Cara Mudah Nak Jadi Popular? Kena Ada STYLE Sendiri!

Nak popular...Nak berjaya....Nak jadi tumpuan ramai..Apa lagi? Nak disanjung tinggi setinggi Menara Petronas. Banyak giler Mesti semua orang pernah terfikir macam tu kan? Tipulah kalau tak pernah terfikir sekali pun.. Sedangkan gagak yang hitam tu nak jadi cantik, inikan pulak korang manusia yang berakal tak terfikir cenggitu? Dey..Appalam...Jangan tipu la..Paling kurang pun biasanya korang akan kata macam ni...


"Kalau boleh den nak ajo jadi berjayo macam dio ni hah, TAPI, siapalah den nih..."



Kenapa mesti ada TAPI? Nak tau sebab apa? Sebab korang tak yakin pada diri sendiri kan? Sebab korang ni banyakkkkkk sangat dengar cakap orang dan mudah terpengaruh dengan orang lain... Setiap tindakan yang korang lakukan mesti akan ada suara yang berkata. Sebab apa buat macam tu? Kenapa? Janganlah! Euw.....That's not cool~~~Cuba korang tengok artis. Ada tak style artis tu menyanyi sama je  semuanya? Pernah korang dengar Siti Nurhaliza nyanyi macam Wiliam Hung? Tak pernahkan? Sebab dia ada style tersendiri. Elyana, style dia bukak kasut bila naik pentas. Misha Omar pulak hentak-hentak kaki kasi stage gegar. Yang paling tak bley blah Lady Gaga, tapi sekarang album dia laris giler. Itu semua style yang buat orang ingat siapa dia bila sebut nama dia.



Korang masih ingat tak bedtime story yang selalu mak ayah korang bacakan waktu kecik-kecik dulu. Tentang seorang ayah, anak dan keldai dimana setiap kampung yang diorang lawat mesti akan orang komen tentang perbuatan anak beranak nih.


"Tengok si ayah, kesian anak dia jalan kaki terngesot-ngesot dah macam ju-on sedangkan si ayah menunggang keldai macam orang menang judi"
"Kesian keldai tu sampai 2 orang sekali naik. Sembelit ler keldai tuh!"
"Kesian si ayah berjalan macam hamba sedangkan anak sedap-sedap je duduk lepak atas keldai tuh!"



Macam tulah hingga akhirnya diorang sampai ke destinasi mereka. Apa yang aku cuba korang fahamkan kat sini ialah selagi korang terlalu mengambil pandangan orang lain 100%, korang akan terus berada dibawah. Tengok macam orang-orang yang berjaya, diorang boleh sampai ke tahap diorang hari ni sebab diorang tahu apa yang dia nak! Tapi jangan pulak menolak 100% pandangan orang, nanti kena cop sombong kat dahi tu baru hang tau.. Tapi dalam mencari style nih, kau jangan pulak bawak style tak senonoh. Nanti bila aku tanya orang siapa ko, orang akan kata:

"Dia nilah mamat yang kuat melombong timah(korek idung). Asal jumpe je mesti nampak dia melombong.."



Contoh paling mudah bagi yang tercari-cari identiti ialah blogger. Biasanya kebanyakan blogger ni tercari-cari style penulisan yang dapat tarik perhatian pembaca sehinggakan lama-kelamaan tertarik dengan cara dapatkan trafik yang mudah. Ada jugak blogger ni yang nak cepat popular punya pasal, copy bulat-bulat terus paste kat blog dia kata itu karya dia. Silap hari bulan, kenalah voodoo. Tak payahlah korang terikut-ikut dengan blogger lain. Cuba buat penulisan korang sendiri. Siapa tahu, mungkin cara penulisan korang tu yang mampu tambat hati den ni hah.



Korang kena sedar nak berjaya mahupun popular ni ada 2 cara. Cara cepat dan cara lambaaaaaat. Cara cepat ni macam AF lah sedangkan kalau ikut cara lambat ni mesti kena ikut underground dulu. Tapi korang kena ingat, benda yang cepat ni macam mee segera. Makan nak cepat, tapi perut lapar balik pun cepat. Berbanding dengan makan nasi, buat lambat, tapi dia punya puas.....Perghhhhh....3 jam lepas makan still boleyh tahan lagi!



Kesimpulannya, untuk jadi seorang yang ditabik spring, korang kena berani luahkan pendapat. Kalau bukan secara terus terang, boleh guna cara halusssss je. Abaikan suara-suara mambang tanah yang cuba kawal korang tuh. Ikut gerak hati korang. Kalau korang rasa betul, buatlah. Asalkan tak guna cara kotoh.Yang paling penting, mesti kena ada STYLE sendiri. BERANI MACAM LADY GAGA~~~

22 Komen:

Yuyu Zulaikha said...

yuyu nak ada style ape ye??? kena cari ni~

Anonymous said...

hmm...
tol tu...

Unknown said...

style pukoi leyh kaa? haha

Indah Mulya said...

d positive side of lady gaga..hehe..salu psl lady gaga ni negatip2 je =]

Tulus Sweet said...

lady gaga tu gilo

cik bihah said...

sokong2.. pastu kene +ve thinking..penting tue..

AVE said...

@yuyu- kena buat style poco-poco.hehe
@KO-ty :)
@nub-haha..boleyh,tapi kalau heavy metal boleyh ler gitu
@IM-positifnye, setiap lagu dia ada mesej. Dulu Lady Gaga tu nerd je...
@TS-Style dia tu yang giler.hehe
@CB- ty.tul2.minsdet tu penting

Hafiza Hafinas said...

wah... termotivasi kejap.. tp kadang2 rasa diri ni mcm tak da style jak.. lebih suka follow org jak.. mcm mana nih?? huhu.. dengan muka selamba kodok bertanya..

AVE said...

haha..relax kodox relax...trylah cari style.mulakan dengan blog.contoh macam blogger ujang.asal masuk blog orang, dia kentut kat shoutmix.hehe

eiyra said...

waaa....motivasi yang bagus....tapi masih mencari2 identiti sendiri...hurm...

AVE said...

cari2....cuba lepak2 kat taman, mesti dapat ilham....:c

erleena said...

style ? haha
speechless ~~
jadi bdak kg haha comel! hahahhaha

AVE said...

hehe..style gak tuh! :D

syuwai said...

guna la kreativiti sebagai bl0gger tu kan3x??hehe

besanya bl0gger ni kan kreatif ^^

AVE said...

yup:)

wfhsln said...

masih lagi tercari-cari identiti diri sendiri, katakan pun remaja kan.

cewah cewah gitu ~
hihi

AVE said...

haha.cewah2 tu ada style pe... :)

Nazrul Ashraff said...

uuu..nice..

zero said...

ntah la tak tau macam mana nak menyetylekan diri ini... huhuuu..

Unknown said...

cerita keldai 2...mmg btul2 cerita yg ayh cerita utk sy..tp bukan msa bedtime sbb anknya rmai untk buat mcm 2..so,ayh sy hnya tulis crita 2 diats kertas pd hari jadinya yg ke 40 dan disimpan dlm fail pendidikan seninya. .sy ingt smpai skrg sbb sy curi2 nak tgk fail tu..hehe..

farazura said...

suara2 mambang tanah?? hooho..
nice entry..

Anonymous said...

sy (ex gf anwar hadi) pun tak popular -.='