Pukul 6.30 pagi khamis. Bangun, bersihkan diri, sembahyang..Lepas subuh, macam biasa aku tak tidur. Aku bukak laptop aku, sambung buat projek website aku yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Cik A pun dah pergi kerja macam biasa. Masuk tengahhari, aku dapat berita bahawa Cik A dirasuk lagi kat pejabat. Aku tak tahu nak buat apa, jadi aku tunggu jelah sampai Cik A balik kerja.
Pukul 6 petang, aku keluar rumah, pergi belakang rumah nenek. Tengok sedara aku yang lain tengah membakar sisa-sisa pokok pisang semalam yang masih belum terbakar. Kayu papan dilonggokkan, lepas tu dibakar. Sedara aku yang masih kecik ni boleh pulak cari tokek kat celah-celah papan yang disusun. Aku pun apa lagi, menyibuk jugaklah. Tokek mahal der....
Pukul 6.30 petang, 2 orang lelaki, officemate Cik A datang menaiki waja.. Diorang pun terkena jugak, tapi tak seteruk Cik A sebab memang Cik A yang di'target'. Cik A keluar ke muka pintu menjenguk, waktu tu benda tu masih belum datang. 'Mungkin maghrib nanti datanglah tu...'gerak hati aku berkata. Tiba-tiba kawan Iwan datang kat hadapan rumah nenek. Mungkin bagi sesuatu untuk pulih Cik A. Serta merta dengar suami Cik A kata, 'dah datang dah..dah datang dah...'. Rupanya benda tu boleh kesan daripada jauh sekiranya sesuatu yang berniat baik datang. Lepas pandang dengan mata membunuhnya sambil ditahan suaminya, terus pengsan.
Semua mula masuk kedalam rumah sambil membacakan ayat-ayat yang sepatutnya. Dan seorang lagi kawan Cik A datang. Dia bukanlah beragama Islam, tetapi Kristian. Menjelang maghrib, semua solat berjemaah di rumah nenek dan selepas itu membaca surah yasin termasuk Cik A. Ketika membaca surah yasin, pada awalnya Cik A nampak biasa. Tetapi, 'Cik A' menunjukkan dirinya yang sebenar pada 10 ayat terakhir. Rupanya aku difahamkan memang setan/ jin ni tak akan mampu menghabiskan bacaan yasin. Ketika itu keluar Cik A juga sudah sampai dari Tampin.
Ikhtiar punya ikhtiar, kami akhirnya bersetuju membawa Cik A ke rumah Kak S. Aku pergi naik kereta wira putih Iwan pergi ke rumah Kak S. Sampai saja ke halaman rumah Kak S, Cik A dah dirasuk. Sempat lagi berpura-pura manja dengan suaminya, 'Abang, kita nak pergi mana ni bang~~~'. Suaminya senyap saja. Sampai di muka pintu Kak S, Cik A enggan masuk tanda takut. Kak S tak cakap banyak menepuk kuat belakang Cik A lepas tu dengan suara kuat, menyuruh Cik A duduk. Memang gengster Kak S ni, pantang setan tu tunjuk kuat je habis disesah badannya.
Antara perbualan yang aku ingat ialah:
"Kau kenal aku tak?!!" Kak S
"Kenal" setan
"Sapa aku?!!" Kak S
"Kak S.."Setan
"Kak S sapa?!!!"Kak S
"Kak S orang kuat.."Setan
Lepas tu Kak S paksa 'Cik A' muntahkan balik segala makanan yang telah menjadi zat dalam badannya. Suami cik A turut teman. Aku tanya suami dia, katanya ada jugak darah. Lepas tu mak iwan datang bawak kayu terap. Hampasnya dibuat tali dan dililit di pinggang. Cik A disuruh membaca 'Laillahhaillallah'. Sambil baca, matanya memandang tajam Kak S. Ternyata itu bukan matanya. Kemudian Kak S paksa benda tu keluar daripada tubuh Cik A dan jangan kembali. Seperti hari sebelumnya, benda itu keluar dalam keadaan meniarap dan mulutnya ternganga sambil menggeletar kerana roh berpisah dengan jasad.Selepas keluar, Kak S bagitahu bahawa itu adalah saka buaya bujang senang. Pukul 111.30 malam, kami pulang.
Keesokkan harinya, adalah hari kemuncak...Bersambung..
Posted in: 


7 Komen:
sambung lagiiiii... i'll wait.. pergh... terasa debaran kemuncak plak..
me alsoooo pollowwwww... x sabar nk tahu kemuncakkk..
actually banyak benda nak cerita, tapi panjang sangat nanti..
takpe.. tulis jew.. kami tolong bacakan..betul tak ini diary saye?
betul2.haha
bro sambung bro....
benda ni penah jadi kat ostel aku awal tahun baru baru ni
cerita dekat org, org mesti tk nak caya
kita yang alami jer tau
subhanaALLAH
lama aku tk datang blog ni :)
Post a Comment