Senyap je malam ni. Bulan bintang yang selalu cerahkan langit tak nampak pulak malam ni. Argh....Kusut...Kusut...Aku rasa macam nak lari laju-laju langgar dinding depan muka aku ni je. Tapi lepas langgar sakit pulak. Dah lain hal pulak.. Tak patah hidung, patah tulang rusuk ada jugaklah kot. Hadoih.. Kusutlah aku! Err..Korang tahu ke kenapa aku kusut? Nak tau apa yang buat aku kusut? Aku kena buat perubahan.. Aku rasa aku dah lari daripada tujuan aku berblog. Waa.... Aku tak dapat rasakan keseronokan berblog disebabkan terikut-ikut dengan blogger lain yang sibuk dengan permainan SEO yang mengejar trafik diorang. Tapi sekarang, ketika diorang sedang beronok-ronok dengan permainan diorang, aku pulak teremo-emo kat sini. Kalau korang boleh nampak muka aku, muka dah macam orang nak berak dah.. Muka takda nafsu, kalau perempuan bogel lalu pun aku konpem tak pandang pun (jeling sikit-sikit adalah)..
Kalau korang masih belum baca entri aku yang lepas-lepas, korang akan perasan akan ada perbezaan aku dulu dan sekarang. Kalau sekarang, aku rasa hanya ada berapa kerat je entri yang aku buat aku rasa betul-betul enjoy. Kalau dulu semua aku rasa enjoy. Sebab tu tulis tak ingat dunia. Mungkin ni semua disebabkan aku terlalu rindu nak melukis komik turtie yang aku bogelkan??? Fuhh... Dah berapa lama aku tak melukis, kesian korang tertunggu-tunggu komik lawak aku...Hari tu siap ada yang tanya aku lagi,
"Penghulu, penghulu tak melukis komik lagi ke?"

Pergh....Syahdu beb rasa tu. Gua rasa macam kena tikam dengan garfu buat makan mageelah kat hati ni.. Rasa nak kentut pun ada nak lepaskan gelora angin dalam badan aku ..Haish....Apasallah aku boleh terlupa nak bawa drawing tablet aku..Cepatlah habis cuti ni...Cepatlah...Nanti aku boleh buli turtie aku lagi... Hm..Aku manusia biasa yang mudah lalai...
Posted in: 


10 Komen:
ye, betul jugak. rindu dekat turtie laa. ehehehe. ;)
yela,,lama x dgr citer turtle,,mana pergi :g
huhu , turtie tuh comel ! serioussssssssss ~
beshnya ada drawing tablet... sian turtie vogel... kakakaa
@ty imah :b
@wanacesh,dia lari selepas dibogelkan,hehe
@unie, huhu,ty :c
@manzarina-hehe.
kesian turtie. huk3
aku lupa nak tanya... turtie tu pakai pempers ker spende tu? dah nampak mcm tamil punya kain kaliyappa pun ade.... ahak... kasik vogel terus, ape jadi? (larikkkkkkkk)
aku lupa nak tanya... turtie tu pakai pempers ker spende tu? dah nampak mcm tamil punya kain kaliyappa pun ade.... ahak... kasik vogel terus, ape jadi? (larikkkkkkkk)
tu kan identiti penghulu..
mesti kekal..
best katun tu..
lucu je muka ia..
@DC- tak kire, nak buli jugak.hehe
@MANZARINA-haha..itu kaliyappa juga la
@TOYOL-Ty toyol.aku rasa kaulah toyol paling best dalm dunia! :o
Post a Comment