Segman Komen Mengomen AVE: Lawa ke blog ni?

Petang yang panas tak berangin ni aku nak sambung segmen komen mengomen (bero...). Disebabkan ramai kampung AVE ni dah mula didatangi ramai penunggu, jadi aku akan buat sekali tiga bolog pulak. Bagi yang baru nak jadi penunggu, korang kena buat entri pasal kenapa korang nak aku komen bolog korang.Tak buat entri,aku tak komen. Sebab macam tak fair pulak aku je bagi backlink free kan. Tarak win-win situation disitu.. Dah buat entri baru masuk kat senarai penunggu kat sini.




Apa yang aku boleh katakan, BLOG YANG BEST! Opss....Jangan cepat sangat hepi. Ada satu benda yang spoilkan mood..Penggunaan lagu autoplay. Kebanyakan blogger tak suka blog ada lagu sebab kadang-kadang mengganggu emosi dan lagu yang dimainkan tak kena dengan entri. Contohnya entri pasal cerita sedih, tapi lagu bukan main happening macam baru menang bola. So kena take note kat situ. Header dah smart.Satu lagi mungkin boleh naikkan iklan tu kat atas jadi akan buat pelawat lebih nampak iklan tu dan siapa tahu, mungkin earnings akan naik 100% daripada sebelum ni. So, yang penting sekarang, terus hasilkan entri berkualiti!




Okey PU, header dah ok dan kalau ada masa, cuba cari idea untuk header yang lebih menarik sebab 1st impression bila masuk blog tu penting. Bilangan entri okeyh, loading blog pun okeyh. TETAPI, aku cakap jujurlah okhey, member-member kena nasihat...Blog nampak agak berserabut dengan widget sehingga mister linky sendiri dah jadi entri. Takpe-takpe, cool kejap amik angin.

Ok, kalau nak bolog kau nampak kemas, guna satu je chatbox.shoutmix atau chatroom. Kemudian alihkan atau buang widget personal macam mymood,feedjit,number of visitor online, survey nuffnang tu, dan kartun welcome tu. Dalam erti kata mudah, bagi pengunjung masuk je boleh nampak entri baru nampak widget.Kalau misterlinky tu masih nak guna, cuba letak kat bawah entri. Sebab masalah utamanya misterlinky tu.Ingat, entri tu nyawa blog.Rasanya PU kena buat horizontal main tab so akan lebih memudahkan pengunjung k. Macam mana nak buat main tab? Boleh tutorial tu kat sini.




Aku masih tertanya-tanya apakah yang buat blog kau melebihi loading  time yang ideal. 115kb... Sebab tengok blog dah kemas dan smart...Mungkin sebab penggunaan misterlinky tu, ataupun gambar-gambar.Selepas aku check untuk 1 page saja,  gambar dalam entri tu memberatkan. Biasanya kalau aku, aku akan tukar daripada format png ke jpeg dulu. Tapi bukan masalah sangat sebab blog smart. Cuma fikirkan feedjit & misterlinky tu guna lagi tak, okhey? 



Segala salah silap komen aku dalam entri ni harap dimaafkan sebab jari aku ni takde otak dan akal, menaip ikut sedap dia je...Aku tengok je apa yang jari aku tekan.

9 Komen:

Ujang9897 said...

rajin ang ek...blog aku buat mggu dpn ek..hahah

SYAFIQAHSALEH said...

komen yang bernas :)

! Sam Posmen ! said...

info berguna untuk blogger baru

Ain Shdn said...

lepas ujang nanti,blog aku pulok .

AVE said...

@ujang-hehe..no problem
@syafikah&sam-ty :c
@CB-haha.orait
@ok,ty naz

AVE said...

@ty sicomot :c

MANZARINA said...

salam bro... tq for komen yg membina.... aritu aku dah stopkan autoplay.... tp bila stop kan... aku rasa sunyi... hening....kosong tanpa bunyi....wuwuwu.... hahaha... anyway tq.... nnti aku stopkan balik.... ekeke.... sumpah!!! aku stopkan.... :D ngeeeee

Umar Faruq said...

woah.. thanx dude..
aku da buang feedjit ngn misterlink tu..
blh tlg tgk still berat or da ok? :D

AVE said...

omar, dah bagi link, tengok kat shoutmix k :c