Teringat zaman sekolah rendah aku. Waktu itu darjah enam. Aku memang minat gila seorang awek ni, muka dia soooo sweet! Tapi dia syok kat budak lain. Jadi, taknak rasa kecewa, aku tulis jelah surat cinta kat dia, biasalah cinta babun.. Lepas tu dia balas, dia kata jantan tu sebenarnya SS. Puas aku fikir apa bendalah SS tu. Siap search internet lagi. Semua tak tahu. Last-last aku hantar balik surat kat dia tanya, 'apa itu SS?'. Rupa-rupanya syok sendiri. Wadehek sungguh!
Aku pernah banyak kali alami situasi macam ni, maksud aku situasi dimana aku diganggu oleh orang SS. Ya, aku faham perasaan itu. Perasaan tiadanya persefahaman atau 'chemistry' antara kita dan dia. Bukan kerana kita terlalu sombong untuk menerima cinta itu, tetapi kerana mungkin situasi waktu itu tidak mengizinkan dan mungkin juga kerana dia bukan jenis yang kita cari. Atau mungkin juga kerana bentuk fizikal mahupun sifat dan perangai dia yang terlalu kebudak-budakkan.
Perangai kebudak-budakkan? Macam mana ea? Contohnya, kalau lelaki kita boleh tengok, kalau kat depan perempuan, dia akan mulalah tunjuk kuat atau cakap besar dan bagi yang perempuan, dia akan terlalu geeeedikkkkkssss.. Oh my god....Save our soul..... Memang kalau ikutkan hati, nak saja terus terang tanpa fikirkan perasaan dia, tapi kita orang melayu. Ops, kalau tak suka perkataan melayu, kita ini orang timur, yang masih ada nilai sopan santun. Rasanya tak perlulah terikut-ikut dengan perangai orang barat. Bukan saja tidak menunjukkan kesopanan, malahan mungkin juga anda akan dicop sebagai sombong dan sebagainya. Jadi, kita perlu cuba taktik halussss untuk buat dia menjauhkan diri.
- Beli atau pinjam cincin kemudian katakan pada dia anda telah bertunang. Kalau dia tak percaya, panggil pelakon tambahan anda.
- Tukar status fb anda daripada 'open relationship' kepada ' in relationship ever after' dengan pelakon tambahan.
- Buat-buat sibuk dan elak daripada bertegur sapa apatah lagi berjumpa dengan dia.
- Jangan balas sms dia apatah lagi angkat call dia. Kalau taknak biarkan dia call je, suruh bapak anda angkat kemudian katalah itu nombor baru dia beli.
- Call dia kemudian berpura-pura sedih mengadu anda mandul/ ada penyakit kelamin 7 keturunan..
- Berpura-pura gila atau cakap benda yang tak masuk akal pada dia. Anda tengok berapa jauh dia percayakan anda. Ceritalah semerepek yang boleh sehingga ke bulan.
- Tunjukkan muka kerek anda kat dia.
- Fahami jenis-jenis pasangan yang dia benci. Kemudian jadilah orang yang dibenci itu.
- Perkenalkan dia kepada kawan anda yang lebih kacak/ cantik.
- Tak jalan jugak? Biar masa yang lakukannya. Bak kata mak aku, biarkan aja, jangan dilayan dia tu. lama-lama bila dah bosan, pergilah dia...


Posted in: 


7 Komen:
kite slalu buat yg no 1 and 9 ..hihii
haha..kawan yang jadi mangsa plak :)
selalu buat no.4 tu. tapi no.5 tu klakor la. haha ;)
Muka Cantik Tak Guna Kalau Tak Kahwin
Kisah Aku Dan Beruk
hihihi.. SS mmg bahaya klu mereka over.. btw, teknik2 tu, byk gak membantu.. :)
:P
selalu hadapi situasi ss ni n slalu wat bnd yg sama n mjadi.. :P
idea2 anda sgt bernas! thanks a lot yaa~ ^.~
Post a Comment