbab nk fokus pada study mcmne 2.......klu sminggu 2 mnggu xpe lar.....nie 4 5 bln......lme kot......apa yg prlu wat.....xkn nk wat xtw kut......rndu kut........mnta pendapat korng sume.......

Anonymous said...

Yeke pmpuan suke balak yang wangi n kemas?tapi aku tengok ramai pmpuan2 terutama mlayu dok tergila2kan mat2 bangla dan nepal..sedangkan bau badan mat2 bangla n nepal mngalahkan kambing jantan..kerja lak kontrak dan tukang sapu..pmpuan mlayu yang tergila2kan dorg cun2 n kerja bgus2 lak tuu..yang dah kawin n yang belum kawin sama naik aku tengok..kalau lelaki mlayu tegur @ bagi salam kat dorg,dorg leh wat bodo je siap tarik muka..tapi kalau mat bangla n nepal yang tegur dorg,sampai ke telinga dorg senyum..siap dok jeling2 manja lagi kat mat2 bangla n nepal walau mat bangla veteran...ni bukan rekaan tapi mmg terjadi sekarang..sekian

Jai said...

erm bagus gak.. tapi Gigi kapak saya patah pasal eksiden..so kena cancel la blind date minggu depan.. mesti awek tu tak suka pasal gigi saya patah.. nak kata kuning tu tak la.. muka da kasi berus kaw2 nya.. rambut pun dah letak minyak.. ermm spoil lak gigi.. :)

AQu FiKry said...

nice entry.heheh.tegelak aku baca ayat ko.. haha.btw nice tips