Kenapa trafik dan follower blog korang sikit?

Sebelum ni ada blogger yang bertanya kepada aku, kenapa kurang follower kat blog mereka. Jawapan aku senang je. Sebab kurang orang yang datang ke blog mereka.Tapi follower blog ramai best ke?Buat apa nak follower ramai kalau trafik boleh datang mencanak dengan FreeViral?


Hipotesis: Semakin kurang orang yang datang ke blog, semakin kurang orang yang click pada nuffnang dan butang follow, semakin serabut kepala.

Biasanya perkara macam ini akan berlaku kepada mereka yang masih baru dalam dunia blog. Yang dah lama tak ada masalah lagi sebab blogger dah kenal mereka.Tapi tak apa, aku akan cuba rungkai masalah korang. Nak tahu jawapan kepada persoalan diatas? Ini jawapannya...


  • Korang punya blog blog copy paste. Asal jalan nampak blogger ni punya entri best je, mesti copy paste.
  • Korang tak blogwalking atau dalam erti kata lain, korang tak melawat blog orang lain. Korang mengharapkan orang lain nak datang blog korang, tapi korang sendiri tak melawat, macam mana blog nak ada pelawat? Seperti apa yang pernah aku cerita sebelum ini.Kalau otai blogger tak apalah, sebab mereka pun dah pernah rasa apa yang korang kena rasa sekarang.
  • Korang letak lagu dalam blog. Kebanyakan blogger tidak suka blog yang letak lagu secara autoplay kerana kata mereka bila blogwalking, biasanya sampai 10 tingkap dibuka.10 tingkap = 10 blog = 10 lagu autoplay = depression. Aku? Aku tak kisah pun,sebab aku guna mp3 lagi best.
  • Loading blog korang terlalu berat kerana nak dihiasi dengan widget-widget yang bersifat personal macam lagu autoplay, gambar-gambar disidebar, dan juga widget welcome. Ingat ye kawan-kawan, blog yang popular dan menarik adalah disebabkan entri, bukan widget.Nak check boleh klik sini.
  • Blog korang tak ada shoutmix atau cbox. Bagi sesetengah blogger, blog yang ada shoubox ini merupakan blog pertama yang pertama untuk diorang memulakan blogwalking. Kalau tak ada, pengunjung masih ada, tapi itu jelah sekali diorang datang. Kalau blogger yang lama, tak ada shoutbox dah tak jadi masalah sebab diorang dah ada nama. Aku?Aku layan facebook sahabat blogger je.
  • Korang tak mesra dengan blogger lain. Bila ada blogger komen dan lebih-lebih lagi bertanya, korang sombong, malas nak layan. Jangan kenkawan oiii...Tinggalkan perangai buruk korang tu kat dunia sebenar, bukan dunia maya.
  • Korang jarang update blog. Sekali sekala je update blog. Asal bukak je blog, mesti tajuk sama.
  • Blog korang di boikot oleh blogger lain mungkin sebab perkara-perkara salah yang korang buat ketika bergelar blogger.
  • Korang tak tahu teknik dan tips untuk meningkatkan traffik.
  • Korang tak ada kawan-kawan blogger yang support korang.



Banyak lagi, tapi ini antara yang penting. Sesiapa yang terasa pada entri sambal petai aku ni, minta maaflah sesangat. Aku cuma nasihat, kalau tak suka blog ada orang, privatekan saja blog korang okhey..

43 Komen:

man yusoef said...

owh macam tu....blog saya ok tak abang fauzi...hahaha

AVE said...

@man yusoefhaha..adik man,blog awak dah dikira otai :o

Aida Lela said...

tq for the info :) leh dapat ilmu tengahari2 camni.

AVE said...

@Aiydalelasame2 :C

MR. SYAH said...

wah byk tips dapat nih.. arigato2..

zero said...

ye saya berjanji tidak akan copy paste.. memasang lagu.. dan rajin melayan komen :b

AVE said...

hahaha...no problem geng.ada pape tanya je

Anonymous said...

ok!!!ty!!!dah faham dah knp blog saya x laku..hahaha!!blog laku x laku nak d compare kan dgn blog ni..hehehe

yaya_flanella said...

betul tu. rimas betullah sape yang pasang lagu2 ni. kang kalau tak baca entry, dia kata sombong. kadang2 entry dah best tapi kena menghadap lagu die pulak. tpaksa la mute lappy sendiri. -__-|

AVE said...

@yaya_flanellayup.kadang2 entri best, tapi lagu rosakkan mood

AVE said...

@wanie m'nJhaha...jangan compare dengan blog ni.ini hanyalah blog kura-kura yang tarak papa...

