Entri Khas: Jauh Di Mata, Dekat Di Hati. Terima kasih Ibu..Ayah..

Aku ingat lagi tarikh itu, 27 oktober 2010. Setelah setahun aku meninggalkan dunia blog, aku kembali menulis blog tetapi dengan niat yang berbeza.. Sekiranya dulu aku menulis hanya kerana untuk mengurat si dia, kini aku menulis untuk cuba membahagiakan orang lain. Biar blog ini tidak megah seperti blog-blog yang lain, tetapi cukuplah ilmu itu disampaikan walaupun hanya kepada seorang insan, kerana ilmu itu pahala.

Aku tak tahu masih adakah yang ingat mengenai perkara ini, tetapi dulu aku ada buat satu video bertajuk ERTI CINTA. Semuanya ada 7 part. Ya, aku tipu bahawa aku katakan itu bukan kisah aku. Itu adalah kisah aku dan dia tetapi aku telah ubah skrip cerita tu. Kura-kura betina itu melambangkan awek aku dan kura-kura jantan itu melambangkan aku. Tetapi skrip di akhir itu adalah bapa dia.
Dalam cerita itu aku katakan sang kura jantan tu terselamat daripada kanser. Maaf, aku hanya ingin memberi harapan kepada mereka yang menonton, supaya terus berjuang untuk hidupnya.. Aku juga berharap supaya awek aku terus berfikiran positif bahawa setiap penyakit itu ada penawarnya. Aku taknak dia terus bersedih.. Sebab itu selepas entri video erti cinta, aku teruskan dengan beberapa komik turtie. Untuk buat si dia tersenyum lagi.

Jadi hari ini, 26/6/2011 jam 6 petang, aku telah dikhabarnya perginya bapa si dia...Setelah beberapa bulan melawan kanser itu, arwah pergi juga. Aku sempat jumpa dia sekali saja dan pertemuan itu amat bermakna sebab perbualan itu hanya antara aku dan arwah. Banyak yang kami bualkan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Insyaallah, ketika anda membaca entri ini, aku berangkat menziarahi kubur bapanya.

Kadang-kala aku sangat-sangat benci dengan apa yang aku rasa. Aku terlalu mudah untuk membaca hati seseorang sehinggakan aku mampu untuk rasa apa yang dirasanya. Tapi aku sedar, ada hikmahnya aku diberi kebolehan ini.. Mungkin untuk membantu orang lain..
Jadi, apa yang aku cuba sampaikan disini ialah, tak kira siapa kita, hina atau mulianya diri kita, kaya atau miskin, lelaki mahupun perempuan, selagi kita hidup, kita perlu berjuang sehingga ke akhir nyawa, untuk hidup kita. Biarpun orang terus menikam kita daripada belakang, biarpun orang lain benci kita, jangan pernah putus asa dalam hidup. Ada saja orang disekeliling anda yang sentiasa sayang dan ingat anda. Dan sudah pasti ada saja yang akan tangisi permergian anda suatu hari nanti.

Ingat, selagi insan yang kita sayang masih hidup, jangan sesekali benci mereka apatah lagi mengabaikan mereka. Kerana kelak anda akan menangis dan terus menangis akibat kesilapan anda sendiri. Perginya seseorang itu bukan tanda berakhirnya legasi dia, tetapi ia merupakan suatu permulaan. Permulaan di mana anda perlu teruskan apa yang diimpikan selama ini. Sudah tentu iaitu mengharapkan anda menjadi anak yang soleh....

Jadilah anak yang soleh dan solehah.. Sekiranya mereka sudah tiada lagi di dunia, doakanlah kesejahteraan mereka di akhirat.. Jangan putuskan doa anda terhadap mereka di bibir anda setiap kali anda berdoa. Bagi yang masih ada kedua ibu bapa pula, jangan malu untuk meminta maaf sekiranya anda membuat salah.. Buatlah mereka bangga, nescaya anda akan senang didunia dan akhirat. Tidak guna sembahyang seribu tahun, sekiranya ibu dan bapa masih kita abaikan..

Akhir kata, sedar diri kita, sedar siapa kita..Bahagiakan dulu kedua orang tua anda sebelum anda bahagiakan pasangan anda...
P/S: Baru aku sedar...Bapa dia meninggal pada ulang tahun kami.... T-T

5 Komen:

Misssurvivor said...

Aku tak paham cerita semuanya sebab aku x ikut semua kisah sebb aku pon blogger baru, tapi yang aku nk bagitau, kesabaran kita pasti ada balasnya, Kebahagiaan itu ada di hujung jalan.. bersabarlah.. =)

vampire's lovex said...

yep,betol..bahagiakan mak ayah dulu,baru bahagia kan pkwe ke makwe...

lepas tu baru rasa nikmat nye dapat bahgia kan org lain

AVE said...

Thanks kawan2.. :)

SheyPull said...

erm.....menarik..:)
gunakan kelebihan itu dengan betul k..:)



follow..:)


JOM singgah blog saya nak...Benci r aku dokter tu...ubat? lagi la

aniki said...

TERBAIK bro....aku tabik monoshock ngan ko..