Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku senyap akhir-akhir ni kan? Baru-baru ni sesuatu telah berlaku kepada orang yang rapat dengan aku, jadi akan aku ceritakan semua yang berlaku. Bagi sesiapa yang rasa takut tak boleh tidur malam, adalah lebih baik tak baca entri ini. Aku hanya menceritakan apa yang berlaku, terpulang untuk anda percaya atau tidak.
![]() |
| Ini rumah aku. Nampak rumah sebelah tu? Itu rumah nenek aku.Tempat kejadian berlaku... |
HARI 1
Rabu, 8/6/2011. Jam tangan aku menunjukkan pukul 7 ketika aku dan ayah aku sampai di rumah. Motor Suzuki Smash 110cc warna merah aku, aku letak bawah rumah nenek aku. Biasalah rumah kampung, mesti ada tempat parking motor. Ops, terlupa nak bagitahu. Aku tinggal dengan saudara- mara aku. Kiri kanan semuanya saudara aku. Jadi sebelah rumah aku ni rumah nenek aku. Sewaktu aku dengan bapa aku bukak saja kasut diluar rumah, saat itu azan masjid tidak jauh daripada rumah aku berkumandang. Waktu itu juga tiba-tiba terdengar suara jeritan.
'ARRRRRGHHHHHHHHHH'
Aku ingat nenek aku yang menjerit. Tapi takkanlah nenek nak menjerit maghrib-maghrib pulakkan. Mungkin anak buah aku kot. Maklumlah cuti sekolah. Tapi apabila aku tengok suasana dalam rumah nenek daripada luar, aku nampak makcik aku terbaring menjerit. Aku mula-mula ingat kena rasuk. Biasalah, kadang-kadang terkacau tempat dia. Sebab aku komander kembara, banyak bermain dengan alam, jadi tahu serba sedikit tentang makhluk alam ghaib ni...
Aku masuk rumah dulu mandi, sembahyang maghrib, lepas tu pergi rumah nenek. Tengok cik A (nama terpaksa dirahsiakan) memang dah kena rasuk. Aku masuk je dia pandang tajam. Dia punya pandangan tu, memang bergetar jantung. Tak berkelip dan tak lari pandangannya. Adik aku yang pandang mata dia pun dah mula menangis. Lepas tu cik A dah mula sedar balik, tapi tak lama. Sekejap kena, sekejap tak. Mula-mula tu cuak jugak, tapi apabila fikir-fikir balik, dia lagi hina daripada manusia, jadi aku pun beranikan diri. Aku duduk sebelah dia, baca ayat qursi, surah al-baqarah dengan yasin. Tengah baca-baca, sekali cik A pusing cepat-cepat lepas tu pandang aku dengan mata dia sambil tangan dia cuba menolak-nolak aku...Dalam hati aku dah bersumpah dah..
"Cilake punya setan..Terkejut aku..."
Lepas habis baca, aku tolong Pak Teh aku dengan makcik aku dan saudara aku yang lain pegang Cik A sementara suami Cik A 'grip' leher dia. Ada masanya terhentak-hentak bahu dan peha, macam india menari. Sekali bila ditanya memang india.. Cuba ditanya siapa buat, tak menjawab. Tapi yang pasti memang ada orang buat. Dalam hati aku memang terkejut. Aku percaya alam ghaib ni, tapi aku tak pernah terfikir ada lagi dalam dunia moden ni orang guna ilmu hitam.
'Cik A' memang tunggu Iwan. Dia nak cabar Iwan sebab dia tahu Iwan ada masuk dalam pejabat Cik A cari barang guna-guna. Pukul 8.30 malam Iwan datang. 'Cik A' makin agresif, mendengus seperti binatang. Rupanya memang Iwan kuat. Dia boleh lawan 'benda' tu. Aku pun pelik mana dia belajar. Tanya punya tanya, rupanya hantu raya yang masuk dalam badan dia. Semua benda ditanya dan akhirnya tahu siapa yang buat dan kenapa. Adakalanya benda tu boleh pulak main-main kening dengan aku...Cilake....
Pukul 10 malam. Benda tu dibagi pilihan nak masuk dalam telur ataupun keluar. Paksa punya paksa akhirnya dia keluar. Cara dia keluar tu macam buaya. Baring menelentang sambil mulut ternganga menghadap pintu yang dibuka. Dengan mulut yang dibuka seluas mungkin, 'Cik A' menjerit sekuat-kuatnya dengan kaki nya menghentak-hentak lantai. Seolah-olah orang nazak yang sedang dalam kesakitan apabila roh cuba dipisahkan daripada jasad.. Akhirnya 'dia' keluar. Lepas tu Cik A dapat rasa dia melekat kat pokok pisang belakang rumah nenek. malam tu jugak pokok pisang tu dibakar. Buah pisangnya digoreng buat makan dengan sambal kicap *Ok, ini tipu*. Selepas tu tunggu Ustaz Yusof datang untuk pulihkan Cik A.
Aku ingat benda ni berakhir kat sini.. Rupanya ini baru saja permulaannya....Bersambung...

Posted in: 


6 Komen:
dulu kat hostel selalu gak ade benda2 macam ni.
seram giler, kalau tak kuat jangan pi tengok, t tak pasal terkena pulak =,="
new entry : 2nd Syazana Segmen - Cari Cayote Menyorok
uish.
kalau benda2 cmni jadi memang pening.
rasa tak tenang je.
penah jd dlm family kejadian2 cmni.
bykkn sabar jela.
perghhh... excited da aku baca nie... bila nak sambung nie?
pergh layan siot...berpeluh2 aku baca...
p/s - patutlah berpeluh...lupa on kipas...hehe...
sempat lagi nak buat goreng pisang tu..ahahaha..
Orang yang kena rasuk tu penat gila kut.Nak keluarkan benda tu memang macam nak pisahkan nyawa dari jasad.Hihi
*pengalaman sendri nak keluaqkan 5 ekoq dari badan akibat dihantar orang.Hadoi rasa nak mati saat tu jugaa.=0
Post a Comment