Segman Komen Mengomen AVE:Ini Blog WAJIB PERGI!

Waaa......Aku tak sangka 3 blog yang bakal aku komen ngomen ni cantik wook! Aku tak tipu... Korang cuba pergi ketiga-tiga blog nih. Memang nice! Sedap je mata memandang, sampai mata 'akak' tak berkelip pun dik..Muahaha...Tapi orang kata, tak semua sempurna kan, mesti ada cacat cela jugak, dan aku berjaya jumpa cacat cela kat blog diorang walaupun cacat cela kat aku sendiri tak tertutup. Matilah korang aku komen carut-marut blog korang!


********************


Antara ketiga-tiga blog, bolog ni yang buat aku rasa nak geledah. Lama tak jumpa style bolog macam ni. Smart, memang laju giler macam cencurut yang selalu main kat dapur aku. TETAPI, aku pening sebab tercari-cari dimanakah entri baru dan butang follow? Sampai sekarang aku masih tak jumpa... Memang tak letak butang follow ea? Follow FB pun takde? Rasanya kena ubah susunan, story tu kena pindah paling kiri jadi orang tahu itu entri terbaru okhey.Jadi, kiri paling patut dibaca hingga kanan yang paling kurang. Kalau boleh, letak sekali nama blog kat atas tu, baru orang senang sebut-sebut nama blog yang lawa ni.Rasanya itu saja. Ops... Dan letak sekali butang follow sama ada untuk google ataupun facebook. Jadi senang dapat baca entri terbaru blog cantik ni. Teruskan berblog!


Blog ciput cedut ni pun besh jugak! Laju pun laju, template pun cantik. TEEEEEETAPI! Mengapakah shoutmix tu ada tetiba ditengah-tengah post? Tak tekan pun muncul jugak. Better check balik coding yang diletak. Memang itu masalah utama blog ni. Tapi tak tahulah kalau browser penghulu yang buat masalah. Apun, semua ok, dan kalau boleh bezakan antara tajuk post dengan isi entri. Keliru dan tercari-cari tajuk post untuk entri yang bawah-bawah ok.Mungkin sebab ada perkataan dalam entri yang menggunakan warna sama dengan warna tajuk entri bolog. :) Nice blog!


Aku suka header dan template blog ni. Tapi kenapa header blog tak ada tajuk?  Tapi still nampak nice, comel dan menarik. Cuma blog agak berat sebab penggunaan template bergambar panda tu yang memerlukan masa loading lebih lama untuk load gambar panda tu iaitu 139KB, lebih daripada 100kb iaitu berat maximum blog. Kalau tak pun buang widget-widget personal macam rimau penyambut tetamu tuh dan guitar chords. Kalau tak nak buang pun takpe, masukkan dalam horizontal main tab ok. Kesimpulan, nice blog, tapi kalau boleh cuba guna template yang lebih ringan tanpa perlu load gambar panda berpelukan k.

********************

Macam biasa, aku nak ingatkan, aku sekadar pengomen, tapi terpulang untuk korang dengar atau tak komen aku sebab blog korang, rumah korang, sukati korang nak buat apa k..Maaf kalau terkasar taip. Jari aku tarak akal....Aku hanya melihat dia menaip...

15 Komen:

Yulia Fajrin said...

:)

Tupai Karan said...

yg no.3 tu kiut la..

Latest Entry : Cara Untuk Trafik Mendadak Naik!

Firdaus Life said...

memang cantik 3 blog ni, haha thanx

Anonymous said...

komen membina. apa salahnya ^^

As Yusra said...

comel blOg2 ituh.! ^_____^

Tupai Terbang said...

sgt cntik no 2 tu.. loading pon laju... :D

aton said...

(^___^)v

Anies Anessa said...

suka la belog2 tue..nice...

AVE said...

Yup, semua blog2 tu memang smart, memang patut dicontohi dari segi pemilihan template. :b

Anonymous said...

blog aku buruk... malu nak tunjuk kat orang... haha

Zihahmoon said...

wow,comel je blog blog ni~ ^o^

redzuan ridz said...

blog aku lagila blog picisan. wahahaha. blog lu mmg smart la bro.

Tips Blogging : Kenapa Blog Perlu Di "PING"

toyolkiut said...

bila blog TK nk d komen ye..

Riana Qistina said...

kat mane dorang geledah template tu sume eh

Anonymous said...

pimples are really annoying, you can kill them using benzoyl peroxide but it will also make your skin red.

clomid