Berperang Dengan Setan- Hari Ketiga, Hari Kemuncak

Pagi jumaat...Mendung je hari tu. Peristiwa malam semalam masih bermain difikiran aku. Aku tertanya-tanya...Apa maksud benda tu yang Kak S kuat? Dia pun ada ada bela ke? Kalau bela, jin ke setan? Islam ke kafir? Tapi hari ni aku ada misi yang perlu aku, suami Cik A dan Iwan kena selesaikan. Kak S semalam pesan suruh pergi ke pejabat Cik A ambil barang yang dipuja oleh si pembuat tu. Jadi pukul 8.30 pagi, lepas kami bersarapan kat rumah nenek, kami pergi menaiki wira putih suami cik A, yang aku gelar sebagai maman (bahawa jawa bagi pakcik).

Yang tinggal kat rumah nenek jaga Cik A hanyalah kaum perempuan yang terdiri hanya mak sedera aku, mak long dan mak aku kecuali bapak Cik A saja yang tinggal di situ. Kerana dalam fikiran kami semua 'benda' tu dah tak rasuk lagi. Pukul sembilan aku tiba kat pejabat Cik A. Abang Y yang turut terkena tempias perbuatan tersebut sudah menunggu kami. Dia juga sudah dimuntahkan oleh Kak S semalam. Kalau ikutkan hati Kak S, mau saja si pelaku tu merana, tapi disebabkan ada bayi didalam perutnya, jadi terpaksalah pilih cara yang lebih sukar.Abang Y yang akan ambil barang tu. kami tunggu saja diluar. kami memang fikir masalah akan habis kat sini, pasti dia akan bagi barang tu kepada kami sebab setan dia dah janji semalam. Tapi malang, memang benar apa, kata-kata setan tak boleh dipercayai. Dia berpura-pura tak tahu. Jadi kami lepak kat warung sambil rancang macam mana nak rampas. 

Kami rancang nak ambil barang tu waktu makan. Sebab biasanya si pelaku akan tinggalkan handbagnya di pejabat. Jadi sementara tunggu waktu, kami berborak macam-macam. Lebih kurang pukul 10.30 pagi, aku dapat call daripada mak aku. Dia kata Cik A dan bapak Cik A dah kena rasuk sehinggakan bersilat. Jadi kami terpaksa balik dengan segera sebab tiada orang lelaki di rumah. Jadi Abang Y terpaksa ambil barang tu sorang-sorang. Dalam perjalanan, iwan sempat bagi aku ayat pendinding. Begini bunyinye:

"Bismillahillazi layadurru ma'asmih syai'uu fill'ardi walafissamaiwahuwassami ul alim "

Sampai kat rumah, suasana memang dah bising, Cik A menjerit Allahuakbar. Budak-budak kecik yang lain semua dah pergi rumah aku. Aku masuk kedalam rumah nenek, tengok Cik A sedang bersilat dengan bapak dia. Aku dah pelik, tak tahu siapa yang kena rasuk. Rupanya bapak Cik A yang kena rasuk. Sebab dia cuba bantu Cik A. Seketika kemudian, benda tu berjaya dikeluarkan. Kemudian mak iwan berikan satu kertas kat aku. Rupanya itu list saka-saka yang berada dalam badan Cik A yang diucapkan ketika separa sedar.Dalam turutan:

-Hantu Raya(Dibuang malam pertama)
-Saka Buaya Bujang senang (dibuang malam kedua)
-Saka Ular
-Saka Harimau
-Saka Ungka
-Saka Biawak
-Saka Monyet
-Saka Buaya
-Saka Ular Betapa
-Saka Naga
-Semangat 'benda tu' (maaf aku tak boleh cakap benda apa)

Untuk pengetahuan korang, benda-benda ni hanya mengamuk (Cik A dirasuk) apabila azan dilaungkan. Aku pun tak faham kenapa. Dia boleh tahan lagi dengan ayat qursi, yasin, ayat seribu dinar, tapi kalau azan memang dia tak boleh tahan, pasti akan keluar punya. Jadi apabila aku sampai kat rumah nenek, saka buaya telah dibuang. Jadi aku bantu makcik aku buang saka ular betapa, saka naga dan semangat 'benda tu'. Saka-saka otai ni...Apsal aku pulak yang kena galas tanggungjawab ni...Memula tu menolak jugak, tapi apa boleh buat, kalau bukan aku, sapa lagi nak tolong. 

Pergh, aku baru buang satu saka dah penat. Penat dia lain macamlah, penat dalam. Penat batin...Habis je buang saka naga, otak aku dah biol pening dah. Tapi kami kena stop dulu, sebab nak pergi sembahyang jumaat dulu. Lepas sembahyang jumaat, bapak Cik A balik. Jadi kami teruskan tanpa dia, buang benda yang terakhir, Semangat 'benda'! Aku buat benda sama, sesah badan makcik aku tu guna kayu terap sambil jerit Allahuakbar. Habis benda tu,  semua berehat. Takut Cik A dirasuk lagi, semua berjaga-jaga, duduk berhampiran Cik A. Mata ni kadang-kadang pandang jugak Cik A, takut-takut kalau diam-diam dia keluarkan mata setan dia. Duduk punya duduk, mata nak terlelap. Aku dah tak boleh tahan...Badan aku dah gila-gila penat.

Aku balik rumah tidur. Petang tu aku balik Johor, Batu Pahat. Sedara aku kahwin..Dalam hati aku terfikir je, 'Cik A dah ok ke?'.  Nak tau dah ok ke tak? Tunggu...Panjang sangat dah ni...

3 Komen:

Mawar Berduri said...

ade sambungan lagi? betul2.. kalau nak buang benda tu.. penat dia lain macam..

pergh.. aku rasa akulah reader utama kau untuk entri rasuk merasuk nie.. hehe..

AVE said...

ada sikit lagi, tapi dah biasa2 dah :)

vampire's lovex said...

saka.