Jam tangan warna hitam menunjukkan pukul 11.59 pagi. Bebola hitam mata jawa ni tak boleh lari daripada terus pandang jarum saat bergerak..10 saat lagi nak pukul 12 tengah hari.. Mata makin terbeliak. Ketiak yang masih licin ni dah mula berpeluh sehingga terbentuk sungai peluh (ada ke?). 3...2....1...Kringgg.....Lonceng berbunyi tanda sekolah tamat untuk minggu tuh. Aku apa lagi, tunggu mr.mama datang nak ambik aku balik rumah.
Memori zaman kecik aku yang sampai sekarang kalau aku lalu depan sekolah rendah aku tu, mesti teringat benda ni. Sebab hujung minggukan syurga dunia. Kalau dulu asal hari sabtu, celik mata, dengan taik mata masin bergayut-gayut kat bulu mata tu terus tengok kartun kat tv. Lepak depan tv sampai pukul 12.30 tangah hari baru nak pergi mandi. Remote tv tu memang berulang kali dipicit-picit cari katun best..
Tapi tu dulu, waktu hidup ni tak terasa banyak kerja. Sekarang ni, kalau duduk kat rumah takde plan nak pergi memana, asal bangun je mesti terfikir nak settlekan benda tulah, benda nilah...Duduk tengok tv pun tak tenang. Mata ke tv, tapi hati tempat lain. Masalah-masalah....Sebenarnya selagi korang fikirkan masalah je memanjang, memang sampai ko mati pun tak habis masalah.
So, bagi yang masih amalkan sikap memikirkan masalah je nih, pekata ko try relax dan chill sikit mula hujung minggu ni. Bangun pagi pergi basuh kete ke, ajak couple tengok wayang kat Mid Valley tak pun tidor je sepanjang hari. Buat apa nak pening-pening kepala. Minum nescafe pepagi pun orait pe, rasa segar je. Banyak assignment? Sampai bila puntak habis assignment tu. Gunakan hujung minggu masa bersama orang tersayang okhey?So, hujung minggu ni kemana korang?
Teka-teki: Dalam bebanyak hari, hari apa paling best?
Jawapan: Hari khamis malam jumaat. Kenapa? Sebab malam tu malam dapat pahala. :)

Posted in: 


16 Komen:
i like weekend!hehe..!!!mmg kerja tak penah habis..so mmg seswai hujung mgu khas utk org tersayang..release tensen org kata.. ^^
jadi penganggur lepasan spm lagi bes. ari minggu dengan hari biasa takde beza. hikhik.
haha , weekend ramai orang keluar gi shopping complex . tak best ! x)
sabtu bole rehat n tido puas2
@littlebibikeceh....macam tunggu sesuatu je...
@ieka darlinkhaha..itu yang bahaye tu..
@ishikocerita apa der???
@ferra ferrohehe...x payah pergi shopping complex, pergi jenjalan mandi pantai pun orait per
@Freakyyup aha
dalam diari hidup aku ni [eh..aku ada diari ke ?] takde perkataan hujung minggu..
aku kerja 7 hari seminggu..budak sekolah cuti baru aku cuti..tu pun kalo bebudak hostel tu semua balik kampung..kalo tak terpaksa la mengorbankan cuti..
bila aku cuti, aku takde la pikir masalah sebab aku tak suka sangat nak pikir masalah..selalu tu bila cuti, bukak mata je aku pikir ke mana aku nak bawak anak isteri aku jalan jalan..
err..hari lain malam lain pun leh dapat pahala gak pe..hehehe
sy mmg tgu sesuatu ecik penghulu.. ^.^ hjung mgu yg indah..
@pipoqowh...payah gak ea....tp pipoq, aku tabik spring sbb ko utamakan family :)
@littlebibikYakin Bolos!
khamis malam jumaat?
pahala apa tuh..
hahahaha.. yg tuh jer nak kann!!
hehe..itu mana boleyh miss... XD
hahaha...yakin!^^
Post a Comment