Belajar Luar Negara atau Dalam Negara? Mana Lebih Baik?


Petang ni, 12.2.2011, kawan baik saya sejak sekolah menengah akan terbang ke New Zealand untuk sambung pelajaran dalam kos medik. Bebudak batch saya pun ramai je dah terbang pergi luar negara (saya bersekolah di SM Sains Seremban, sekarang dipanggil SM Sains Tuanku Munawir, ranking SBP no 1 waktu zaman saya.). Tinggallah saya dengan berapa kerat member lain belajar kat Malaysia ni. Walaupun dulu saya pun pernah dapat offer pergi Mesir untuk dentist, tapi sebab saya tau akan berlaku konspirasi tunjuk perasaan nak jatuhkan Husni Mubarak, jadi saya tak poielah..Eceh... Cover baik...




Jadi saya terfikir, mesti ada yang dalam dilema lebih-lebih lagi budak-budak lepasan SPM, mesti teragak-agak nak belajar luar negara ke tak nak? Bagi saya, tepuk dada tanya selera ni haa... Sebab kedua-dua tempat ni masing-masing ada kelebihan sendiri. Ada buruk dan baiknya. Siapa kata belajar dalam negara takde 'class'? Meh sini saya starlight kepala dia. Sedangkan pelajar asing sendiri berlumba-lumba nak belajar kat Malaysia, kita kat Malaysia ni pulak boleh kata belajar kat Malaysia ni takde 'class'. Eh, apsal kita? Koranglah.Haha..



Kebaikan belajar luar negara yang biasa didengar kat televisyen bila wartawan interview bebudak luar negara ni,  mesti diorang akan jawab:

"Apabila kami menyambung pelajaran ke luar negara, kami akan dapat belajar budaya negara lain."



Memang tak dinafikan itu antara perkara utama yang anda akan dapat apabila belajar luar negara. Tetapi ramai yang tak sedar dengan belajar kat luar negara jugaklah anda dapat menyebarkan dan mengharumkan nama Malaysia disamping memperkenalkan budaya Malaysia kepada masyarakat antarabangsa disamping menguatkan jati diri ni ha...


Sebagai contoh, jika sebelum ni, tahun 80an, 90an apabila tanya kat mana Malaysia dalam dunia pada mat saleh hidung mancung, mesti dia akan jawab:

"Ooo..Malaysia ko? Den ghasonyo, dokek-dokek Singapore jugak ..Betoi ko jang?"

Mesti dia akan sebut Singapura. Tapi syukur, disebabkan Tun Dr. Mahathir bina menara Petronaslah, Malaysia semakin dikenali. Sekarang tanya Malaysia kat mana pun orang dah tau. Jadi, dengan cara hantar pelajar ke luar negara jugaklah, Malaysia akan dipandang tinggi. Belajar luar negara jugak akan tambahkan bilangan kawan dalam facebook anda dan membaiki bahasa inggeris anda sebab paling-paling cikai pun mesti anda kena cakap bahasa inggeris jugak. Melainkan cara anda belajar disana, lepas habis kelas, terus balik bilik. Itu jelah jadual untuk 4 tahun disana.





Tetapi, apabila belajar luar negara, anda kena lebih berdikari dan kena pandai-pandai jaga diri. Kat sana tak ada sesiapa nak jaga anda lagi dah. Kalau duit habis, kenalah kerja, tak kerja takdelah duit nak bayar tiket kapal terbang balik Malaysia nanti.





Bagi yang menyambung pelajaran dalam negara, tak bermakna anda takde 'class'. Saya ambil contoh mudah, pelajar medik yang belajar kat Malaysia dapat tahu dengan penyakit-penyakit yang biasa menular kat Malaysia berbanding dengan pelajar luar negara yang belajar dengan penyakit  di negara lain yang iklimnya berbeza dengan Malaysia. Jadi, ada sesetengah ilmu yang diajar hanya sesuai digunakan bila di luar negara.Ops...Tapi itu tak bermakna itu ilmu tak berguna. Selagi ianya dipanggil ilmu, semuanya berguna sebab ilmu itu cahaya. Cuma ilmu yang dibelajar tu ilmu pengetahuan lebih la kiranya.




Selain tu, kalau anda belajar dalam negara, anda akan dapat menjimatkan masa belajar anda dan akan bekerja ataupun dapat master dan phd lebih cepat berbanding yang belajar luar negara. Sebab anda tak payah nak buat persediaan selama setahun dua, lepas tu baru terbang. Tapi, belajar dalam negara pun akan menyebabkan anda tak berfikir luar kotak dan kurang berdaya saing. Sebab anda masih mengharapkan lecturer anda makan suapkan anda saja berbanding kalau belajar kat negara macam Jepun ataupun Korea.





Kesimpulannya, tak kisahlah anda nak belajar kat mana-mana pun, selagi anda ada rasa nak belajar, anda patut rasa berbangga dengan diri sendiri. Proses pembelajaran tak akan pernah berhenti walaupun anda nak mati. Apa yang penting, belajar dan terus belajar. Tak guna kalau bulan ni dapat masuk U, bulan depan kena buang sebab ponteng kelas je memanjang.

P/s:  2012, saya yang belajar di Malaysia telah pun menjadi seorang jurutera mekanikal, sedangkan kawan yang belajar diluar negara dalam medic, best woo pegang duit banyak-banyak.haha

13 Komen:

dean said...

2010 or 2011..mean thun lps yer?

pipoq said...

hehehe..tesilap tahun tu..

kekadang tu ada yang pegi luar negara sebab kekonon cam nak blagak sket la..padahal kalo blaja kat dalam negara pun takde cacat cela pun..

AVE said...

haha.sorie2.tersilap thu :p

hawiz said...

betol tu..aku pon penah dpt offer biasiswa oley kementerian pgjian tinggi blajar kt united kingdom thn lepas untuk engineering....tp aku tolak sbb femili xbg..huhu...dlm ngara pon best per..boley dpt 1st class dgree gak..hihi..kann..

AVE said...

@hawizada hikmahnya tu..:c

kakyongnida said...

belajar kat mana2 pon sama ja kot asalkan niat ikhlas nak menuntut ilmu,, ;)

♔ alice charlotte ♔ said...

ilmu ada kt mna2..
bezanya, dmana ilmu itu dperoleh..
^__^

mila said...

xkisah la belaja kat mane2 pon.yg penting result tu mesti cun.hehe

SyahmiFikri said...

wut i can say..

malaysia is da best!!

sorry to say.. oversea mmg best.. leh jalan2 tgok negara len..

tapi bnyak yg mengelupur nak survive kat sana beb!!

Unknown said...

ramai jgk kwn kat oversea,sarawak pon dikira oversea jugak an..an? :t ala,blaja mane2 pun same yang penting keikhlasan kita.Ilmu bi la amal,kashsyajarah bi la thamar (ilmu tanpa amal umpama pohon tanpa buah ). selamat beramal ^.^

mira_nas said...

betul tu.. tak kisah la kat mana pun asalkan belajar dan tahu jaga diri

Salfiza said...

setuju2...
belajar kt mana pun sama je...
yg beza adalah budaya dan bahasa
kalo dpt blaja kt negara lain tu satu kelebihan sbb kita dpt blaja bhasa asing skali gus menguasai bahasa dorang...
yg penting blajar kt mne2 pun kena betulkan niat...
ilmu tu cahaya dari Tuhan...kalo hati kotor n gelap cmane nk dpt ilmu...^_____^

Black said...

entri ni amat bermanfaat untuk saya ! haha :)

*copy isi ye . hehe :D