NiNaBaNaNa said...

kesimpulan : Tak semua orang akan suka dengan lagu yang ada dalam blog kita walau kita letak apa sahaja lagu yang kita rasa dah cukup okay , sebab
manusia sentiasa kritik dan sentiasa tak berpuas
hati dengan apa yang ada . betul tak ?
hehehehe :D

Mr.TN_SkY said...

Hehehe..mostly kebanyakan betul..SkY start pun xde mmber2 yg aktif blogg, banyak BW, dan ramah dgn Blogger len..rajin2 la join Gath tuu =_=


KENALI CIRI PENGIKUT DAJJAL, ADAKAH KITA???

Firdaus Life said...

setuju dengan info yang anda bagi tu :)

AVE said...

@NiNaBaNaNabetul nina. :C

AVE said...

@Mr. TN_SkYhaha...macam sedih je bunyinye?

AVE said...

@Freakyty mr freak. :b

Sunah Sakura said...

hee~~ setiap hari mesti ada blogger akan cakap benda ni~ thanks mengingatkan~ selalu2lah kita semua mengingatkan terutama untuk blogger2 baru~ :d

Along Usop said...

semua info tu along stuju!..tapi...

blog Along jao lagi nak sampai level otai.. :r

heheh.. btw.. majulah blog kalahkan fesbuk. =p

AVE said...

hahaha. :p

pipoq said...

hahaha..aku memang menyampah tul blog yang ada auto lagu tu..cam ko cakap tu la, sekali aku bukak untuk sesi lawatan, lima nam tingkap aku layan..pehtu lagu bertindan tindan..senak telinga aku dibuatnya..

kalo bab copy paste lak..lagi aku sakit ati..kalo nak meniru pun, tulis guna penulisan sendiri la..

AVE said...

@pipoqhaha..sabar jelah pipoq :p

Azliza Mohamed said...

uhh..sy rase maybe sy ni kategori blogger sombong kot..huhuhu...sebb tkde mase nk beramah mesra ngn blogger lain. sy cuma sempat update blog, bw kejap, pastu bls kunjugnan org....huhu...nk buat cne...mslh tenet kdg2...bz stdy kdg2...

Azliza Mohamed said...

abg, komen sikit psl blog sy leh tak ? tk nk bace entri pun tkpe...just survey2 sikit psl bnde2 yg ade jer...btw, sy tau header sy memg huduhh..tk yh gtau yg tu ehh..huhuh

AVE said...

@Dark Chocolatehehe...join je group sahabat blogger kat facebook.insyaallah nanti boleh buat kawan.

AVE said...

@Dark Chocolateok :c

Azliza Mohamed said...

sahabat blogger ? ok2 :D

AVE said...

OK :b

Anonymous said...

wuuu .. luckly im not like that ..
tapi jarang gk update belog. sebab tade entry best lorr .. haihh =='

AVE said...

@Ifti Larinahaha...cerita pasal isu semasa pun boleh :)

shafiqahaimanina said...

ouhhhh! baru tah. ngee, by the wayy, melawat lah ke blog saya, sila mengoment, huhu sebab nak mintak tunjuk ajar meyh. :D

Unknown said...

thanks :)

MallaHanis said...

oh,,camtu.dah tau dah..time kasih :)

fauzi said...

kalau masuk gengblogger atau apesal pon susah gak dapat traffik. lagi satu kena la rajiin komen kat blog orang, baru orang tau kewujudan blog kita

limpong85 said...

salam

terima kasih atas nasihat tuan .
minta tolong komen blog saya yang tak seberapa kejap,almaklumlah bukan newbie lagi....tapi masih tak pandai buat blog....camno..ni?

NicqZ Benrieys said...

thanks untuk advise ni...baru sekarang saya tahu kenapa dan apa perlu saya buat...thanks again...^^

GrafikeItuSeni said...

bro followlha blog sy...

Anonymous said...

hahaa yg paling aku setuju tu lagu autoplay tu...peh

Cik Atenn Azlan said...

bestt, tapi follower atenn mmg ciput,
warrgghhh,

Anonymous said...

ok gak 2.best2.apa2 pun blh.hahahaha

BSJ said...

Alasa yang akhir tu... susah nak dapat tapi boleh cari

cikguHidayah said...

saya budak baru..masih x ramai yang datang..heee..tengah blogwalking..thanks for the info.. :D

zakwanfahmi said...

asalamualaikum....aku rasa ini la entry yang paling best..memang betul...n aku sbg pendatang baru dalam dunia blogger ni mesti ikut apa yang dinasihatkan...tnx a lot and harap korang leh support blog aku ye...